admin

Feb 102014

Cuba amalkan petua-petua tradisional di bawah ini untuk menghilangkan parut jerawat.

PANTANG LARANG JERAWAT BATU.
Anda dinasihatkan jangan sesekali memicit jerawat yang belum matang. Ia akan meninggalkan kesan hitam di wajah anda.

RAHSIA PUTIH TELOR.
Sapukan putih telor dari ayam kampung ini dengan rapi dan biarkan kira-kira 20 minit di wajah anda. Anda akan merasa tegang sewaktu menyapunya. Selepas itu bilas dengan air suam dan diikuti dengan air biasa. Lapkan wajah anda dengan tuala yang bersih. Insyaallah.

KHASIAT PUCUK JAMBU BATU.
Cuba dapatkan beberapa helai daun jambu batu dan digiling sehingga halus. Untuk menjadikannya lebih berkesan campurkannya bersama bedak sejuk. Cuba amalkannya selalu. Insyaallah pasti akan berkesan.

RAHSIA BELERANG DAN AIR MAWAR.
Gaulkan hingga sebati ramuan ini dan sapukan di tempat yang ditumbuhi jerawat. Sekiranya anda tidak mempunyai air mawar, anda boleh menggantikannya dengan air asam jawa. Insyaallah.

TEPUNG UBI DAN ASAM JAWA.
Sediakan beberapa sudu tepung ubi yang telah dibancuh dengan air asam jawa. Bancuh nya sehingga pekat sedikit agar senang untuk disapu. Sapukan sekitar mata dan mulut. Biarkan sehingga kering dan tanggalkannya secara perlaha-lahan sehingga terbentuknya seperti topeng basuh muka anda seperti biasa.

AIR KELAPA MUDA CEGAH PARUT.
Basuh muka anda dengan air kelapa muda. Jangan lapkannya dan biarkan ia kering sedikit dan cucuikannya dengan air bersih.

Bukti RM308,705 Di Rumah!

Nak Pengsan Tengok Duit Masuk Hari2...RM0 Kepada RM308,705 Dengan Senang!

Dapatkan Laporan Percuma Rahsia Orang Kaya Buat Duit Dengan Membuat Pendaftaran Keahlian Di Sini!


Mar 082011

Laman web perniagaan atau laman web bisnes sekarang ini sangat memainkan peranan dalam membantu memasarkan produk atau perkhidmatan perniagaan anda.

Walaupun perniagaan anda tidak memerlukan internet sebagai teras kepada perjalanan perniagaan anda, namun internet sebenarnya menjadi teras bagaimana perniagaan anda dapat berhubung dengan pelanggan atau prospek.

Laman web perniagaan asasnya tidak memerlukan sistem yang canggih, cukup dengan hanya menjelaskan perniagaan yang anda jalankan dan cukup dengan hanya memaparkan bagaimana mengubungi anda.

Untuk membina laman web peniagaan anda tidaklah sesukar mana, ini kerana banyak perisian atau individu atau syarikat yang dapat membantu.

Sebagai contoh sekarang ini laman web percuma yang sangat renouned dan menjadi pilihan peniaga adalah menggunakan blog percuma seperti blogspot atau joke wordpress.

Walaupun banyak lagi perisian percuma yang boleh anda gunakan seperti joomla namun blogspot ataupun wordpress menjadi pilihan.

Blogspot ataupun wordpress adalah perisian membina website yang berasaskan CMS atau joke calm administration services.

CMS membenarkan anda untuk menambah atau mengemaskini isi kandungan laman web perniagaan anda dengan cara mudah dan selamat.

Banyak choice yang di sediakan dalam CMS ini seperti fungsi memasukkan gambar, artikel, audio dengan cara yang sangat mudah.

YouWish Wishlist Builder

Jika anda mahukan website perniagaan atau website untuk bisnes yang anda jalankan secara percuma, saya ada berita baik untuk anda.

Jika anda sudah berjinak-jinak dengan dunia internet sudah sekian lama mungkin anda sudah tahu bagaimana memiliki laman web perniagaan atau website percuma di internet.

Blogspot atau wordpress adalah perisian CMS yang boleh anda gunakan untuk membina website percuma untuk perniagaan anda.

Namun saya ada ruang dan peluang lain yang boleh anda gunakan untuk membina laman web atau website untuk perniagaan anda secara percuma.

BisnesGroup.com adalah komuniti bisnes secara online yang boleh anda gunakan sebagai stage perniagaan anda di internet.

Laman web komuniti bisnesgroup.com ini menggunakan konsep web 2.0 dimana dalam laman web komuniti ini mempunyai banyak fungsi terutama dalam membina rangkaian untuk perniagaan anda.

Laman web komuniti ini juga ada menyediakan perkhidmatan membina laman web atau website untuk perniagaan anda secara percuma, namun dengan syarat perniagaan yang anda jalankan adalah sah disisi undang-undang.

Keahlian adalah percuma, maksudnya dengan menjadi ahli komuniti yang boleh anda daftar secara percuma anda boleh menggunakan fungsi forum, organisation dan memiliki laman web perniagaan.

Untuk maklumat lanjut anda boleh melawati laman web komuniti bisnesgroup.com.

Untuk mendaftar laman web untuk perniagaan pula anda boleh mendaftar di bisnesgroup.com/website-registration.

Bukti RM308,705 Di Rumah!

Nak Pengsan Tengok Duit Masuk Hari2...RM0 Kepada RM308,705 Dengan Senang!

Dapatkan Laporan Percuma Rahsia Orang Kaya Buat Duit Dengan Membuat Pendaftaran Keahlian Di Sini!


Mar 082011

Laman web perniagaan atau laman web bisnes sekarang ini sangat memainkan peranan dalam membantu memasarkan produk atau perkhidmatan perniagaan anda.

Walaupun perniagaan anda tidak memerlukan internet sebagai teras kepada perjalanan perniagaan anda, namun internet sebenarnya menjadi teras bagaimana perniagaan anda dapat berhubung dengan pelanggan atau prospek.

Laman web perniagaan asasnya tidak memerlukan sistem yang canggih, cukup dengan hanya menjelaskan perniagaan yang anda jalankan dan cukup dengan hanya memaparkan bagaimana mengubungi anda.

Untuk membina laman web peniagaan anda tidaklah sesukar mana, ini kerana banyak perisian atau individu atau syarikat yang dapat membantu.

Sebagai contoh sekarang ini laman web percuma yang sangat renouned dan menjadi pilihan peniaga adalah menggunakan blog percuma seperti blogspot atau joke wordpress.

Walaupun banyak lagi perisian percuma yang boleh anda gunakan seperti joomla namun blogspot ataupun wordpress menjadi pilihan.

Blogspot ataupun wordpress adalah perisian membina website yang berasaskan CMS atau joke calm administration services.

CMS membenarkan anda untuk menambah atau mengemaskini isi kandungan laman web perniagaan anda dengan cara mudah dan selamat.

Banyak choice yang di sediakan dalam CMS ini seperti fungsi memasukkan gambar, artikel, audio dengan cara yang sangat mudah.

Bukti RM308,705 Di Rumah!

Nak Pengsan Tengok Duit Masuk Hari2...RM0 Kepada RM308,705 Dengan Senang!

Dapatkan Laporan Percuma Rahsia Orang Kaya Buat Duit Dengan Membuat Pendaftaran Keahlian Di Sini!


KEAZAMAN KUAT UNTUK BERJAYA

Kebiasaanya orang ramai hanya berfikir sahaja bahawa mereka mahu berjaya tanpa apa-apa tindakan seterusnya yang serius.

Mereka walaupun ingin berjaya, tetapi niat mereka adalah sementara sahaja. Adalah menjadi prinsip semulajadi alam bahawa sebelum kita mencapai kejayan dalam apa jua bidang yang kita ceburi, kita terpaksa melalui pelbagai kesilapan, penderitaan serta kesusahan.

Sebenarnya semua pengalaman negatif ini merupakan sebahagian dari proses pembelajaran yang mesti dilalui sebelum mencapai sesuatu kejayaan.

Keadaan yang malang ini akan terus berlaku berulang kali sehinggalah anda dapat menukarkannya menjadi pelajaran daripada pengalaman negatif itu.

Seperti yang pernah dikatakan, kebanyakkan orang hanya bersedih kepada pengalaman negatif ini tetapi tidak menerimanya sebagai pelajaran yang dapat memperbaiki rancangannya.

Setiap kali anda menemui pengalamn negatif yang sama, anda akan menjadibiasa dengannya dan semakin fasih dan bijak untuk mengatasi masalah itu.

Oleh itu anda akan menghampiri kejayaan.

Kebanyakkan orang tidak dapat berbuat demikian kerana mereka tidak mempunyai keazaman ingin berjaya yang kuat.

Apabila ini berlaku, mereka akan cepat putus asa dan menghentikan langkah setiap kali bertemu dengan pengalaman yang buruk semasa melaksanakan rancangan mereka.

Orang yang tidak mempunyai keazaman yang kuat akan mementingkan penderitaan yang dia terima sekarang tetapi tidak nampak kejayaan yang semakin menghampirinya setiap kali dia melepasi satu penderitaan itu.

Oleh itu mereka cepat putus asa dan kejayaan dilenyapkan dalam tangan mereka sendiri.

Kemudian mereka menyakahkan takdir atau Tuhan mereka. Mereka menganggap ini semua adalah nasib mereka yang telah ditakdirkan dan tidak dapat diubah lagi.

Kita dapat lihat orang-orang yang mencapai kejayaan besar semuanya mempunyai keazaman untuk berjaya yang mengagumkan, dimana pula keazaman anda!

Bukti RM308,705 Di Rumah!

Nak Pengsan Tengok Duit Masuk Hari2...RM0 Kepada RM308,705 Dengan Senang!

Dapatkan Laporan Percuma Rahsia Orang Kaya Buat Duit Dengan Membuat Pendaftaran Keahlian Di Sini!


BERANI MEMBUAT KEPUTUSAN

Perkara yang seterusnya yang perlu diberikan perhatian ialah mengenai cara anda membuat keputusan atas satu perkara.

Ramai yang tidak berani membuat keputusan sendiri dan sentiasa bergantung kepada pendapat orang lain.

Oleh itu mereka selalu menjadi mangsa kepada pemikiran orang lain dan apa yang dilakukan bukan mengikut kehendak sendiri tetapi untuk memenuhi pendapat orang lain supaya mereka mempersetujui tindakannya.

Mereka tidak berani melakukan rancangan mereka sendiri apabila diketawakan oleh rakan-rakan dan saudara mara.

Satu rahsia untuk mengatasi masalah anda ialah jangan fikirkan perkara yang anda tidak ingin tetapi fokuskan fikiran anda keatas perkara yang betul-betul menjadi keinginan anda.

Jangan membenarkan pemikiran orang lain menguasai pemikiran anda sendiri, jangan terlalu fikirkan ketidak setujuan atau penghinaan orang lain jika tidak memberi pengajaran yang baik terhadap rancangan anda itu.

Percayalah pada diri anda sendiri dan terus lakukan seperti apa yang ingin anda lakukan.

Jika anda sentiasa mementingkan kata-kata orang lain yang tidak sama dengan perancangan anda pasti anda akan terasa seperti terkurung dalam sebuah bilik yang terkunci, kearah manapun anda pergi pasti anda tidak akan dapat cari jalan keluar.

Dengan itu anda tidak mungkin akan mendapat pengalaman baru dari luar dan tidak akan dapat membuat sebarang perubahan terhadap diri dan hidup anda.

Anda akan hidup dalam blik yang dihadkan keluasannya oleh orang lain, mungkin untuk seumur hidup anda.

Selalulah berfikir secara serius dan ketahui apa yang betul-betul anda inginkan dalam hidup anda.

Jika anda mempunyai fikiran yang tidak tentu arah, anda pasti akan menjadi keliru dalam kehidupan anda dan tidak tahu apa yang harus dan patut dilakukan.

Sikap sentiasa berfikir apa yang ingin anda lakukan dan apa yang tidak ingin anda lakukan akan menjadikan anda berfikiran positif dan bertindak dengan disipllin diri terhadap rancangan yang anda rancangkan.

Oleh jangan fikirkan perkara yang anda tidak ingini seperti ” Saya tidak mahu miskin” tetapi ubahlah untuk berfikir kepada “Saya mesti memperbaii kewangan Saya” dan jangan juga fikir “Saya tidak mahu berhutang” tetapi berfikirlah “Saya mesti rajin untuk mencari lebih wang” dan jangan juga fikirkan “Saya tidak mahu sakit” tetapi fikirlah bahawa “Saya mesti rajin bersenam setiap hari” sebab apa yang anda fikirkan akan menjadi apa yang anda aan dapat akhirnya.

Jika anda fikirkan perkara yang anda tidak mahu, maka anda akan mendapat perkara yang anda tidak mahu itu.

Oleh itu kenapa anda tidak fikirkan sahaja yang anda ingini kerana jikalau benar terlaksana alangkah bagusnya?

Kesimpulan, anda perlu mengetahui bagaimana mengarahkan fikiran anda kepada tindakan-tindakan yang sesuai dengan kebolehan, kemahiran dan bakat anda.

Bukti RM308,705 Di Rumah!

Nak Pengsan Tengok Duit Masuk Hari2...RM0 Kepada RM308,705 Dengan Senang!

Dapatkan Laporan Percuma Rahsia Orang Kaya Buat Duit Dengan Membuat Pendaftaran Keahlian Di Sini!


KENALI PENGARUH SEKITAR ANDA

Punca pertama yang mempengaruhi kejayaan seseorang itu adalah berkenaan dengan keadaan, perkara dan orang yang berada disekelilingnya.

Jika anda ingin memperbaiki kewangan anda atau matlamat hidup anda, anda mesti menjauhi keadaan sekitar yang buruk atau yang akan menjejaskan tindakan anda untuk mencapai matlamat anda itu.

Contohnya, jika anda sentiasa suka bergaul dengan rakan-rakan yang suka berpoya-poya dan tidak mementingkan kehidupan dan kewangan, lama-kelamaan tanpa anda sedari anda akan berperangai seperti mereka juga.

Ini adalah sifat semulajadi manusia yang suka mengikut apa yang dilakukan oleh orang-orang disekelilingnya jika sentiasa bersama mereka, dan juga disebabkan oleh pemikiran otak anda yang telah masak atau lali dengan apa yang anda lakukan selama ini.

Bukan maksud anda tidak boleh berkawan, tetapi bercampurlah dengan kawan yang selalu menghargai masa, hidup dan kerjaya serta seterusnya gunakanlah masa yang minima untuk bercampur gaul dengan rakan-rakan yang mempunyai pengaruh buruk terhadap anda jika mereka masih mencari anda.

Jika anda selalu dan cuba mengelakkan diri daripada mereka pasti lama-kelamaan mereka juga akan menjauhi anda.

Sentiasa dalam hidup ini mencari peluang untuk mendekati orang-orang yang telah berjaya menceburi bidang yang sama dengan anda dan lihatlah bagaimana mereka berjaya, cemerlang serta faktor-faktor yang membawa kepada kejayaan mereka.

Biarlah mereka mempengaruhi anda supaya anda akan berjaya seperti mereka.

Apa yang penting ialah dengan siapa anda ingin bersama? Jika anda bersama yang baik, anda pasti dipengaruhi kebaikan dan pasti akan menjadi semakin baik, semakin cemerlang dalam hidup dan jika anda ingin bersama yang buruk, anda pasti akan dipengaruhi keburukan dan anda pasti akan gagal dalam hidup.

Apabila anda berbual dengan orang yang gagal, mereka akan menceritakan kegagalan mereka dan bagaimana mengurangkan kesedihan tetapi bukannya cara bagaimana hendak mengatasi kegagalan yang dialami.

Di bab-bab yang akan datang anda juga akan mempelajari rahsia untuk mengatasi rasa ketakutan dalam diri anda setiap kali andaingin bertindak.

Jika anda seorang pelajar, menghampiri pelajar-pelajar yang berkeputusan teruk hanya akan menyebabkan anda lebih pandai untuk mencari hiburan dan bagaimana bersekumpulan dengan mereka.

Oleh itu janganlah memandang ringan pengaruh sekitar anda.

Pilihlah suasana yang betul yang patut anda berada dan ikuti, bukannya hanya mengikut kesukaan sahaja.

Tanyalah diri anda sendiri, adakah anda merasa MESTI BERJAYA atau anda FIKIR berjaya sahaja?

Jikalau anda membuat keputusan MESTI BERJAYA! Janganlah beri sebarang alasan lagi kepada diri anda!

Buatlah pilihan yang bijak sekarang untuk keermerlangan hidup anda yang orang lain hanya boleh memimpikan sahaja!

Bukti RM308,705 Di Rumah!

Nak Pengsan Tengok Duit Masuk Hari2...RM0 Kepada RM308,705 Dengan Senang!

Dapatkan Laporan Percuma Rahsia Orang Kaya Buat Duit Dengan Membuat Pendaftaran Keahlian Di Sini!


LEBIH RAJIN DARIPADA ORANG LAIN

Anda mesti lebih rajin daripada pesaing anda yang lain.

Orang yang berjaya selalu melakukan kerja yang jauh lebih banyak daripada orang biasa dalam jangka masa yang pale singkat.

Oleh itu mereka dapat mencapai kemajuan yang lebih cepat.

Perkara yang orang biasa dapat siapkan dalam seminggu, mereka akan cuba menyiapkannya dalam tempoh sehari selagi masih dalam kemampuan mereka.

Ramai orang tidak berbuat demikian bukan kerana tidak kemampuan mereka tetapi disebabkan sikap malas mereka sendiri.

Ramai orang tahu kerja-kerjanya tetapi suka melengah-lengahkan kerja meerka dan tidak mengunakan sepenuhnya masa mereka.

Mereka tidak jelas, bilakah mereka mahu mencapai matlamat mereka. Sebab itu mereka berasa masih mempunyai banyak masa untuk disia-siakan.

Jika anda ingin menang dalam segala persaingan, anda cubalah berusaha lebih rajin daripada pesaing yang lebih hebat daripada anda.

Segala usaha yang mereka lakukan, anda ikut dan lakukannya dengan dua atau tiga kali ganda lebih rajin daripada mereka.

Jika anda mempunyai sikap suka berlumba-lumba dengan pesaing terhandal anda, tidak lama lagi anda akan menjadi juara dalam bidang yang anda ceburi.

Ramai orang inginkan kerja yang sedikit tetapi dengan pulangan yang banyak, jika boleh mereka berharap dapat baring diatas katil sahaja dan menerima wang.

Jangan selalu mengharapkan apa-apa pulangan sebelum anda membuat sebarang pengorbanan.

Lakukan pengorbanan itu dengan semangat bukan untuk diri anda sendiri sahaja, tetapi untuk orang yang anda saying, keluarga, masyarakat serta Negara.

Buatlah ramai orang disekeliling anda turut bergembira dengan hasil kejayaan anda nanti kerana anda lakukan untuk mereka juga.

Dengan ini anda akan mendapati kajayaan anda mempunyai makna yang labih meluas dan bernilai.

Selain itu, anda mesti rajin keatas perkara yang berkesan atau PRODUKTIF yang dapat mendorong kejayaan sesuatu rancangan anda.

Jika seseorang itu berkerja sebagai jurujual barangan, maka dia mesti mengetahui perkara produktif yang dapat mendorong kejayaannya iaitu sentiasa bercakap dengan pelanggan setiap hari mengenai produk mereka.

Oleh itu, untuk mencapai kejayaan yang besar mereka mestilah bercakap dengan jumlah pelanggan yang lebih ramai.

Kebanyakkan jurujual tidak berbuat demikian dan setiap hari mereka hanya duduk dipejabat untuk mengemaskan fail-fail mereka sahaja.

Ia langsung tidak memberi apa-apa hasil kepada mereka. Jika anda menanya mereka kenapa tidak keluar membuat jualan?

Jawapan mereka adalah “belum bersedia”.

Ingatlah selalu, anda mesti menjadi lebih rajin daripada orang lain dan rajin dalam perkara produktif.

Dengan cara ini anda akan mendapat pengalaman yang lebih awal jika terdapat apa-apa yang tidak sempurna dalam rancangan anda.

Anda hanya bekerja seminggu sahaja untuk memperolehi pengalaman yang orang lain perlu mendapatkannya dalam masa sebulan.

Jika anda perlu bekerja sebulan, orang lain perlu bekerja empat bulan. Jika anda bekerja tiga bulan, orang lain perlu bekerja setahun untuk mendapatkan pengalaman yang sama dengan anda atau kejayaan yang setaraf dengan anda.

Anda pasti menang dalam segala pesaing!

Bukti RM308,705 Di Rumah!

Nak Pengsan Tengok Duit Masuk Hari2...RM0 Kepada RM308,705 Dengan Senang!

Dapatkan Laporan Percuma Rahsia Orang Kaya Buat Duit Dengan Membuat Pendaftaran Keahlian Di Sini!


Kunci Kejayaan Dan Kekayaan # 3

Kunci Kejayaan Dan Kekayaan Dengan Membentuk Hubungan.

Peraturan ketiga adalah peraturan membina hubungan sesama manusia.

Hukum alam ini menjadi antara kunci dalam penghasilan kejayaan dan kebahagiaan.

Mana mungkin sebuah institusi keluarga itu boleh menjadi harmoni jika setiap ahli keluarga tidak saling menghormati.

Mana mungkin seseorang itu mampu mendapat pinjaman cara mudah jika tidak mengenali dan mempunyai hubungan yang baik dengan pengurus bank.

Mana mungkin seseorang itu mudah untuk mendapat tender jika tidak mempunyai hubungan yang baik dengan pegawai yang memberikan tender.

PERINGATAN : Hukum alam ini telah menjelaskan kepada kita bahawa setiap orang yang mahu berjaya perlu mempunyai hubungan yang baik dengan setiap orang.

Asasnya, rahsia membina dan menjaga hubungan itu perlu dilakukan dari rumah anda dahulu.

(*) Anda perlu cuba untuk menjaga hubungan baik antara anda dengan isteri/suami.

(*) Anda perlu cuba untuk menjaga hubungan yang baik dengan anak-anak.

(*) Anda perlu cuba menjaga hubungan yang baik dengan ibu dan bapa, adik beradik dan sanak saudara.

Bukti RM308,705 Di Rumah!

Nak Pengsan Tengok Duit Masuk Hari2...RM0 Kepada RM308,705 Dengan Senang!

Dapatkan Laporan Percuma Rahsia Orang Kaya Buat Duit Dengan Membuat Pendaftaran Keahlian Di Sini!


Kunci Kejayaan Dan Kekayaan # 1

Kunci Kejayaan Dan Kekayaan Daripada Penetapan Matlamat.

Peraturan pertama dalam menjana kekayaan adalah peraturan tentang matlamat.

Apa yang anda faham dengan matlamat?

Perlawanan bola sepak merupakan contoh perlaksanaan matlamat yang paling mudah.

Mereka berusaha untuk menjaringkan gol ke gawang lawan kerana itulah matlamat utama mereka.

Mereka bekerja secara berpasukan dengan menetapkan matlamat untuk menjaringkan gol.

Cuba untuk membayangkan kehidupan kita seperti permainan bola sepak.

Bekerja secara berpasukan untuk mencapai apa yang kita mahukan.

Anda sebagai penyerang, keluarga anda sebagai penjaga gol, masyarakat sebagai pemain lain.

Tentukan apa yang mahu dicapai dan jadikan ianya sebagai impian kemudian jadikan ia sebagai matlamat yang mesti dicapai supaya memperolehi kejayaan.

Ramai yang tidak memperolehi kejayaan kerana meletakkan matlamat dalam keadaan yang kurang jelas dari segi perlaksanaannya.

Ada juga yang langsung tidak mempunyai matlamat dalam kehidupan.

LATIHAN : Cuba senaraikan 5 matlamat yang mahu anda capai dalam kehidupan ini?

Jika anda langsung tidak dapat menyenaraikan matlamat yang mahu dicapai eloklah berehat seketika dan cuba untuk memikirkannya.

Cuba kaitkan matlamat anda dengan 4 kunci kejayaan dan kebahagian yang telah saya berikan.

Bukti RM308,705 Di Rumah!

Nak Pengsan Tengok Duit Masuk Hari2...RM0 Kepada RM308,705 Dengan Senang!

Dapatkan Laporan Percuma Rahsia Orang Kaya Buat Duit Dengan Membuat Pendaftaran Keahlian Di Sini!


© 2014 Perkongsian Peluang Dan Ruang Bisnes Suffusion theme by Sayontan Sinha