admin

Kunci Kejayaan Dan Kekayaan # 4

Kunci Kejayaan Dan Kekayaan Dengan Melakukan Tindakan.

Peraturan yang keempat adalah peraturan untuk membuat tindakan.

Apa-apa rancangan untuk mencapai matlamat yang terlintas dalam fikiran, anda haruslah melaksanakannya dengan serta merta.

Jika tidak anda semakin melengah-lengahkannya sehingga akhirnya anda terlupa rancangan itu.

Segala matlamat yang ada akan menjadi khayalan sahaja selagi kita tidak melakukan apa-apa usaha dan tindakan serta merta.

Impian akan menjadi kenyataan selepas kita melakukan usaha yang setimpal dan bersungguh-sungguh.

PERINGATAN : Ramai orang ingin berjaya tetapi tidak mahu melakukan usaha yang dapat membantu untuk mencapai kejayaan tersebut.

Mereka hanya mahu menunggu hasilnya tanpa membuat sebarang tindakan.

Seperti tidak menanam pokok tetapi inginkan buah yang banyak, mana mungkin kita bisa memperolehi buahnya.

Kita sepatutnya bertindak dengan serta merta setelah mengetahui apa yang patut di lakukan untuk mencapai matlamat tanpa sebarang alasan yang tidak munasabah.

Orang berjaya mempunyai prinsip melakukan apa sahaja yang dirasakan perlu.

Mereka melakukan apa yang mereka rasakan perlu, walaupun perkara yang dilakukan itu sedikit, apa yang lebih penting bagi mereka adalah usaha untuk melakukannya.

Mereka melakukan apa sahaja yang menjadi kemestian sekarang juga tanpa berlengah.

Bukti RM308,705 Di Rumah!

Nak Pengsan Tengok Duit Masuk Hari2...RM0 Kepada RM308,705 Dengan Senang!

Dapatkan Laporan Percuma Rahsia Orang Kaya Buat Duit Dengan Membuat Pendaftaran Keahlian Di Sini!


Kunci Kejayaan Dan Kekayaan # 5

Kunci Kejayaan Dan Kekayaan Dengan Bersenang Hati.

Peraturan yang kelima dalam menjana kejayaan, kebahagiaan dan kekayaan adalah berkeadaan senang hati.

Mungkin anda pernah mendengar ungkapan :

“Wah..senang hati nampakmacam orang kaya pulak”

Mengapa agaknya ungkapan sebegini wujud.

Orang kaya walaupun dikaitkan dengan penipu, kedekut dan bermacam perkara negatif oleh segelintir masyarakat tetapi mereka sering dikaitkan dengan sikap senang hati.

Mungkin sesetengah orang fikir bahawa orang kaya senang hati kerana tidak mempunyai masalah wang.

Mungkin juga senang hati ini diistilahkan kepada mereka kerana tidak terlalu memikirkan masalah.

Mereka merasa senang hati kerana kerja-kerja yang dilakukan bukan disandarkan 100% kepada mereka.

Mungkin hanya 10% tugasan di berikan kepada mereka, selebihnya diserahkan kepada pekerja mereka.

Mungkin ini merupakan sebab mereka ini selalu berkeadaan senang hati.

Senang hati juga boleh dikaitkan kepada mereka yang senyum selalu.

Rasanya jarang-jarang kita melihat orang yang selalu senyum itu mempunyai banyak masalah dalam diri mereka, baik dari segi kesihatan, kekeluargaan mahupun wang.

Ini merupakan hukum alam yang diakui oleh setiap manusia bahawa senyum itu tandanya gembira dan gembira itu membawa makna senang hati.

Bukti RM308,705 Di Rumah!

Nak Pengsan Tengok Duit Masuk Hari2...RM0 Kepada RM308,705 Dengan Senang!

Dapatkan Laporan Percuma Rahsia Orang Kaya Buat Duit Dengan Membuat Pendaftaran Keahlian Di Sini!


Jan 312011

Ice blended adalah ais yang telah di kisar bersama perasa minuman yang berbagai perasa.

Ianya menjadi trend minuman sejuk pada masa kini.

Dahulu minuman berkonsepkan ice blended ini boleh di sama ertikan dengan ais kacang, atau abc.

Mengikut peredaran dan seiring dengan teknologi masa kini minuman berais ini juga mendapat suntikan idea di dalam kelasnya sendiri.

Ice blended bukan sahaja di minati oleh gologan kecil namun yang dewasa juga meminatinya.

Ice blended boleh mempunyai banyak rasa namun yang menjadi kegilaan adalah ice blended bercoklat mocha!

Bisnes ice blended adalah perniagaan yang boleh anda cuba.

Bisnes ice blended ini boleh menjadi minuman tambahan kepada pelanggan.

Maksudya pelangan boleh memesan minuman ice blended ini selain dari minuman biasa.

Sekarang ini terdapat pengusaha yang memberi lesen francais kepada peniaga atau sesiapa sahaja yang mahu memiliki bisnes ice blended ini.

Bisnes ice blended ini asasnya memang memerlukan kedai namun ianya tidak perlukan kedai yang beitu besar.

Bisnes ice blended ini juga boleh di mulakan dengan menjualnya di tepi jalan namun anda memerlukan kuasa eletrik atau kuasa lain untuk mengisar ais.

Ais akan dikisar bersama perasa minuman yang pelbagai rasa, seperti coklat, strawberry, lemon atau lain-lain.

Jan 312011

Rahsia Bisnes Bundle

Bisnes bundle dilihat tidak begitu eksklusif di mata pengusaha atau peniaga-peniaga besar.

Namun bisnes ini sangat releven dengan pelanggan orang kebanyakkan dan bisnes ini mempunyai pelanggan setianya.

Bisnes bundle adalah bisnes yang menjual barangan mungkin boleh jadi barangan terpakai atau reject.

Maksud bisnes bundle ini adalah barangan atau produk yang diambil oleh pemborong secara pukal dan mereka menjual nya terus atau kepada peniaga.

Barangan atau produk yang di ambil boleh jadi bukanlah barang baru yang biasanya boleh di jual dengan harga yang mahal.

Mungkin barangan atau produk yang di ambil adalah barangan terpakai atau reject.

Biasanya barangan atau produk sebegini tidak di jual pada harga standard atau dengan harga yang mahal.

Bisnes bundle ini biasanya di kaitkan dengan bisnes menjual pakaian terpakai atau reject.

Apa yang dapat dilihat adalah pelanggan barangan bundle ini adalah dari golongan muda atau bujang.

Perlu anda ingat
biasanya barangan atau produk bundle ini biasanya adalah dari barangan yang berjenama.

Mungkin ini yang menyebabkan ianya mempunyai pelanggan setia.

Apa yang menarik bisnes bundle ini tidak memelukan sewa kedai yang besar dan mahal, cukup dengan mempunyai van sebagai pengangkutan untuk tujuan belian dan jualan barangan bundle.

Bisnes bundle ini boleh dimulakan dengan menjual barangan atau produk di tepi jalan atau di pasar-pasar malam atau karnival.

(*) Mungkin yang menjadi masalah adalah untuk memulakan bisnes bundle ini adalah mendapatkan barangan atau produk tersebut.

(*) Mugkin yang menjadi masalah adalah produk atau barangan apakah yang boleh dijual untuk bisnes bundle ini.

Di sini saya cuba untuk menyenaraikan beberapa barangan atau produk yang boleh di jual melalui konspe bisnes bundle ini :

(*) Menjual barangan atau produk berasaskan pakaian seperti baju, seluar, kasut, topi, tali pinggang.

(*) Menjual barangan atau produk berasaskan barangan eletrik seperti kipas, televisyen, radio.

(*) Menjual barangan atau produk berasaskan patung seperti softtoy.

(*) Menjual barangan atau produk berasaskan teknologi komunikasi seperti komputer, telefon.

Bukti RM308,705 Di Rumah!

Nak Pengsan Tengok Duit Masuk Hari2...RM0 Kepada RM308,705 Dengan Senang!

Dapatkan Laporan Percuma Rahsia Orang Kaya Buat Duit Dengan Membuat Pendaftaran Keahlian Di Sini!


Jan 312011

Bisnes printing atau bisnes percetakan merupakan peluang perniagaan mudah yang perlu anda cuba.

Perniagaan ini asasnya tidak memerlukan kedai yang besar ataupun organisasi syarikat yang besar.

Cukup dengan hanya mempunyai kepakaran dalam bidang percetakan atau printing membolehkan anda memiliki dan menguruskan perniagaan printing atau bisnes percetakan ini.

Asasnya perniagaan printing atau bisnes percetakan ini boleh anda mulakan dari rumah, maka bisnes ini boleh di kategorikan dalam bisnes yang boleh di jalankan dari rumah.

Namun begitu bisnes ini memerlukan peralatan berteknologi dalam percetakan atau printing.

Apa yang pasti ianya memerlukan kos atau modal perniagaan yang agak besar untuk memiliki peralatan ini.

Jika anda tidak mempunyai modal untuk memiliki peralatan percetakan atau printing ini, bisnes ini masih boleh dimulakan dan di usahakan.

Penyelesaiaannya adalah dengan menyewa peralatan percetakan atau menghantar hasil kerja atau tempahan ke kedai prinring atau kedai percetakan.

Dengan cara ini yang sebenarnya dapat mengurangkan risiko pusingan modal atau overhead perniagaan anda.

Seperti yang telah saya jelaskan dalam artikel bisnes dari hobi dan minat telah memberikan gambaran penuh bahawa modal permulaan yang utama adalah kepakaran dalam menghasilkan hasil kerja yang di tempah.

Ianya membawa maksud bahawa bisnes ini memerlukan kreativiti dan minat yang mendalam bagi membolehkan anda menguruskan perniagaan printing atau percetakan ini.

Antara idea bisnes yang boleh anda mulakan dari peluang bisnes percetakan dan printing ini adalah seperti :

(*) Bisnes mencetak atau printing kad kahwin.

(*) Bisnes mencetak atau printing kad perniagaan.

(*) Bisnes mencetak atau printing pakaian.

(*) Bisnes mencetak atau printing cenderahati

.

(*) Bisnes mencetak atau printing buku.

(*) Bisnes mencetak atau printing majalah atau flyers.

(*) Bisnes mencetak atau printing poster.

Dan macam-macam lagi…

Seperti yang telah saya jelaskan sebelum ini bahawa perniagaan percetakan atau printing ini memerlukan kreativiti maka untuk membolehkan anda memiliki dan mengusahakan perniagaan ini maka anda boleh belajar atau mengambil kursus terlebih dahulu.

Bukti RM308,705 Di Rumah!

Nak Pengsan Tengok Duit Masuk Hari2...RM0 Kepada RM308,705 Dengan Senang!

Dapatkan Laporan Percuma Rahsia Orang Kaya Buat Duit Dengan Membuat Pendaftaran Keahlian Di Sini!


Jan 252011

Laman web sebagai ganti kepada kedai dan pejabat.

Seperti yang kita faham bahawa dalam pemasaran konvesional kita memerlukan kedai atau pejabat atau rumah sebagai tempat memasarkan produk.

Internet hanya memerlukan kita membina laman web sebagai ganti kepada alamat kedai dan kedai atau pejabat itu sendiri.

Melalui laman web, pengguna sudah mengetahui apa yang kita jual.

Alamat sebenar syarikat menjadi perkara kedua dilihat oleh pengguna internet ini.

Apa yang lebih penting adalah nama domain itu sendiri. Pengguna internet lebih senang mengingati nama domain itu berbanding alamat sebenar syarikat atau rumah.

Bolehlah dikatakan bahawa laman web ini mengurangkan kos penyewaan kedai.

Apa yang lebih penting orang biasa seperti kita sudah boleh menjalankan perniagaan.

Kini menghasilkan laman web itu boleh dibuat oleh kebanyakkan orang.

Banyak perisian yang boleh membantu kita menghasilkannya walaupun kita tidak mempunyai pengetahuan tentang pengaturcaraan HTML.

Ianya telah dibuktikan dengan kewujudan BLOG.

BLOG bolehlah dikatakan sebagai halaman web yang tidak memerlukan seseorang itu mempunyai pengetahuan tentang pengaturcaraan (Programming).

Walaupun pada mulanya pembinaan halaman web ini memerlukan seseorang itu mempunyai pengetahuan tentang pengaturcaraan tetapi dengan kecanggihan teknologi internet ini segalanya boleh berubah.

Terdapat banyak BLOG yang mudah dibangunkan dan tidak memerlukan sebarang kos antaranya seperti, WORDPRESS, BLOG.SPOT.COM.

Jika anda bercadang untuk membangunkan halaman web yang agak komersial dan ‘complicated’ maka anda perlukan seorang pengaturcara (Programmer).

Ramai orang yang boleh menjadi programmer kepada anda, asalkan mereka boleh menghasilkan halaman web sendiri maka pasti mereka boleh membantu anda juga.

Bukti RM308,705 Di Rumah!

Nak Pengsan Tengok Duit Masuk Hari2...RM0 Kepada RM308,705 Dengan Senang!

Dapatkan Laporan Percuma Rahsia Orang Kaya Buat Duit Dengan Membuat Pendaftaran Keahlian Di Sini!


Jan 252011

Surat yang di buka dan di baca.

Ramai orang akan membuang surat yang mereka rasakan seperti sampah.

Jika ini berlaku keatas kita, jangan terlalu cepat putus asa.

Ini kerana sebelum mendapatkan keputusan pemasaran yang baik kita perlu melakukan penyelidikan daripada pengalaman yang kita perolehi.

NOTA : Menggunakan sampul surat putih bersaiz 8′ dan menulis alamat menggunakan tulisan tangan merupakan kunci kepada surat anda akan dibuka.

Ini kerana kita percaya kepada surat yang bertulisan tangan mungkin kiriman sahabat kita yang sudah lama tidak jumpa.

Dari situ emosi kepada mempercayai apa yang ditulis dengan mengambil tindakan daripada arahan yang diberikan.

Ini akan menjadi peluang anda mendapat jualan terbuka sedikit.

Tempahan dan bayaran produk.

Sekarang ini pembayaran bil eletrik bukanlah isu besar.

Ianya boleh dibayar dimana-mana sahaja.

Biasanya pakar-pakar pemasaran gaya pos menggunakan wang pos sebagai alternatif pembelian produk.

Mereka juga menerima cek.

Anda boleh letakkan no akaun supaya pelanggan dapat menggunakan kaedah deposit bank.

Bezanya pelanggan tidak boleh membuat pembayaran melalui kredit kad.

Ini menjadikan suatu kekurangan yang jelas terhadap industri pemasaran gaya pos.

Ini telah dibuktikan oleh ‘Pemasaran melalui internet’.

Rahsia ini telah saya tulis dalam buku ‘Rahsia pemasaran internet.’

Bukti RM308,705 Di Rumah!

Nak Pengsan Tengok Duit Masuk Hari2...RM0 Kepada RM308,705 Dengan Senang!

Dapatkan Laporan Percuma Rahsia Orang Kaya Buat Duit Dengan Membuat Pendaftaran Keahlian Di Sini!


Jan 252011

Sistem pembayaran menjadi semakin mudah.

Pemasaran yang terbaik adalah pemasaran yang berjaya memudahkan urusan pembayaran antara penjual dengan pembeli.

(*) Pemasaran konvesional memerlukan tunai sebagai pembelian sesuatu produk atau perkhidmatan.

(*) Pemasaran gaya pos memerlukan pengguna membeli wang pos sebagai proses pembelian produk atau perkhidmatan.

Walapun melalui pemasaran konvesional itu pelanggan masih boleh membuat bayaran menggunakan kad kredit, tetapi tidak semua pengusaha yang mampu memiliki mesin pembayaran kad kredit tersebut.

Oleh sebab itu kita hanya dapat melihat mesin ini berada di kedai-kedai besar sahaja.

NOTA : Pemasaran internet telah berjaya memungkinkan orang biasa seperti kita menerima bayaran daripada pelanggan melalui kad kredit dengan menggunakan laman web yang disediakan oleh pakar pemasaran.

Ini telah dibuktikan oleh akaun bank maya seperti Paypal, 2CHECKOUT dan Clikckbank.

Pelanggan hanya perlu memasukkan nombor kad kredit dibahagian halaman web yang disediakan dan kita sudah boleh melihat amaun bayaran di akaun maya kita.

Urusan yang selebinhya akan diuruskan oleh akaun bank maya ini dengan bank tempatan.

Bukti RM308,705 Di Rumah!

Nak Pengsan Tengok Duit Masuk Hari2...RM0 Kepada RM308,705 Dengan Senang!

Dapatkan Laporan Percuma Rahsia Orang Kaya Buat Duit Dengan Membuat Pendaftaran Keahlian Di Sini!


Jan 252011

Mengenalpasti pasaran lebih mudah.

Proses mengenalpasti pasaran dan permintaan ini menjadi lebih mudah dengan penggunaan internet.

Kita tidak perlu membelek akhbar dan majalah atau membuat survey hanya untuk mengenalpasti pasaran dan permintaan.

Proses ini boleh dilakukan dengan membuat carian di enjin carian seperti Google dan Yahoo.

Taip sahaja “Apa yang pelanggan mahukan” dengan kecepatan masa beribu-ribu maklumat akan disiarkan.

Daripada jawapan yang diberikan oleh enjin pencari ini kita sudah boleh membuat penyelidikan tentang keperluan dan kemahuan pengguna.

Penggunaan perisian yang dihasilkan oleh mereka yang pakar dalam pemasaran internet ini lebih memudahkan kita bagi mencapai proses ini.

Perisian seperti ‘Keyword Elite’ sangat-sangat membantu kita.

Perisian ini hanya memerlukan kita memasukkan katakunci yang dimahukan. Katakan kita mahu mencari katakunci ‘minyak petrol’.

Masukkan sahaja katakunci ini kedalam perisian ini dan perisian ini akan memaparkan perkataan yang dicari oleh pengguna internet.

Boleh jadi perisian ini memaparkan perkataan ‘bagaimana jimat minyak’, ‘buku jimat minyak’, ‘alat jimat minyak’.

Ia akan menyenaraikan jumlah pencari yang mencari perkataan ini.

Oleh yang demikian dapatlah kita merumuskan bahawa kita dapat mengambil peluang dengan menyediakan keperluan tersebut kepada pengguna.

Sebagai contoh kita mencari produk jimat minyak yang boleh dijual di internet.

Penggunaan laman web seperti Ebay atau Amazon sangat membantu kita dalam mengenalpasti permintaan.

Laman web ini menyediakan tempat dimana kita boleh mencari produk yang mendapat permintaan dari pengguna.

Sekali lagi kita perlu merebut peluang ini dengan menyediakan produk yang mendapat permintaan untuk dijual.

Bukti RM308,705 Di Rumah!

Nak Pengsan Tengok Duit Masuk Hari2...RM0 Kepada RM308,705 Dengan Senang!

Dapatkan Laporan Percuma Rahsia Orang Kaya Buat Duit Dengan Membuat Pendaftaran Keahlian Di Sini!


Jan 252011

Perhubungan lebih mudah melalui e-mail.

Pemasaran konvesional memerlukan kita menggunakan telefon atau surat sebagai medium perhubungan.

Di internet pengunaan e-mail telah menggantikan medium perhubungan cara lama ini.

Ia sangat-sangat mengurangkan kos dan menjimatkan masa.

Walaupun e-mail dilihat sebagai medium perhubungan yang utama dalam pemasaran intenet, medium perhubungan seperti telefon dan surat tidak boleh dibuang.

Pokoknya e-mail akan mengurangkan kos perhubungan lebih-lebih lagi jika ianya memerlukan kita membuat perhubungan dengan seseorang di luar negara.

Ketika ini ramai orang yang sudah mempunyai e-mail mereka sendiri.

Perkhidmatan e-mail percuma seperti Yahoo, Gmail sangat-sangat memberikan kemudahan kepada anda.

Jika anda mahukan e-mail beralamat sendiri seperti anda@syarikatanda.com anda perlu menyewanya.

Terdapat Syarikat dan orang perseorangan yang menyediakan perkhidmatan ini.

Lebih menjimatkan jika kita menyewa domain dan webhosting.

Ini kerana alamat e-mail akan diberikan percuma dengan sekali bayaran sahaja.

Bukti RM308,705 Di Rumah!

Nak Pengsan Tengok Duit Masuk Hari2...RM0 Kepada RM308,705 Dengan Senang!

Dapatkan Laporan Percuma Rahsia Orang Kaya Buat Duit Dengan Membuat Pendaftaran Keahlian Di Sini!


© 2012 Perkongsian Peluang Dan Ruang Bisnes Suffusion theme by Sayontan Sinha