Elemen yang terdapat dalam pemasaran gaya pos.

Seperti yang telah saya katakan, sampul surat, setem, wang pos adalah asas kepada pemasaran gaya pos.

Perkara-perkara ini diperlukan sebagai perhubungan anda dengan prospek atau pelanggan. Pokoknya disini pemasaran gaya pos menjadikan kertas sebagai elemen terpenting. Setem, sampul surat, wang pos merupakan produk yang dihasilkan daripada kertas.

NOTA : Komunikasi antara pengusaha gaya pos dengan prospek atau pelanggan tidak menggunakan teknik perbualan.

Komunikasi antara pengusaha dengan prospek atau pelanggan akan menggunakan ayat yang ditulis atau ditaip diatas kertas kemudian dipos.

(1.) Wang pos akan menjadi pengubah kepada wang tunai bagi tujuan pembayaran atau pembelian suatu produk atau perkhidmatan.

Menjadi suatu kesalahan dalam urusniaga secara pos menggunakan wang tunai sebagai proses bayaran, ini kerana ia menjadi satu terma yang perlu dipatuhi dalam urusan pengeposan.

(2.) Surat jualan dimana ia adalah ayat menjual yang ditulis diatas kertas kemudian di pos kepada mereka yang berminat sebagai kaedah mendapatkan jualan.

Surat jualan menjadi elemen terpenting dalam proses menjual sesuatu produk atau perkhidmatan gaya pos.

(3.) Sampul surat dan setem menjadi elemen untuk penghantaran produk dan komunikasi antara pengusaha dengan pelanggan.

Biasanya pakar-pakar gaya pos menyarankan sampul surat bewarna putih dan bertulisan tangan untuk menulis alamat.

Ini kerana biasanya seseorang itu akan berasa teruja apabila memperolehi sampul surat bertulisan tangan, mungkin pada pendapat kita surat tersebut dari sahabat lama kita.

(4.) Perletakan harga tidak menjadi begitu rumit.

Perniagaan gaya pos merupakan kaedah pemasaran yang menggunakan kos yang agak sedikit berbanding pemasaran cara lama.

Ini kerana ia tiada kos sewa kedai, kos pengangkutan dan kos talian telefon.

Perletakan harga menjadi sedikit rumit apabila produk yang dipasarkan merupakan produk yang agak berat.

Produk seperti kain potong, minyak wangi, ubatan perlu ditimbang dan ia akan menjadi kos penghantaran yang perlu diletakkan sebagai kaedah perletakan harga.

Kos untuk pembungkusan menjadi satu lagi kos yang perlu ditambah untuk menentukan harga.

Pembungkusan yang baik akan menjadi kualiti servis kepada pengusaha dimata pelanggan.

(5.) Biasanya kaedah pengiklanan yang terbaik dalam pemasaran gaya pos adalah mengiklankan produk di majalah dan akhbar.

Mengikut standard yang telah dipraktikkan oleh ramai pengusaha gaya pos adalah dengan meletakkan iklan dimana iklan tersebut menyuruh prospek memberikan nama dan alamat mereka.

Ini supaya surat jualan itu tadi dapat diposkan ke alamat mereka.

(6.) Penggunaan perkhidmatan kurier menjadi perkhidmatan pengagihan produk jualan.

Oleh yang demikian eloklah kiranya seseorang pengusaha baru mendapatkan perkhidmatan ini terlebih dahulu.

(7.) Menyewa peti surat dari pejabat pos akan menjadi alamat yang profesional dalam pemasaran gaya pos.

Prospek atau pelanggan lebih mempercayai urusan perniagaan jika seseorang pengusaha itu menggunakan alamat peti surat.

Related posts:

Bukti RM308,705 Di Rumah!

Nak Pengsan Tengok Duit Masuk Hari2...RM0 Kepada RM308,705 Dengan Senang!

Dapatkan Laporan Percuma Rahsia Orang Kaya Buat Duit Dengan Membuat Pendaftaran Keahlian Di Sini!


Sorry, the comment form is closed at this time.

© 2015 Perkongsian Peluang Dan Ruang Bisnes Suffusion theme by Sayontan Sinha