Mendapatkan nama dan alamat sebagai pengumpulan prospek.

Teknik ini lebih dikenali sebagai ‘lead list’.

List atau senarai prospek anda sangat penting, ini kerana pemasaran gaya pos menggunakan list ini sebagai pelanggan tetap yang perlu di beri penghormatan.

Kita perlu menjaga mereka dengan memberikan surat bertanyakan khabar atau memberikan kad hari jadi mereka.

Hubungan ini mesti di jaga dengan sangat baik sekali.

Surat jualan yang telah dihasilkan perlu di pos kepada prospek untuk mendapat jualan.

Oleh yang demikian, kita perlu mengiklankan ‘IKLAN KECIL’ di akhbar atau majalah.

‘IKLAN KECIL’ itu mesti menyuruh prospek membuat tindakan untuk menghantar sampul surat beralamat sendiri bersama setem ke alamat peti surat yang kita sewa.

Cuba fokus kepada menganalisis pasaran menggunakan kaedah pemasaran gaya pos.

Saya tahu, ketika ini banyak teknik menganalisis pasaran seperti melalui penggunaan media elektronik.

Jika anda mencampur adukkan teknik mengnalisis pasaran gaya pos ini dengan media yang lain, saya pasti anda tidak akan mendapat gambaran yang penuh tentang pemasaran gaya pos yang sebenar.

Balik kepada konsep pemasaran gaya pos ia mesti berkait dengan penggunaan kertas dengan tulisan dan membaca bukan mendengar.

Related posts:

Bukti RM308,705 Di Rumah!

Nak Pengsan Tengok Duit Masuk Hari2...RM0 Kepada RM308,705 Dengan Senang!

Dapatkan Laporan Percuma Rahsia Orang Kaya Buat Duit Dengan Membuat Pendaftaran Keahlian Di Sini!


Sorry, the comment form is closed at this time.

© 2015 Perkongsian Peluang Dan Ruang Bisnes Suffusion theme by Sayontan Sinha