cuba seelum jualSaya pasti sekarang ini anda sudah mempunyai idea dan perancangan anda yang pastinya ia ditulis diatas satu kertas. Sebelum anda pergi lebih jauh, ada baiknya anda menggunakan kaedah cuba dan salah pula.

Apa maksudnya?

Cuba praktikkan jika anda menyediakan perniagaan berjenis perkhidmatan atau mencuba dulu produk yang akan anda pasarkan.

Bagaimana caranya? Bina prototaip.

Jika anda berperancangan untuk menghasilkan dan menjual barangan, maka anda perlukan satu prototaip untuk cuba melihat bagaimana idea anda dilaksanakan. Prototaip adalah satu versi kepada produk yang anda cipta.

Jika anda mendapati bahawa ianya terlalu mahal untuk dicipta, maka anda boleh membina sekurang-kurangnya sesuatu yang dapat memberikan kelainan berbanding pesaing anda.

Tunjukkan prototaip anda kepada beberapa kenalan rapat anda, dapatkan pandangan mereka sekali lagi. Anda perlu sentiasa mengubah sehingga satu prototaip yang lengkap dihasilkan.

Sebagai contoh jika anda berperancangan untuk membuat roti, anda perlu menghasilkan satu jenis roti terlebih dahulu dan berikan jenisnya. Terdapat berbagai jenis roti, cuba hasilkan roti yang memerlukan kos yang sedikit, berikan kepada kenalan anda untuk mencubanya.

Kaedah ini lebih baik daripada anda terus menghasilkan bermacam-macam jenis roti yang anda belum tahu hasilnya.

Related posts:

Bukti RM308,705 Di Rumah!

Nak Pengsan Tengok Duit Masuk Hari2...RM0 Kepada RM308,705 Dengan Senang!

Dapatkan Laporan Percuma Rahsia Orang Kaya Buat Duit Dengan Membuat Pendaftaran Keahlian Di Sini!


Sorry, the comment form is closed at this time.

© 2015 Perkongsian Peluang Dan Ruang Bisnes Suffusion theme by Sayontan Sinha