3 Kaedah Mudah Menjadi Pengusaha Produk Maklumat Yang Menguntungkan!

info product owner

Untuk menjadi pengusaha  produk maklumat anda perlu tahu secara  terperinci  sistem  dan kaedah  yang  digunakan dalam penghasilan produk maklumat.

Antara kaedah-kaedah utama dalam perusahaan produk maklumat adalah :

Kaedah # 1 : Buat Produk Maklumat Sendiri.

Jika anda mahukan 100% kebebasan dan kepuasan dalam mengusahakan empayar perniagaan produk maklumat, memilih menghasilkan produk maklumat anda sendiri adalah jalan terbaik.

Dengan memilih menghasilkan produk maklumat anda sendiri tiada had dalam hal meletakkan harga dan pemilihan tajuk pada produk maklumat yang anda hasilkan.

Namun begitu saya pasti tak ramai yang berupaya menghasilkan produk maklumat sendiri walaupun ada yang mampu menghasilkannya sendiri.

Ini kerana menghasilkan produk makulmat sendiri perlukan kesungguhan, minat dan strategi pemasaran untuk memastikan keberhasilan penghasilan dan penjualan produk maklumat tersebut.

Kaedah # 2 : Beli Produk Maklumat Resell Right.

Dalam industri perusahaan produk maklumat satu kaedah dimana anda boleh memiliki produk maklumat sendiri tanpa perlu menghasilkannya telah di hasilkan.

Syaratnya adalah dengan membeli produk maklumat yang mempunyai hak untuk cetak dan jual semula.

Terdapat beberapa jenis hak cetak dan jual semula, antaranya :

1.    Private Label Right (PLR)
2.    Master Resell Right (MRR)
3.    Resell Right (RR)

Supaya anda tidak pening biarlah saya menggunakan perkataan Resell Right agar anda mudah faham.

Produk maklumat Resell Right adalah lesen yang di berikan oleh pengusaha kepada pembeli dimana pembeli boleh menjual kembali produk maklumat tersebut.
Biasanya pengusaha produk maklumat resell right ini menghadkan penggunaannya, antaranya :

  • Menghadkan dan mengawal dari segi harga produk maklumat…
  • Menghadkan dan mengawal hak untuk mengubah isi kandungan.

Namun begitu, kaedah ini adalah kaedah paling pantas untuk anda memiliki produk maklumat sendiri.

Kaedah # 3 : Jadi Reseller Produk Maklumat.

Jalan pintas yang lain supaya anda boleh menjadi “Tauke” produk maklumat adalah dengan menjadi reseller daripada mana-mana pengusaha produk maklumat.

Konsep reseller ini adalah seperti wakil pengedar. Anda boleh gunakan syarikat sendiri untuk memasarkan produk-produk maklumat syarikat yang menawarkan program ini.

Anda akan di berikan hak untuk menjual dengan apa cara sekalipun dengan syarat mengikut terma dan syarat yang di sediakan syarikat.

Di internet pendekatan yang di gunakan untuk kaedah ini adalah seperti program affiliate.

Kebiasaannya, program reseller ini di buka kepada mereka yang berkelayakkan sahaja.

Related posts:

Bukti RM308,705 Di Rumah!

Nak Pengsan Tengok Duit Masuk Hari2...RM0 Kepada RM308,705 Dengan Senang!

Dapatkan Laporan Percuma Rahsia Orang Kaya Buat Duit Dengan Membuat Pendaftaran Keahlian Di Sini!


One Response to “Jalan Pintas Pengusaha Produk Maklumat”

  1. saya x tahu macam mana nk mulakan perniagaan..mcm mana nk jual maklumat?? sy masih x fhm.

Sorry, the comment form is closed at this time.

© 2015 Perkongsian Peluang Dan Ruang Bisnes Suffusion theme by Sayontan Sinha