Anda sudah pun menyiapkan kertas kerja anda. Keperluan sumber kewangan sudahpun didapatkan. Sekarang sudah masanya anda menguruskan perniagaan anda.

Asasnya.

Perniagaan adalah satu entiti yang terpisah dengan anda. Anda membuat keputusan kepada perniagaan apa yang akan anda jalankan. Meletakkan nama perniagaan sudah pun dibuat. Kertas kerja juga sudah dihantar ke Jabatan kerajaan yang berkenaan. Walaupun anda hanya menjalankan perniagaan dirumah, adalah sangat wajar anda menjadikannya sebagai sebuah syarikat. Ini kerana, anda mampu menjual produk atau perkhidmatan anda kepada sesiapa sahaja.

Pemilihan jenis syarikat.

Seperti yang telah saya terangkan pada bab sebelum ini, anda perlu memilih samaada menjadikan syarikat anda itu persendirian ataupun awam.

KESILAPAN YANG SERING BERLAKU.

Apabila anda menjalankan apa-apa perniagaan pun, kesilapan mudah sangat dilakukan., ini kerana anda tidak mempunyai pengalaman menjalankan perniagaan sebelum ini.

Itu adalah lebih baik daripada anda tidak mencubanya langsung.

Kesilapan yang berlaku biasanya adalah kesilapan yang biasa dilakukan oleh mana-mana pengusaha terutama pengusaha dirumah seperti anda. Oleh yang demikian saya akan menyenaraikan beberapa kesilapan yang biasa berlaku, dan anda boleh cuba untuk mengelaknya.

Berpendapat bahawa skill yang ada tidak diperlukan langsung.

Katakan anda tidak tahu langsung tentang pengurusan rekod akaun atau katakan anda tidak tahu untuk sekurang-kurangnya mengambil pusing aliran keluar masuk wang anda.

Perkara seperti ini tidak sepatutnya dibiarkan. Dibiarkan disini bermaksud anda tidak mahu ambil tahu perkara-perkara tersebut dengan menyerahkan perkara tersebut kepada sebagai contoh membayar kepada akauntan. Pengurusan akaun sepatutnya perlu anda ketahui, supaya anda dapat mengetahui perjalanan syarikat.

Tidak menguruskan masa.

Bekerja dari jam 9 hingga 5 adalah waktu bekerja untuk mereka yang dibayar gaji. Apabila anda menjalankan perniagaan dirumah, masa boleh jadi tidak menentu. Tidak ada orang yang melarang anda supaya mesti bekerja dari jam 9 hingga 5.

Anda perlu menyiapkan jadual anda setiap hari, setiap minggu, setiap bulan dan setiap tahun sendiri! Pastikan jadual tersebut perlu anda ikuti dan pastikan setiap masa perlu memberikan hasil.

Memberikan gambaran kepada pelanggan, yang anda tidak serius.

Sudah pasti satu hari nanti akan ada pelanggan yang mahu datang kerumah anda, samaada atas tujuan perniagaan atau sekadar jalan-jalan. Anda perlu menetapkan masa lawatan, dan dapat membezakan masa lawatan bagi tujuan perniagaan dan lawatan lain-lain.

Jika anda mencampur adukkan masa lawatan suka-suka, kepada pelanggan ini akan mengakibatkan pelanggan berasa yang anda tidak serius dalam menguruskan masa berniaga.

Anak-anak dirumah kadangkala boleh menggangu suasana bekerja anda. Apabila pelanggan anda melihat yang anak-anak anda bermain ketika urusan perniagaan dibuat, ini juga akan mengakibatkan pelanggan anda merasa yang anda tidak profesional.

Cara yang terbaik untuk menangani kes ini adalah dengan mendapatkan pengasuh yang dapat mengawal pergerakan anak anda semasa urusan perniagaan dijalankan.

Tiada pengkhususan kerja.

Ramai pengusaha dirumah apabila mereka ditanya siapakah pelanggan mereka, mereka akan menjawab pelanggan mereka adalah semua orang.

Pelanggan anda bukanlah semua orang, jika anda berpendapat sedemikian anda tidak dapat membuat statisitk golongan manakah yang sepatutnya anda tumpukan perhatian.

Tidak relevan untuk peniaga baru seperti anda, berfikiran bahawa anda mampu melakukan semua kerja untuk semua orang.Tidaksemestinya, pelanggan mahukan anda membuat wiring kepada rumah baru mereka mungkin juga mereka hanya mahu anda membuat pendawaian semula sahaja.

Ini bermaksud, anda perlu memikirkan apa yang anda boleh lakukan, dan kemudian membuat pasaran kepada mereka yang mahukannya.

Membuat pengiklanan ditempat mereka yang mahukan produk atau perkhidmatan anda.

Menyediakan kos permulaan yang terlalu tinggi.

Kebiasaannya pengusaha dirumah akan meletakkan satu peruntukan yang terlalu tinggi untuk memulakan perniagaan. Adakah anda perlu menyediakan perkhidmatan yang semuanya baru? Apabila anda membelanjakan beribu-ribu ringgit sebelum anda mendapatkan jualan, maka anda akan menempuhi keadaan sukar untuk membuat pusingan modal.

Kuncinya disini adalah anda perlu mencuba untuk mengurangkan kos semaksimum mungkin tetapi memaksimumkan keuntungan.

Keselamatan ditempat kerja.

Pengusaha dirumah sentiasa mengabaikan keselamatan ketika bekerja.

Perkara ini jangan diambil remeh. Sama juga jika anda mengusahakan perniagaan di kedai, perkara keselamatan perlu diambil kira.

Anda sepatutnya menyediakan sekurang-kurang satu alat pemadam api yang diletakkan didalam pejabat rumah anda. Sekurang-kurangnya satu jika perniagaan yang anda jalankan tidak melibatkan perusahaan yang meggunakan bahan bakar yang tinggi.

Dapatkan khidmat nasihat daripada jabatan bomba dan tenaga, tetang kemasukan voltan eletrik yang tinggi.

Elakkan daripada berjumpa pelanggan baru dirumah. Ini kerana ditakuti ia mungkin akan melibatkan ahli keluarga yang lain apabila sesuatu yang tidak diingini berlaku.

Satu lagi, anda perlu menyediakan kotak keselamatan.

Related Blogs

Related posts:

Bukti RM308,705 Di Rumah!

Nak Pengsan Tengok Duit Masuk Hari2...RM0 Kepada RM308,705 Dengan Senang!

Dapatkan Laporan Percuma Rahsia Orang Kaya Buat Duit Dengan Membuat Pendaftaran Keahlian Di Sini!


Sorry, the comment form is closed at this time.

© 2014 Perkongsian Peluang Dan Ruang Bisnes Suffusion theme by Sayontan Sinha