Sudah menjadi idaman bagi setiap orang, untuk menghasilkan lebih wang, dengan hanya bekerja dengan keselesaan dirumah.
Untuk memulakannya bukanlah suatu perkara yang mudah. Tidak hairanlah impian ini hanya akan tinggal angan-angan bukannya kenyataan bagi ramai orang.
Persoalannya adalah mengapa perniagaan jenis ini masih tetap menjadi impian setiap orang?
DENGAN semua harga barangan semakin meningkat, anda mungkin merasakan bahawa anda perlu mendapatkan sedikit wang tambahan dan ini boleh dilakukan dengan bekerja dirumah.
Mendapatkan wang dengan cara ini mempunyai pro dan kontra tetapi terlebih dahulu kita lihat siapakah yang boleh melakukannya.
SIAPA BEKERJA DARI RUMAH?
Ramai orang mempunyai alasan mereka sendiri untuk bekerja dari rumah. Antaranya:
*Untuk membesarkan anak
Kadangkala wanita terpaksa berhenti kerja dalam usaha untuk menjaga anak mereka kerana mereka percaya bahawa mereka sendiri dan bukannya orang gaji yang sesuai untuk membesarkan anak mereka.
*Bayaran jagaan anak tinggi
Kerana datuk dan nenek tidak mampu menjaga anak mereka dan akibat bayaran jagaan anak yang tinggi, mereka yang berpendapatan rendah mungkin mendapati tidak menguntungkan untuk terus bekerja dipejabat atau kilang.
*Pendapatan tambahan disamping kerja tetap. Mereka yang mempunyai banyak masa yang terluang selepas waktu kerja mungkin mendapati mereka boleh menggunakannya untuk mendapatkan wang tambahan.
*Pesara yang melakukan untuk mengelakkan rasa bosan dan sunyi. Pesara yang telah lama bekerja sehingga 30 tahun atau lebihmungkin berasa bosan dan sunyi setelah meninggalkan hari bekerja.
*Cacat . Mereka mungkin mendapati sukar untuk bekerja diluar rumah.

Sorry, the comment form is closed at this time.