mlmRamai diantara kita yang mengetahui apa itu perniagaan MLM.

Secara logik akal, ramai orang yang memahami perniagaan MLM adalah perniagaan yang dimiliki oleh seorang atau sekumpulan pengusaha dimana mereka membenarkan orang lain mendapatkan pendapatan daripada pemasaran yang mereka wujudkan dengan syarat orang yang melibatkan diri tersebut perlu menjadi ahli.

Istilah seperti ‘Upline’, ‘Downline’, ‘Stokis’ sudah menjadi seakan sebati dalam pemikiran kita tentang perniagaan MLM ini. Pelan pemasaran berbentuk binary dan komisen berperingkat sudah menjadi pemahaman kita tentang perniagaan MLM ini juga.

Sebelum saya menghuraikan pemasaran rangkaian ini eloklah kiranya saya menjelaskan terlebih dahulu tentang konsep perniagaan MLM ini…

Mitos tentang MLM.

Konsep perniagaan MLM adalah membeli, menjual dan menaja. Ahli akan membeli produk pada harga yang murah berbanding harga bukan ahli.

Ahli yang lebih lama berbanding ahli yang baru dipanggil sebagai upline, manakala ahli baru dipanggil sebagai downline. Ahli perlu menjual produk atau menaja ahli baru untuk mendapatkan komisen.

Sistem pemasaran seperti stair step, binary, unilevel, matrix merupakan sistem yang boleh digunakan bagi tujuan penjanaan pendapatan.

NOTA : Kunci kepada pemasaran rangkaian ini adalah membeli, menjual, menaja, menaja dan menaja.

(1.) Perniagaan ini bukan program pelaburan!

Perniagaan ini bukan program pelaburan seperti pelaburan unit amanah atau simpana deposit tetap. Perniagaan ini tidak akan memberikan kita pendapatan dengan hanya duduk diam tanpa melakukan sebarang jualan.

Sebanyak mana pun wang yang kita laburkan tidak bermakna kita akan memperolehi pendapatan lumayan sepanjang masa.

(2.) Perniagaan ini bukan skim cepat kaya!

Mereka yang berjaya mendapat status jutawan dalam perniagaan ini tidak memperolehinya dalam masa satu hari atau sebulan. Saya pasti mereka mengambil masa paling kurang 1 tahun untuk mencapai status jutawan.

Oleh yang demikian perniagaan ini bukan perniagaan yang dijalankan selama satu atau sebulan.

(3.) Perniagaan ini bukan 100% program menjual!

Tidak semestinya anda seorang penjual yang sangat berjaya dalam menjual produk mampu berjaya dalam perniagaan MLM ini.

Pokoknya perniagaan MLM ini tidak berkonsepkan untuk menjual produk 100%.

(4.) Perniagaan ini bukan perniagaan 9-5!

Seseorang yang kerjanya makan gaji dimana bekerja dari 9 pagi hingga 5 petang akan memperolehi gaji setiap hujung bulan. Walaupun kerjanya hampir 50% dilebihkan kepada tidur, mereka tetap memperoelehi gaji.

Perniagaan MLM ini memerlukan masa yang lebih lama sehinggakan larut malam.

Related posts:

Bukti RM308,705 Di Rumah!

Nak Pengsan Tengok Duit Masuk Hari2...RM0 Kepada RM308,705 Dengan Senang!

Dapatkan Laporan Percuma Rahsia Orang Kaya Buat Duit Dengan Membuat Pendaftaran Keahlian Di Sini!


Sorry, the comment form is closed at this time.

© 2015 Perkongsian Peluang Dan Ruang Bisnes Suffusion theme by Sayontan Sinha