Ramai yang sudah kenal dengan Ramly burger, jenama yang berjaya menembusi pasaran roti burger dan semua yang berkaitan dengan bisnes burger.

Jenama Ramly juga melangkah jauh ke Brunei, Singapura dan negara-negara lain. Selain Ramly, ada juga jenama lain yang juga tidak kurang hebatnya.

Siapakah yang menjadi pelanggan-pelanggan Ramly burger ini? Ramai.

Menjual burger dengan gerai kecil di hadapan 7-11, simpang tiga jalan atau di sebelah kedai mamak boleh menambah pendapatan sahaja. Untuk menjadi kaya, kenalah usahakan cara lain.

Bagi peniaga burger kecil-kecilan, pengalaman dua orang sahabat ini boleh dijadikan panduan berguna untuk memulakan bisnes ini.

Fauzi dan Rashdan, bisnes burger mereka dari pukul 7.30 malam hingga 1 pagi setiap malam kecuali malam Isnin. Maknanya, dalam seminggu mereka bekerja 6 malam. Sebelah siang mereka bekerja makan gaji dengan orang lain.

Peralatan untuk bisnes burger mereka sangat mudah. Duah buah meja lipat, sebiji tong gas, dapur dan sebiji lampu kalimantang yang disambungkan ke bateri kereta Proton Saga.

Keperluan lain ialah telor, sos, keju, salad, burger ayam dan daging, dan yang penting roti burger. Soft skills mereka sama saja dengan orang lain.

Pesaing-pesaing Fauzi dan Rashdan sangat ramai. Di sekitar mereka saja ada tiga lagi gerai burger yang sama. Kenapa burger mereka menjadi pilihan?

Pertama, lokasi. Simpang tiga, di hadapan 7-11 dan restoran mamak 24 jam. Setiap hari orang ramai akan nampak mereka. Keinginan untuk membeli burger akan lebih cepat jika kita sudah biasa dengan gerai ini.

Kedua, harga yang berdaya saing. Pesaing mereka meletakkan harga yang lebih tinggi. Contohnya burger daging spesial. Fauzi dan Rashdan menjual dengan harga RM2.40 berbanding pesaing RM3.00 satu. Perbezaan 60 sen memberi makna yang sangat besar kepada pelanggan kerana kualiti burger Fauzi dan Rashdan lebih baik dengan harga yang murah. Tentulah pembeli akan memilih burger yang murah dan lebih baik.

Dan ketiga, mesra. Fauzi dan Rashdan lebih mesra dan mahu juga bertegur sapa dengan pelanggan. Walaupun mereka tidak kenal dengan pelanggan yang ramai tetapi dengan menegur “Bang, dari mana?” “Bang, baru balik kerja?” Ini sudah cukup mewujudkan hubungan yang erat di antara pembeli dan penjual.

Sumber : http://zahirzainudin.blogspot.com/2008/09/part-time-jual-burger.html

Related Blogs

Related posts:

Bukti RM308,705 Di Rumah!

Nak Pengsan Tengok Duit Masuk Hari2...RM0 Kepada RM308,705 Dengan Senang!

Dapatkan Laporan Percuma Rahsia Orang Kaya Buat Duit Dengan Membuat Pendaftaran Keahlian Di Sini!


Sorry, the comment form is closed at this time.

© 2014 Perkongsian Peluang Dan Ruang Bisnes Suffusion theme by Sayontan Sinha