Bisnes gaya pos sudah lama di praktikkan di negara barat.

Saya tidak pasti samaada anda sedar atau tidak bahawa di Malaysia ramai juga pengusaha atau peniaga yang menggunakan perkhidmatan pos untuk menjual barangan atau produk atau perkhidmatan mereka.

Bisnes gaya pos merupakan kaedah lain yang boleh anda gunakan dalam pemasaran.

Perniagaan yang boleh dijalankan melalui pos.

Saya masih ingat pada era 80′an maktab adabi menjadi fenomena kepada perniagaan dan pemasaran gaya pos.

Produk yang diusahakan oleh maktab adabi merupakan salah satu bentuk produk atau perkhidmatan yang boleh dijual kepada pengguna melalui urusuniaga secara pos.

Produk kain potong yang boleh dipos antara contoh lain yang boleh menggunakan pos sebagai kaedah pemasaran yang berkesan.

Barang-barang yang dibeli daripada luar negara seperti buku, VCD, baju, ubat, minyak wangi, jam menggunakan syarikat kurier sebagai medium pengagihan.

Oleh yang demikian jika anda merasakan produk yang mahu anda pasarkan mencakupi urus niaga melalui pos, maka saya pasti pemasaran gaya pos adalah permulaan perniagaan yang terbaik untuk anda.

Perniagaan Di Internet Guna Khidmat Pos

Sedar atau tidak sekarang ini banyak bisnes yang di jalankan di internet menggunakan perkhidmatan pos samaada dalam bentuk bayaran atau penghantaran.

Sebagai contoh pengusaha tudung yang menjual produk tudung mereka menggunakan internet untuk mendapatkan pelanggan dan menjalankan aktiviti pemasaran secara online.

Daripada tempahan yang di terima melalui internet, pengusaha tudung tersebut akan menggunakan perkhidmatan pos untuk menghantar tudung tersebut kepada pelanggan.

Cuba anda lihat keberkesanan gabungan internet dan pos hampir sahaja menidakkan pengusaha untuk tidak mengadakan kedai dalam aktiviti jualan.

Jelaslah disini bahawa bisnes gaya pos masih lagi releven walaupun internet hampir sahaja melupuskan kaedah pemasaran gaya pos ini.

Related posts:

Bukti RM308,705 Di Rumah!

Nak Pengsan Tengok Duit Masuk Hari2...RM0 Kepada RM308,705 Dengan Senang!

Dapatkan Laporan Percuma Rahsia Orang Kaya Buat Duit Dengan Membuat Pendaftaran Keahlian Di Sini!


Sorry, the comment form is closed at this time.

© 2015 Perkongsian Peluang Dan Ruang Bisnes Suffusion theme by Sayontan Sinha