Ramai penduduk Malaysia kini mahu mencapai kebebasan kewangan, oleh itu idea untuk membuat bisnes sendiri telah menjadi begitu popular.

Salah satu peluang lumayan ialah menjadi jurugambar bebas.

Jika anda berusaha bersungguh-sungguh anda boleh mendapat antara RM500 ~ RM1000 seminggu.

Sebagai permulaan apa yang anda perlukan ialah kamera yang sederhana harganya.

Pastikan mutu kamera diambil kira kerana sesetengah kamera yang murah menghasilkan gambar yang tidak jelas.

Anda juga memerlukan lampu spotlight dan stand, dan sebuah bilik hitam-dan-putih sebagai studio anda.

Tidak perlu membeli peralatan yang canggih, sebagai jurugambar bebas yang penting ialah kualiti gambar yang anda ambil dan bukannya perabot kayu yang berkilat – ianya tidak memberi apa-apa makna langsung kepada pelanggan anda.

Berapa banyak wang yang anda buat adalah bergantung kepada usaha yang anda mahu berikan dalam bisnes ini.

Kelebihan sebagai jurugambar bebas ini ialah anda boleh mencari pasaran anda sendiri dan menetapkan harga anda sendiri.

Jika anda hanya mahu bekerja pada hujung minggu, anda boleh memperolehi antara RM1000 sehingga RM2000 dengan mengambil gambar-gambar perkahwinan secara pakej.

Jika anda mengambil keputusan untuk bekerja sepenuh masa, anda boleh memperolehi RM50,000 atau lebih bergantung kepada kepakaran anda.

Ianya bergantung kepada satu perkara, kebolehan anda menggunakan kamera untuk menghasilkan produk yang berkualiti.

Orang sanggup membayar harga yang tinggi jika hasil kerja anda cukup memuaskan.

Dalam panduan ini kami menganggap anda sudah mengetahui bagaimana menggunakan kamera, mengambil gambar, pancaran lampu, komposisi dan teknik bilik gelap.

Kemudian anda perlu tahu bagaimana membuat wang dengannya.

Peraturan pertama yang perlu diingati ialah anda mestilah jujur dengan kerja yang dilakukan.

Jika anda ditawarkan kerja tetapi anda tidak begitu mahir, katakan sahaja tidak dan terangkan apakah kepakaran yang anda miliki.

Apabila anda mendapat tawaran yang akan datang, reputasi anda akan diambil kira dan sudah pasti beliau akan kembali semula

1) kerana beliau percaya dengan kejujuran anda

2) kerana jika anda berkata boleh bermakna anda boleh buat.

Tagged By : kamera,canon eos

Related posts:

Bukti RM308,705 Di Rumah!

Nak Pengsan Tengok Duit Masuk Hari2...RM0 Kepada RM308,705 Dengan Senang!

Dapatkan Laporan Percuma Rahsia Orang Kaya Buat Duit Dengan Membuat Pendaftaran Keahlian Di Sini!


Sorry, the comment form is closed at this time.

© 2015 Perkongsian Peluang Dan Ruang Bisnes Suffusion theme by Sayontan Sinha