(1.)Mendengar dan berfikir. Gunakan 2 telinga anda untuk mendengar apa yang kita cakapkan. Apabila anda mendengar apa yang anda cakapkan, anda akan berfikir apa yang dibualkan.

(2.)Fokus kepada perbualan dengan keadaan mata yang fokus kepada apa yang sedang dibualkan. Teknik ini merupakan perkara asas semasa berkomunikasi. Dengan penngunaan mata yang fokus kepada perbualan akan menunjukkan kita begitu komitmen dengan perbualan tersebut.

(3.)Mengambil dan menulis nota. Walaupun teknik ini jarang-jarang dilakukan orang, tetapi ia sangat memberi kesan kepada kita dan yang bercakap. Mereka akan merasakan topik yang dibicarakan mempunyai kepentingannya.

(4.)Biarkan orang yang bercakap itu menghabiskan bicara mereka. Ini merupakan peraturan asas dalam teknik berkomunikasi. Jika anda melanggar peraturan ini, anda telah melanggar konsep berkomunikasi itu. Ia merupakan satu tindakan yang agak kasar jika seseorang itu memotong perbualan.

(5.)Memahami setiap topik yang dibualkan dengan mendapatkan segala maklumat yang disampaikan. Ini penting kerana jika kita tidak memahami topik yang dibualkan maka topic perbualan itu akan menjadi kosong kerana tiada soal dan jawab.

(6.)Respon kepada perbualan dengan berkata ‘Ya’ atau ‘Oh’ atau apa-apa perkataan yang memberi respon. Teknik ini merupakan teknik memberikan respon kepada perbualan.

(7.)Menerima sahaja terlebih dahulu setiap hujah yang disampaikan tanpa mempersoalkannya. Ini akan memberi kita masa untuk memahami maksud dan matlamat hujah-hujah tersebut.

(8.)Bertanya jika anda tidak faham. Bertanya dengan menggunakan perkataan asas seperti Apa’, ‘Mengapa’, dan ‘Bagaimana’. Ini kerana dengan penggunaan pertanyaan asas ini topic perbualan akan menjadi lebih difahami.


Related Blogs

Related posts:

Bukti RM308,705 Di Rumah!

Nak Pengsan Tengok Duit Masuk Hari2...RM0 Kepada RM308,705 Dengan Senang!

Dapatkan Laporan Percuma Rahsia Orang Kaya Buat Duit Dengan Membuat Pendaftaran Keahlian Di Sini!


Sorry, the comment form is closed at this time.

© 2015 Perkongsian Peluang Dan Ruang Bisnes Suffusion theme by Sayontan Sinha