harga
Sudah menjadi kebiasaan kepada pengusaha meletakkan harga pada produk atau perkihidmatan mereka tanpa membuat beberapa kajian terlebih dahulu. Ada juga pengusaha yang meletakkan harga bergantung kepada naluri mereka.

Harga sangat memainkan peranan dalam anda meraih keuntungan. Ia boleh jadi satu perancangan dalam membuat pasaran pada produk atau perkhidmatan anda.

Disini saya akan memberikan anda beberapa tips untuk meletakkan harga pada produk atau perkhidmatan anda.

Membuat tinjauan harga daripada pesaing anda.

Membuat peninjauan harga daripada pesaing adalah cara yang paling mudah dalam meletakkan harga.

Janagan membuat keputusan dengan meletakkan harga yang lebih murah daripada pesaing anda tanpa mengambil kira kos penghasilan produk atau perkhidmatan terlebih dahulu.

Kos disini akan melibatkan kos bahan mentah, kos proses, kos penghantaran, kos pengiklanan, kos sewaan, kos pekerja.
Buat pengiraan untuk kesemua kos yang dikeluarkan.

Kebiasaanya peniaga-peniaga atau pengusaha akan mengambil kurang dari 40% margin keuntungan daripada jumlah kos yang di keluarkan.

Formula mudah

Kos + Masa + Margin = Harga

Kos – Seperti yang telah saya terangkan diatas, catat kos yang terlibat dan jumlahkan kos tersebut.

Masa – Kira berapa banyak masa yang diambil dalam menghasilkan sesuatu produk atau perkhidmatan.

Berapa kos yang diperlukan dalam jangkamasa tersebut. Kira berapa banyak masa pekerja yang diambil.

Margin – Tambahkan kos dan masa. Jumlah tersebut perlu ditambah dengan peratus yang anda letakkan.

Related posts:

Bukti RM308,705 Di Rumah!

Nak Pengsan Tengok Duit Masuk Hari2...RM0 Kepada RM308,705 Dengan Senang!

Dapatkan Laporan Percuma Rahsia Orang Kaya Buat Duit Dengan Membuat Pendaftaran Keahlian Di Sini!


Sorry, the comment form is closed at this time.

© 2015 Perkongsian Peluang Dan Ruang Bisnes Suffusion theme by Sayontan Sinha