Perniagaan francais merupakan perniagaan yang mudah untuk dimulakan jika anda masih baru dalam dunia perniagaan.

Pernigaan berasaskan konsep francais ini tertakluk kepada kata dan undang-undang perniagaan di Malaysia.

Mungkin ia melibatkan lebih dari 1 pihak dan mungkin juga ia melibatkan banyak hal perniagaan antara pihak-pihak tersebut, maka akta khas dan undang-undang untuk perniagaan berkonspekan francais ini telah di tubuhkan.

Saya tidak akan menjelaskan perihal akta dalam perniagaan berkonsepkan francais ini,
anda boleh membaca dan menyelidikinya di sini :

http://www.mfa.org.my/?govt-support:akta-francais-1998:2KF740C926

Terdapat 2 istilah yang berkaitan dengan perniagaan francais ini iaitu :

(1.) Francaisi

Francaisi adalah orang yang diberikan hak francais. Untuk memohon menjadi francaisi, anda perlu mengemukakan permohonan kepada Bahagian Francais, Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi dengan menggunakan Borang Profail Francaisi.

Syarat-syarat Penyertaan Sebagai Francaisi:

1. Bumiputera.

2. Individu (Permohonan daripada syarikat boleh dipertimbangkan dengan syarat sekurang-kurangnya 70% ekuiti syarikat hendaklah dipegang oleh pemohon).

3. Sekurang-kurangnya 30% daripada kos projek dibiayai oleh pemohon tanpa melibatkan pinjaman kewangan.

4. Perniagaan akan dijalankan di premis atau lokasi yang sesuai dan strategik.

5. Pemohon mempunyai perancangan perniagaan bagi tempoh sekurang-kurangnya 3 tahun.

(2.) Francaisor

Francaisor adalah orang yang memberikan hak francais kepada francaisi. Francaisor juga berhak mengawal secara berterusan akan perniagaan francaisi semasa tempoh francais.

Untuk memohon menjadi francaisor, anda perlu mengemukakan permohonan kepada Bahagian Francais, Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi dengan menggunakan Borang Permohonan Francaisor.

Syarat-syarat Penyertaan Sebagai Francaisor

Untuk memohon menjadi francaisor, anda perlu mempunyai :

1. Produk yang telah kukuh dan diterima baik oleh orang ramai.

2. Dokumen sokongan yang lengkap dan komprehensif.

3. Buku panduan atau manual operasi dan latihan yang terperinci dan lengkap, dan juga program latihan yang berterusan.

4. Sistem perakaunan yang seragam.

5. Khidmat nasihat teknikal mengenai peralatan dan kesesuaian lokasi.

6. Khidmat pengawasan bagi memastikan penghasilan produk dan perkhidmatan adalah berkualiti dan seragam.

7. Perancangan perniagaan dan pemasaran yang menyeluruh dan modal yang mencukupi.

(3.) Francaisi Induk

Francaisi induk ialah pihak yang diberikan hak oleh francaisor untuk memberikan sub-francais kepada pihak lain.

Syarat-syarat Penyertaan Sebagai Francaisi Induk :

1. Badan korporat Bumiputera atau syarikat bertaraf Bumiputera atau individu Bumiputera.

2. Berkeupayaan menyediakan modal yang diperlukan.

3. Mematuhi peraturan dan cara pengurusan yang ditetapkan oleh francaisor.

4. Bersedia membimbing bakal-bakal francaisi di masa hadapan.

5. Lain-lain syarat yang ditetapkan di bawah Syarat-syarat Penyertaan Sebagai Francaisi.

Perniagaan francais ini tidak memerlukan begitu banyak pengalaman dalam perniagaan, ini kerana biasanya francaisor akan memandu dan memantau aktiviti perniagaan yang di usahakan oleh francaisi me
reka.

Maksudnya anda akan menerima panduan bagaimana menjalankan perniagaan tersebut.

Namun begitu modal permulaan untuk menjadi francaisi ini adalah agak tinggi dan keuntungannya adalah berdasarkan dari profit sharing setelah di tolak kos-kos perkhidmatan yang akan di kenakan oleh pihak francaisor.

Bagi saya perniagaan berkonspekan francais ini merupakan peluang perniagaan yang boleh anda cuba jika anda masih mencari peluang perniagaan dan kurang memahami selok belok perniagaan.

Apakah contoh-contoh industri yang boleh difrancaiskan?

Berikut adalah kategori perniagaan yang mempunyai sistem francais di Malaysia :

(*) Makanan.

(*) Pakaian dan aksesori (15%)

(*) Pusat pembelajaran dan latihan (12%)

(*) Perkhidmatan (10%)

(*) Pusat kecantikan/kesihatan (4%)

(*) Automotif

(*) Pasar raya

(*) Dekorasi/cenderamata

(*) Pelancongan

(*) Kedai buku/alat tulis

(*) Kosmetik/penjagaan kesihatan

(*) Barang kemas

(*) Pusat telekomunikasi

(*) Farmasi

(*) Pakar runding

(*) Komputer

Related posts:

Bukti RM308,705 Di Rumah!

Nak Pengsan Tengok Duit Masuk Hari2...RM0 Kepada RM308,705 Dengan Senang!

Dapatkan Laporan Percuma Rahsia Orang Kaya Buat Duit Dengan Membuat Pendaftaran Keahlian Di Sini!


Sorry, the comment form is closed at this time.

© 2014 Perkongsian Peluang Dan Ruang Bisnes Suffusion theme by Sayontan Sinha