Pengenalan kepada internet.

Saya pasti ramai di antara kita yang masih belum tahu tentang fungsi internet itu kepada kita.

Pada asasnya internet menjadi medium yang memudahkan manusia untuk berhubung.

Melalui konsep hubungan itu maka wujud beberapa kemudahan seperti e-mail dan laman web.

Sistem perhubungan yang telah di wujudkan oleh teknologi internet ini telah membawa kepada hubungan manusia tanpa sepadan.

Sebagai contoh Abu dari Malaysia boleh berhubungan dengan John di Australia melalui e-mail.

Pada asasnya perhubungan melalui internet ini lebih berbentuk tulisan berbanding suara dan gambar.

Ini telah dibuktikan dalam penghasilan fungsi e-mail tersebut.

Kini teknologi internet telah membuktikan satu lagi keajaiban dimana manusia itu boleh berhubungan melalui kemera seperti berbual secara berdepan.

Ini telah dibuktikan dalam penggunanaan web cam yang boleh dihubungkan melalui talian internet.

Menyedari internet boleh dijadikan sebagai medium perhubungan maka wujud idea untuk memberi dan menerima maklumat secara pantas.

Sebagai contoh kita dapat membaca berita dalam negeri dan luar negeri hanya dengan membuat akses kepada internet.

Ini telah dibuktikan dalam laman web Berita Harian.

Halaman web merupakan medium untuk memasukkan sebarang maklumat yang dirasakan berguna supaya dapat dikongsi oleh ramai orang dalam satu-satu masa secara pantas.

Kini laman web sangat dimanfaatkan oleh ramai orang.

Ada yang membangunkan laman web peribadi, ada yang membangunkan laman web perusahaan, ada yang membangunkan laman web bertujuan mendapatkan pendapatan.

Sebagai kemudahan pengguna internet membuat carian terhadap sesuatu perkara, satu tempat yang menghimounkan kesemua laman web telah di bangunkan.

Ini telah dibuktikan dengan kewujudan laman web yang lebih dikenali sebagai enjin carian.

Kini terdapat beribu-ribu engine carian di internet, yang paling popular adalah enjin carian Google dan enjin carian Yahoo.

Related posts:

YouWish Wishlist Builder

Sorry, the comment form is closed at this time.

© 2015 Perkongsian Peluang Dan Ruang Bisnes Suffusion theme by Sayontan Sinha