Laman web sebagai ganti kepada kedai dan pejabat.

Seperti yang kita faham bahawa dalam pemasaran konvesional kita memerlukan kedai atau pejabat atau rumah sebagai tempat memasarkan produk.

Internet hanya memerlukan kita membina laman web sebagai ganti kepada alamat kedai dan kedai atau pejabat itu sendiri.

Melalui laman web, pengguna sudah mengetahui apa yang kita jual.

Alamat sebenar syarikat menjadi perkara kedua dilihat oleh pengguna internet ini.

Apa yang lebih penting adalah nama domain itu sendiri. Pengguna internet lebih senang mengingati nama domain itu berbanding alamat sebenar syarikat atau rumah.

Bolehlah dikatakan bahawa laman web ini mengurangkan kos penyewaan kedai.

Apa yang lebih penting orang biasa seperti kita sudah boleh menjalankan perniagaan.

Kini menghasilkan laman web itu boleh dibuat oleh kebanyakkan orang.

Banyak perisian yang boleh membantu kita menghasilkannya walaupun kita tidak mempunyai pengetahuan tentang pengaturcaraan HTML.

Ianya telah dibuktikan dengan kewujudan BLOG.

BLOG bolehlah dikatakan sebagai halaman web yang tidak memerlukan seseorang itu mempunyai pengetahuan tentang pengaturcaraan (Programming).

Walaupun pada mulanya pembinaan halaman web ini memerlukan seseorang itu mempunyai pengetahuan tentang pengaturcaraan tetapi dengan kecanggihan teknologi internet ini segalanya boleh berubah.

Terdapat banyak BLOG yang mudah dibangunkan dan tidak memerlukan sebarang kos antaranya seperti, WORDPRESS, BLOG.SPOT.COM.

Jika anda bercadang untuk membangunkan halaman web yang agak komersial dan ‘complicated’ maka anda perlukan seorang pengaturcara (Programmer).

Ramai orang yang boleh menjadi programmer kepada anda, asalkan mereka boleh menghasilkan halaman web sendiri maka pasti mereka boleh membantu anda juga.

Related posts:

Bukti RM308,705 Di Rumah!

Nak Pengsan Tengok Duit Masuk Hari2...RM0 Kepada RM308,705 Dengan Senang!

Dapatkan Laporan Percuma Rahsia Orang Kaya Buat Duit Dengan Membuat Pendaftaran Keahlian Di Sini!


Sorry, the comment form is closed at this time.

© 2014 Perkongsian Peluang Dan Ruang Bisnes Suffusion theme by Sayontan Sinha