Di dalam penghasilan iklan anda perlu tahu kategori iklan yang mahu di hasilkan. Maksudnya adalah anda perlu memilih kategori penghasilan iklan anda. Memilih kategori iklan adalah salah satu strategi asas yang perlu anda buat sebelum menulis iklan anda.

Berikut adalah beberapa jenis iklan dan kategorinya. Di harap dapat membantu anda dalam mengenalpasti dan mengklasifikasikan iklan yang mahu anda hasilkan.

(1.)Iklan Penerangan.

Iklan penerangan akan lebih menjurus kepada memberi keterangan kepada produk atau perkhidmatan dan tidak menjurus kepada proses jualan. Ianya setakat memberi input maklumat kepada pengguna tentang produk atau perkhidmatan.

(2.)Iklan Memujuk.

Iklan memujuk ini menjurus kepada maklumat tentang produk atau perkhidmatan. Ia lebih menjurus kepada memujuk prospek atau pelanggan untuk membuat pembelian seuatu produk ataupun perkhidmatan. Biasanya iklan memujuk ini akan menunjukkan kelebihan-kelebihan produk atau perkhidmatan.

(3.)Iklan Bertanding.

Iklan bertanding pula adalah teknik pengiklanan yang memerlukan dua atau lebih pengeluar. Ia bertujuan mengiklankan keluaran yang sama tetapi jenama yang berlainan. Apa yang pasti iklan bertanding ini bertujuan untuk memeriahkan lagi produk keluaran tersebut.

(4.)Iklan Kolektif.

Kategori pengiklanan jenis ini pula adalah teknik pengiklanan yang di gabungkan antara pengeluar dan pihak yang berkepentingan. Syaratnya adalah ia bukan bertujuan untuk menjenamakan sesuatu produk. Biasanya iklan kolektif ini lebih menjurus kepada pengiklanan tentang aktiviti kemasyarakatan. Biasanya juga, kos pengiklanan akan di tanggung bersama.

(5.)Iklan Langsung.

Iklan langsung pula adalah satu teknik pengiklanan yang di sasarkan kepada prospek atau pelanggan-pelanggan tertentu. Ini bermakna iklan jenis ini akan lebih memfokus kepada pelanggan yang berminat dimana pengguna dapat melihat, merasa dan mencuba keluaran yang di iklankan itu. Biasanya pengiklanan ini di lakukan melalui pameran-pameran dan demonstrasi. Pengiklanan sebegini biasanya di lakukan secara terus oleh jurujual.

(6.)Iklan Tak Langsung.

Iklan tidak langsung pula adalah lawan kepada iklan langsung. Iklan jenis ini tidak di sasarkan kepada pelanggan-pelanggan tertentu, ianya lebih di sasarkan kepada semua golongan. Biasanya pengiklanan jenis ini bertujuan untuk memperkenalkan produk atau perkhidmatan baru di pasaran.

Related posts:

Bukti RM308,705 Di Rumah!

Nak Pengsan Tengok Duit Masuk Hari2...RM0 Kepada RM308,705 Dengan Senang!

Dapatkan Laporan Percuma Rahsia Orang Kaya Buat Duit Dengan Membuat Pendaftaran Keahlian Di Sini!


Sorry, the comment form is closed at this time.

© 2015 Perkongsian Peluang Dan Ruang Bisnes Suffusion theme by Sayontan Sinha