Bagi orang biasa yang mempunyai perniagaan kecil tidak mungkin mampu untuk mengiklankan produk mereka di televisyen mahupun radio.

Seperti yang telah saya jelaskan di bahagian media pengiklanan anda masih boleh memilih media pengiklanan yang lain.

Saya menyarankan agar perniagaan kecil dan orang biasa yang mahu mempromosikan produk atau perkhidmatan mereka bolehlah menggunakan media pengiklanan cetakan dan internet.

Media pengiklanan seperti surat khabar, majalah, flyers, adalah ruang yang boleh anda gunakan.

Walaupun begitu media pengiklanan sebegini memerlukan penulisan dan gambar sebagai asas kepada pengiklanan.

Jika anda membaca surat khabar ataupun majalah biasanya terdapat ruangan untuk pengiklanan.

Oleh yang demikian anda perlu menggunakan ruangan kecil ini untuk mendapatkan jualan.

Mungkin anda mula berfikir bagaimana caranya mahu menulis iklan dalam ruangan yang kecil ini?

Sebelum menulis iklan, anda perlu tahu keseluruhan perjalanan produk atau perkhidmatan yang anda usahakan, antaranya adalah :

(*) Apakah masalah yang di hadapi oleh prospek atau pelanggan anda.

(*) Apakah penyelesaiaan yang anda sediakan.

(*) Apakah kelebihan yang anda sediakan.

(*) Apakah jaminan yang anda sediakan.

(*) Bagaimana prospek dapat menghubungi anda.

Fahami perjalanan produk atau perkhidmatan yang anda sediakan melebihi apa yang akan prospek fahami kelak.

Dengan memahami keseluruhan perjalanan produk atau perkhidmatan, penulisan iklan anda lebih mudah dan ianya jelas kepada prospek.

Aspek jenis, kelebihan dan siapa pelanggan adalah antara sumber maklumat yang perlu anda fahami.

Perkara-perkara ini sepatutnya sudah berada difikiran sebelum anda menulis iklan.

Related posts:

Bukti RM308,705 Di Rumah!

Nak Pengsan Tengok Duit Masuk Hari2...RM0 Kepada RM308,705 Dengan Senang!

Dapatkan Laporan Percuma Rahsia Orang Kaya Buat Duit Dengan Membuat Pendaftaran Keahlian Di Sini!


Sorry, the comment form is closed at this time.

© 2015 Perkongsian Peluang Dan Ruang Bisnes Suffusion theme by Sayontan Sinha