Setiap media pengiklanan terdapat kelebihan dan kekurangannya sendiri.

Kelebihan dan kekurangan ini memerlukan penyelidikan dari anda untuk menilainya.

Ada media pengiklanan yang memerlukan kos yang tinggi tetapi lebih memberikan peluang dan jualan yang besar.

Ada pula media pengiklanan yang memerlukan kos yang kecil tetapi peluang jualannya juga kecil.

Apa yang ingin saya beritahu di sini adalah bahawa setiap media pengiklanan adalah berbeza.

Seperti yang telah saya jelaskan sebelum ini bahawa media televisyen menggunakan video dan audio sebagai cara mengiklankan sesuatu produk dan perkhidmatan.

Manakala radio menggunakan teknik audio. Media bercetak seperti surat khabar dan majalah tidak menggunakan video dan audio sebagai proses pengiklanan.

Ada satu lagi perkara kritikal yang membezakan media perngiklanan ini.

Pengiklanan di televisyen dan radio mempunyai seseorang yang bertanggungjawab menyediakan perkhidmatan (agensi pengiklanan) iklan di televisyen dan radio tetapi tidak kepada media bercetak seperti surat khabar atau pun majalah.

Walaupun ada yang menyediakan perkhidmatan ini tetapi ianya tidak banyak.

Oleh yang demikian bolehlah di katakan bahawa media seperti surat khabar atau majalah merupakan media pengiklanan dimana orang biasa juga mampu mengiklankan produk atau perkhidmatan mereka.

Baru-baru ini saya di kejutkan dengan satu lagi teknik promosi jualan yang saya rasakan ianya adalah yang efektif.

Media pengiklanan menggunakan media cetakan.

Idea yang efektif ini adalah meletakkan bauan pada cetakan katalog tersebut.

Ini bermakna walaupun campuran promosi menggunakan media pengiklanan cetakan, tetapi syarikat tersebut dapat membuat pengguna merasai sendiri bauan minyak wangi yang di jual.

Ini akan membuatkan pengguna membuat pilihan untuk memilih bauan minyak wangi kegemaran mereka.

ini juga akan menaikkan faktor jualan produk ke tahap yang memuaskan.

Related posts:

Bukti RM308,705 Di Rumah!

Nak Pengsan Tengok Duit Masuk Hari2...RM0 Kepada RM308,705 Dengan Senang!

Dapatkan Laporan Percuma Rahsia Orang Kaya Buat Duit Dengan Membuat Pendaftaran Keahlian Di Sini!


Sorry, the comment form is closed at this time.

© 2014 Perkongsian Peluang Dan Ruang Bisnes Suffusion theme by Sayontan Sinha