Media pengiklanan adalah medium untuk mengiklankan sesuatu produk atau perkhidmatan.

Maknanya adalah media pengiklanan merupakan medium pengiklanan dan ianya bertujuan untuk memudahkan aktiviti pengiklanan anda.

Terdapat pelbagai media pengiklanan yang di praktikkan dalam perniagaan. Antaranya adalah :

(1.)Media pengiklanan Televisyen.

Ketika ini iklan di televisyen mendominasi industri pengiklanan.

Iklan di televisyen di lihat lebih memberikan kesan yang besar kepada pengguna berbanding media pengiklanan yang lain-lain.

Ini kerana iklan di televisyen lebih menyerupai seseorang yang sedang mengiklankan produk mereka kepada pelanggan secara terus.

Ini akan lebih memberi kesan kepada pengguna, lihat sahaja bagaimana seorang anak kecil boleh mengingati setiap perbualan yang di lafazkan di dalam sesebuah slot iklan. Ini telah berlaku kepada anak saya. ? Tahukah anda bahawa kos pengiklanan di televisyen bukan sikit-sikit kosnya.

(2.)Media pengiklanan Radio.

Radio merupakan media pengiklanan kedua selepas Televisyen.

Bezanya adalah iklan di radio tidak boleh di lihat tetapi ianya boleh di dengar.

Berapa ramai yang mendengar radio setiap hari? Ini lah yang membuatkan lebih banyak syarikat penyiaran radio yang muncul ketika ini.

Ini juga telah membuatkan lebih banyak syarikat radio menyiarkan lebih banyak iklan berbanding lagu yang di mainkan.

Pengiklanan di radio juga memerlukan kos yang agak besar juga.

Walaupun begitu ia memberi peluang kepada syarikat-syarikat kecil untuk mengiklankan produk mereka.

Pernahkah anda melihat iklan kicap Jalen di televisyen tetapi pernahkan anda mendengar iklan kicap Jalen di radio?

(3.)Media pengiklanan cetakan.

Media bercetak seperti majalah dan surat khabar juga mengambil kesempatan untuk menjadikan pengiklanan sebagai ruang dan peluang menjana pendapatan.

Mereka tahu ramai orang yang membaca. Mereka juga tahu ramai orang yang perlu membaca.

Ruang untuk menjana pendapatan daripada pengiklanan tetap ada.

Setiap hari orang akan membeli surat khabar.

Mereka lebih suka membaca surat khabar berbanding membaca media bercetak yang lainnya.

Oleh yang demikian anda dapat melihat satu ruang pengiklanan yang disediakan oleh kebanyakkan media bercetak seperti surat khabar mahupun majalah pada ketika ini.

(4.)Media pengiklanan Mel langsung.

Kaedah pengiklanan melalui mel langsung merupakan satu lagi kaedah pengiklanan yang agak berkesan jika anda tahu caranya.

Di Negara barat, kaedah pengiklanan mel langsung ini telah menjadi alternatif kepada peniaga dan pengusaha yang mahukan penjimatan terhadap kos pengiklanan.

Mereka percaya bahawa pengguna lebih terkesan dan teruja jika mendapat sesuatu daripada peti surat.

Oleh yang demikian adalah berkesan jika surat itu di datangkan bersama iklan.

(5.)Media pengiklanan Internet.

Internet pada ketika ini menjadi revolusi kepada industri pengiklanan.

Walaupun ianya di lihat sebagai satu revolusi baru dalam industri pengiklanan tetapi perlu di ingat bahawa tidak semua orang mampu untuk akses ke internet.

Maknanya prospek dan pelanggan adalah dari golongan mereka yang tahu untuk menggunakan komputer, internet dan e-mail.

Bagaimana pula mereka yang tidak tahu akses internet?

Sudah tentu mereka tidak akan menjumpai dan mengetahui iklan yang di iklankan hanya di internet.

(6.)Media pengiklanan SMS.

Penggunaan sms pada ketika ini sangat-sangat mengejutkan.

Pengguna telefon bimbit lebih gemar menggunakan sms berbanding membuat panggilan.

Dengan adanya peluang sebegini, maka kini wujud pula pengiklanan yang boleh di lakukan melalui sms.

Media pengiklanan sms ini memerlukan kemahiran dan permulaan modal kewangan yang agak besar, ini kerana ianya masih lagi baru.

Walaupun begitu kosnya tidaklah sebesar pengiklanan di televisyen dan radio.

Anda boleh dapatkan maklumat bagaimana mengiklankan melalui sms ini dengan membuat carian di internet.

Related posts:

Bukti RM308,705 Di Rumah!

Nak Pengsan Tengok Duit Masuk Hari2...RM0 Kepada RM308,705 Dengan Senang!

Dapatkan Laporan Percuma Rahsia Orang Kaya Buat Duit Dengan Membuat Pendaftaran Keahlian Di Sini!


Sorry, the comment form is closed at this time.

© 2015 Perkongsian Peluang Dan Ruang Bisnes Suffusion theme by Sayontan Sinha