Kunci Kepada Kejayaan, Kebahagiaan Dan Kekayaan.

Asas kepada kejayaan dan kebahagiaan.

Kejayaan adalah kemampuan seseorang itu mencapai apa yang dimahukan. Dari istilah yang lebih spesifik, kejayaan bermaksud kemampuan seseorang itu mencapai impian kemahuan, harapan dan matlamat dalam kehidupan dengan jayanya bersama orang yang mereka sayangi. Untuk mencapai kejayaan seseorang itu perlu mengadakan harapan, kemahuan, tujuan dan matlamat terlebih dahulu.

Cerita Ahmad dengan impiannya.

Ahmad seorang pekerja kilang mempunyai impian untuk memiliki sebuah kereta perodua kancil yang mampu dimiliki. Beliau telah memotong gambar kereta impiannya dari suratkhabar dan menampalnya di bilik tidur. Setiap malam sebelum tidur Ahmad akan melihat gambar kereta impian nya dan berangan bersiar-siar bersama kekasihnya.

Beliau menetapkan matlamat untuk mendapatkan kereta impiannya hujung tahun ini. Untuk mencapai impian nya, Ahmad telah menetapkan matlamat untuk menyimpan RM300 setiap bulan. Mengikut perkiraannya, sehingga hujung tahun ini dengan menyimpan RM300 setiap bulan beliau dapat menyediakan deposit RM 3000.00 dan beliau yakin dan percaya kereta impian nya mampu dimiliki.

Hujung tahun pun tiba, ternyata impian Ahmad untuk memiliki kereta impian dapat dicapai. Oleh yang demikian Ahmad telah mencapai satu kejayaan dalam kehidupannya.

Melalui cerita diatas, Ahmad telah mencapai kejayaan untuk memiliki sebuah kereta idamannya, dan saya pasti anda juga pernah mengalami situasi begini. Ini kerana rata-rata orang di Malaysia mempunyai sebuah kereta sendiri.

Kejayaan bergantung kepada pilihan yang perlu dibuat setiap hari. Seperti cerita diatas, Ahmad telah membuat pilihan untuk memiliki sebuah kereta. Kereta perodua kancil menjadi impiannya. dimana beliau telah mengadakan kemahuan untuk memiliki sebuah kereta.

Kejayaan boleh dicapai dengan menggunakan kaedah kita sendiri. Seperti cerita diatas, Ahmad telah menggunakan kaedahnya sendiri dimana sebelum tidur beliau akan melihat gambar kereta tersebut, dan berangan bersiar-siar dengan kereta baru bersama kekasihnya. Beliau juga telah mengadakan impian dan matlamat untuk memiliki kereta pada hujung tahun ini dengan membuat simpanan RM300 setiap bulan supaya dapat membayar deposit kereta RM3000.00.

NOTA : Secara rumusannya kejayaan boleh dicapai apabila kita mempunyai impian dan impian itu disusuli dengan kemahuan dan kemahuan itu mesti di susuli dengan matlamat.

Kejayaan boleh dicapai bergantung kepada bagaimana kita menjumpai apa yang dimahukan dalam kehidupan ini. Tanya kepada diri sendiri, apa yang di mahukan dalam kehidupan ini dan saya pasti anda akan mencapai kejayaan dan kebahagiaan.


Related Blogs

Related posts:

Bukti RM308,705 Di Rumah!

Nak Pengsan Tengok Duit Masuk Hari2...RM0 Kepada RM308,705 Dengan Senang!

Dapatkan Laporan Percuma Rahsia Orang Kaya Buat Duit Dengan Membuat Pendaftaran Keahlian Di Sini!


Sorry, the comment form is closed at this time.

© 2015 Perkongsian Peluang Dan Ruang Bisnes Suffusion theme by Sayontan Sinha