BERANI MEMBUAT KEPUTUSAN

Perkara yang seterusnya yang perlu diberikan perhatian ialah mengenai cara anda membuat keputusan atas satu perkara.

Ramai yang tidak berani membuat keputusan sendiri dan sentiasa bergantung kepada pendapat orang lain.

Oleh itu mereka selalu menjadi mangsa kepada pemikiran orang lain dan apa yang dilakukan bukan mengikut kehendak sendiri tetapi untuk memenuhi pendapat orang lain supaya mereka mempersetujui tindakannya.

Mereka tidak berani melakukan rancangan mereka sendiri apabila diketawakan oleh rakan-rakan dan saudara mara.

Satu rahsia untuk mengatasi masalah anda ialah jangan fikirkan perkara yang anda tidak ingin tetapi fokuskan fikiran anda keatas perkara yang betul-betul menjadi keinginan anda.

Jangan membenarkan pemikiran orang lain menguasai pemikiran anda sendiri, jangan terlalu fikirkan ketidak setujuan atau penghinaan orang lain jika tidak memberi pengajaran yang baik terhadap rancangan anda itu.

Percayalah pada diri anda sendiri dan terus lakukan seperti apa yang ingin anda lakukan.

Jika anda sentiasa mementingkan kata-kata orang lain yang tidak sama dengan perancangan anda pasti anda akan terasa seperti terkurung dalam sebuah bilik yang terkunci, kearah manapun anda pergi pasti anda tidak akan dapat cari jalan keluar.

Dengan itu anda tidak mungkin akan mendapat pengalaman baru dari luar dan tidak akan dapat membuat sebarang perubahan terhadap diri dan hidup anda.

Anda akan hidup dalam blik yang dihadkan keluasannya oleh orang lain, mungkin untuk seumur hidup anda.

Selalulah berfikir secara serius dan ketahui apa yang betul-betul anda inginkan dalam hidup anda.

Jika anda mempunyai fikiran yang tidak tentu arah, anda pasti akan menjadi keliru dalam kehidupan anda dan tidak tahu apa yang harus dan patut dilakukan.

Sikap sentiasa berfikir apa yang ingin anda lakukan dan apa yang tidak ingin anda lakukan akan menjadikan anda berfikiran positif dan bertindak dengan disipllin diri terhadap rancangan yang anda rancangkan.

Oleh jangan fikirkan perkara yang anda tidak ingini seperti ” Saya tidak mahu miskin” tetapi ubahlah untuk berfikir kepada “Saya mesti memperbaii kewangan Saya” dan jangan juga fikir “Saya tidak mahu berhutang” tetapi berfikirlah “Saya mesti rajin untuk mencari lebih wang” dan jangan juga fikirkan “Saya tidak mahu sakit” tetapi fikirlah bahawa “Saya mesti rajin bersenam setiap hari” sebab apa yang anda fikirkan akan menjadi apa yang anda aan dapat akhirnya.

Jika anda fikirkan perkara yang anda tidak mahu, maka anda akan mendapat perkara yang anda tidak mahu itu.

Oleh itu kenapa anda tidak fikirkan sahaja yang anda ingini kerana jikalau benar terlaksana alangkah bagusnya?

Kesimpulan, anda perlu mengetahui bagaimana mengarahkan fikiran anda kepada tindakan-tindakan yang sesuai dengan kebolehan, kemahiran dan bakat anda.

Related posts:

Bukti RM308,705 Di Rumah!

Nak Pengsan Tengok Duit Masuk Hari2...RM0 Kepada RM308,705 Dengan Senang!

Dapatkan Laporan Percuma Rahsia Orang Kaya Buat Duit Dengan Membuat Pendaftaran Keahlian Di Sini!


Sorry, the comment form is closed at this time.

© 2014 Perkongsian Peluang Dan Ruang Bisnes Suffusion theme by Sayontan Sinha