KEAZAMAN KUAT UNTUK BERJAYA

Kebiasaanya orang ramai hanya berfikir sahaja bahawa mereka mahu berjaya tanpa apa-apa tindakan seterusnya yang serius.

Mereka walaupun ingin berjaya, tetapi niat mereka adalah sementara sahaja. Adalah menjadi prinsip semulajadi alam bahawa sebelum kita mencapai kejayan dalam apa jua bidang yang kita ceburi, kita terpaksa melalui pelbagai kesilapan, penderitaan serta kesusahan.

Sebenarnya semua pengalaman negatif ini merupakan sebahagian dari proses pembelajaran yang mesti dilalui sebelum mencapai sesuatu kejayaan.

Keadaan yang malang ini akan terus berlaku berulang kali sehinggalah anda dapat menukarkannya menjadi pelajaran daripada pengalaman negatif itu.

Seperti yang pernah dikatakan, kebanyakkan orang hanya bersedih kepada pengalaman negatif ini tetapi tidak menerimanya sebagai pelajaran yang dapat memperbaiki rancangannya.

Setiap kali anda menemui pengalamn negatif yang sama, anda akan menjadibiasa dengannya dan semakin fasih dan bijak untuk mengatasi masalah itu.

Oleh itu anda akan menghampiri kejayaan.

Kebanyakkan orang tidak dapat berbuat demikian kerana mereka tidak mempunyai keazaman ingin berjaya yang kuat.

Apabila ini berlaku, mereka akan cepat putus asa dan menghentikan langkah setiap kali bertemu dengan pengalaman yang buruk semasa melaksanakan rancangan mereka.

Orang yang tidak mempunyai keazaman yang kuat akan mementingkan penderitaan yang dia terima sekarang tetapi tidak nampak kejayaan yang semakin menghampirinya setiap kali dia melepasi satu penderitaan itu.

Oleh itu mereka cepat putus asa dan kejayaan dilenyapkan dalam tangan mereka sendiri.

Kemudian mereka menyakahkan takdir atau Tuhan mereka. Mereka menganggap ini semua adalah nasib mereka yang telah ditakdirkan dan tidak dapat diubah lagi.

Kita dapat lihat orang-orang yang mencapai kejayaan besar semuanya mempunyai keazaman untuk berjaya yang mengagumkan, dimana pula keazaman anda!

Related posts:

Bukti RM308,705 Di Rumah!

Nak Pengsan Tengok Duit Masuk Hari2...RM0 Kepada RM308,705 Dengan Senang!

Dapatkan Laporan Percuma Rahsia Orang Kaya Buat Duit Dengan Membuat Pendaftaran Keahlian Di Sini!


Sorry, the comment form is closed at this time.

© 2014 Perkongsian Peluang Dan Ruang Bisnes Suffusion theme by Sayontan Sinha