LEBIH RAJIN DARIPADA ORANG LAIN

Anda mesti lebih rajin daripada pesaing anda yang lain.

Orang yang berjaya selalu melakukan kerja yang jauh lebih banyak daripada orang biasa dalam jangka masa yang pale singkat.

Oleh itu mereka dapat mencapai kemajuan yang lebih cepat.

Perkara yang orang biasa dapat siapkan dalam seminggu, mereka akan cuba menyiapkannya dalam tempoh sehari selagi masih dalam kemampuan mereka.

Ramai orang tidak berbuat demikian bukan kerana tidak kemampuan mereka tetapi disebabkan sikap malas mereka sendiri.

Ramai orang tahu kerja-kerjanya tetapi suka melengah-lengahkan kerja meerka dan tidak mengunakan sepenuhnya masa mereka.

Mereka tidak jelas, bilakah mereka mahu mencapai matlamat mereka. Sebab itu mereka berasa masih mempunyai banyak masa untuk disia-siakan.

Jika anda ingin menang dalam segala persaingan, anda cubalah berusaha lebih rajin daripada pesaing yang lebih hebat daripada anda.

Segala usaha yang mereka lakukan, anda ikut dan lakukannya dengan dua atau tiga kali ganda lebih rajin daripada mereka.

Jika anda mempunyai sikap suka berlumba-lumba dengan pesaing terhandal anda, tidak lama lagi anda akan menjadi juara dalam bidang yang anda ceburi.

Ramai orang inginkan kerja yang sedikit tetapi dengan pulangan yang banyak, jika boleh mereka berharap dapat baring diatas katil sahaja dan menerima wang.

Jangan selalu mengharapkan apa-apa pulangan sebelum anda membuat sebarang pengorbanan.

Lakukan pengorbanan itu dengan semangat bukan untuk diri anda sendiri sahaja, tetapi untuk orang yang anda saying, keluarga, masyarakat serta Negara.

Buatlah ramai orang disekeliling anda turut bergembira dengan hasil kejayaan anda nanti kerana anda lakukan untuk mereka juga.

Dengan ini anda akan mendapati kajayaan anda mempunyai makna yang labih meluas dan bernilai.

Selain itu, anda mesti rajin keatas perkara yang berkesan atau PRODUKTIF yang dapat mendorong kejayaan sesuatu rancangan anda.

Jika seseorang itu berkerja sebagai jurujual barangan, maka dia mesti mengetahui perkara produktif yang dapat mendorong kejayaannya iaitu sentiasa bercakap dengan pelanggan setiap hari mengenai produk mereka.

Oleh itu, untuk mencapai kejayaan yang besar mereka mestilah bercakap dengan jumlah pelanggan yang lebih ramai.

Kebanyakkan jurujual tidak berbuat demikian dan setiap hari mereka hanya duduk dipejabat untuk mengemaskan fail-fail mereka sahaja.

Ia langsung tidak memberi apa-apa hasil kepada mereka. Jika anda menanya mereka kenapa tidak keluar membuat jualan?

Jawapan mereka adalah “belum bersedia”.

Ingatlah selalu, anda mesti menjadi lebih rajin daripada orang lain dan rajin dalam perkara produktif.

Dengan cara ini anda akan mendapat pengalaman yang lebih awal jika terdapat apa-apa yang tidak sempurna dalam rancangan anda.

Anda hanya bekerja seminggu sahaja untuk memperolehi pengalaman yang orang lain perlu mendapatkannya dalam masa sebulan.

Jika anda perlu bekerja sebulan, orang lain perlu bekerja empat bulan. Jika anda bekerja tiga bulan, orang lain perlu bekerja setahun untuk mendapatkan pengalaman yang sama dengan anda atau kejayaan yang setaraf dengan anda.

Anda pasti menang dalam segala pesaing!

Related posts:

YouWish Wishlist Builder

Sorry, the comment form is closed at this time.

© 2015 Perkongsian Peluang Dan Ruang Bisnes Suffusion theme by Sayontan Sinha