Menjadi seorang agen insuran merupakan pekerjaan terakhir yang mungkin dipilih oleh kebanyakkan orang.

Walaupun insurans itu memberi keuntungan kepada manusia tetapi ia tetap akan ditolak oleh kebanyakkan daripada kita.

Ada sesetengah daripada kita yang merasakan insurans itu bukanlah satu keperluan. Mengikut studi yang saya buat, insuran merupakan kelengkapan pertama yang perlu diadakan oleh setiap orang pada masa kini di dalam carta aliran pengurusan kewangan. Bolehlah saya katakan insurans ini merupakan pelindung kepada kita dan wang kita.

Mana mungkin perlindungan ini diletakkan dibawah carta aliran pengurusan kewangan?

Mana mungkin pelindung kewangan ini tidak dimasukkan langsung kedalam carta aliran pengurusan kewangan?

Bagi mereka yang bekerja sebagai agen insuran, saya pasti kerjaya anda tidak akan berhenti selagi mana manusia masih hidup di atas dunia. Manusia samada anda yang mencari atau pelanggan yang akan mencari untuk mendapatkan insurans ini.

Menjadi agen insuran ini merupakan salah satu contoh pekerjaan yang hampir 100% melibatkan manusia sebagai faktor jualan.

Pekerjaan ini memerlukan hampir 80% teknik komunikasi yang berkesan supaya dapat mempengaruhi pelanggan.

Pekerjaan ini memerlukan hampir kepada 90% komitmen untuk mengekalkan hubungan dengan pelanggan.

Pekerjaan ini memerlukan kita hampir 100% minat terhadap peluang yang berkaitan dengan perniagaan ini.

Pekerjaan ini memerlukan kita hampir 90% berkeadaan ceria dan gembira, ini kerana ia melibatkan hati dan perasaan sesama manusia.

Eloklah jika saya katakan pengalaman menjadi seorang wakil insuran merupakan pengalaman beharga untuk seseorang itu mencapai kebebasan kewangan, ini kerana tugasannya hampir menyamai konsep kepada 5 langkah kebahagiaan dan kejayaan yang telah saya jelaskan pada bab sebelumnya.


Related Blogs

Related posts:

Bukti RM308,705 Di Rumah!

Nak Pengsan Tengok Duit Masuk Hari2...RM0 Kepada RM308,705 Dengan Senang!

Dapatkan Laporan Percuma Rahsia Orang Kaya Buat Duit Dengan Membuat Pendaftaran Keahlian Di Sini!


Sorry, the comment form is closed at this time.

© 2015 Perkongsian Peluang Dan Ruang Bisnes Suffusion theme by Sayontan Sinha