Seorang sahabat saya yang berniaga di pasar malam terpaksa bangun seawal 6 pagi untuk mendapatkan bekalan sayur dan daging sebagai persiapan bahan makanan yang akan diniagakan pukul 4 petang.

Beliau pergi sendiri ke pasar besar untuk mendapatkan bekalan ini.

Menjelang jam 3 petang, beliau telah menyiapkan pula peralatan untuk di bawa ke pasar malam. Barangan seperti kuali, payung, generator, lampu mesti di pastikan berada pada tahap yang baik terlebih dahulu.

Semua ini dilakukan sendiri.

Setelah semua peralatan ini tadi dipastikan berkeadaan baik barulah beliau bertolak menuju ke pusat perniagaannya iaitu pasar malam. Sampai disana beliau akan menyiapkan segala peralatan, kelengkapan dan bahan untuk diniagakan pula.

Aktiviti jual beli menjadi rancak apabila jam menunjukkan pukul 5 petang. Beliau akan menggunakan mulutnya sebagai tarikan kepada pelanggan, beliau akan menggunakan bunyian seperti ketukan kuali sebagai menarik perhatian pengunjung. Beliau perlu sentiasa senyum tanda beliau gembira dengan perniagaan yang dijalankan. Jika muka beliau masam, pasti tidak akan ada orang yang datang. Semua ini dilakukan sendiri.

Aktiviti ini berlarutan sehingga waktu malam. Begitulah rutin harian selama hampir 10 tahun menjalankan perniagaan menjual kebab dan burger di pasar malam.

Saya pernah bertanya kepadanya mengapa beliau tidak bekerja makan gaji sahaja, sedangkan saya tahu beliau ini seorang eksekutif pemasaran bahagian logistik di sebuah syarikat swasta.

Jawapan pertama yang beliau jawab adalah perniagaan ini menjadi minat beliau sejak kecil lagi.

Jawapan beliau yang kedua beliau hanya akan dapat seunit rumah dan sebuah kereta sahaja jika beliau bekerja makan gaji.

Walaupun kadangkala beliau mengeluh kerana penat tetapi pendapatan yang diperolehi telah menghilangkan kepenatannya.

Menurutnya lagi, beliau akan bekerja sebagai peniaga pasar malam untuk meneruskan kehidupan dan ketika ini simpanan di bank mencecah hampir RM 100K, hasil usahanya sendiri.

Apa yang dapat saya rumuskan bagi mereka yang bergelar ‘orang unik’ ini bahawa mereka perlu memastikan pekerjaan yang mereka lakukan itu dapat menampung kos kehidupan mereka.

Majoriti mereka yang bekerja untuk diri sendiri ini memilih berniaga sebagai pilihan pekerjaan mereka. Mereka percaya dengan berniaga sendiri sahaja yang akan membantu mereka meneruskan kehidupan ini.


Related Blogs

Related posts:

Bukti RM308,705 Di Rumah!

Nak Pengsan Tengok Duit Masuk Hari2...RM0 Kepada RM308,705 Dengan Senang!

Dapatkan Laporan Percuma Rahsia Orang Kaya Buat Duit Dengan Membuat Pendaftaran Keahlian Di Sini!


Sorry, the comment form is closed at this time.

© 2015 Perkongsian Peluang Dan Ruang Bisnes Suffusion theme by Sayontan Sinha