Kursus perniagaan adalah asas kepada mereka yang mahu menjadi usahawan.

Dengan mengambil kursus anda akan di dedahkan dengan langkah-langkah awal bagaimana menjalankan perniagaan.

Jika anda belum pernah atau tidak tahu bagaimana menjalankan perniagaan maka mengambil kursus perniagaan merupakan langkah awal pembabitan anda dalam bidang perniagaan.

Tidak tahu kursus apa yang mahu di ambil menjadi masalah kebanyakkan orang dalam bidang perniagaan ini.

Eloklah jika anda mengambil kursus berkaitan kemahiran terlebih dahulu.

Kemahiran di sini bermaksud minat dan kecenderungan anda dalam bidang-bidang tertentu.

Sebagai contoh :

* Jika anda meminati fesyen dan pakaian, maka mungkin anda boleh mengambil kursus menjahit sebagai asas kemahiran anda dalam perniagaan.

* Jika anda meminati kereta atau motor, maka mungkin anda boleh mengambil kursus pembengkelan atau membaiki kenderaan sebagai asas anda dalam perniagaan.

* Jika anda minat makan ;) , maka mungkin anda boleh mengambil kursus masakan sebagai asas anda dalam bidang perniagaan.

* Jika anda minat komputer, maka mungkin anda boleh mengambil kursus membaiki komputer sebagai asas anda dalam bidang perniagaan.

Kemahiran dan kepakaran dalam sesuatu bidang adalah kunci awal dalam bidang perniagaan.

Dalam perniagaan asas perakaunan menjadi tunjang dalam kejayaan perniagaan.

Jika anda tidak tahu menguruskan kewangan, maka anda boleh mengambil kursus perakaunan.

Perakaunan dalam perniagaan tidaklah sesukar mana, asalkan anda tahu kemana duit atau modal perniagaan anda keluar dan masuk.

Rekodkan aktiviti keluar dan masuk duit atau modal perniagaan anda adalah asas dalam aktiviti perakaunan perniagaan.

Pemasaran juga menjadi teras utama dalam keberhasilan bagaimana produk atau perkhidmatan anda mendapat permintaan.

Jika anda tidak tahu bagaimana melakukan aktiviti pemasaran, maka anda boleh mengambil kursus pemasaran.

Pokoknya adalah kursus boleh menjadi langkah awal atau encetus kepada anda untuk menjalankan perniagaan.

Tagged By : kursus,kursus kerja,kerja kursus,kursus perniagaan

Related posts:

Bukti RM308,705 Di Rumah!

Nak Pengsan Tengok Duit Masuk Hari2...RM0 Kepada RM308,705 Dengan Senang!

Dapatkan Laporan Percuma Rahsia Orang Kaya Buat Duit Dengan Membuat Pendaftaran Keahlian Di Sini!


Sorry, the comment form is closed at this time.

© 2015 Perkongsian Peluang Dan Ruang Bisnes Suffusion theme by Sayontan Sinha