affiliate marketing

3 Langkah Asas Memilih Program Affiliate

(1.) Mencari Syarikat atau pengusaha yang boleh memberikan komisen paling kurang 30% daripada harga jualan.

Ini penting kerana jumlah komisen ini yang akan menjumlahkan pendapatan kita.

Terdapat sesetengah syarikat atau pengusaha yang tidak menggunakan sistem komisen ini mereka lebih senang memberi gaji tetap.

Pokoknya ikut kesesuaian anda. Anda perlu menyelidiki dan membuat sedikit kajian sebelum menyertai mana-mana syarikat atau pengusaha terlebih dahulu.

(2.) Memilih Syarikat atau pengusaha yang menghasilkan produk yang mempunyai permintaan tinggi di pasaran.

Menjadi kunci kepada kejayaan penjualan produk atau perkhidmatan ini apabila ianya mendapat permintaan atau dengan kata lain sangat diperlukan oleh pelanggan.

Tidak ada gunanya jika produk yang dihasilkan itu tidak mendapat permintaan, ianya seperti menghasilkan barang yang tidak perlu digunakan.

Maksudnya ia akan merugikan syarikat atau pengusaha dan kita yang mahu menjadi agen atau wakil pengedar tidak mendapat pulangan yang menguntungkan pula.

(3.) Membuat kajian terhadap keupayaan pengusaha atau Syarikat.

Keupayaan disini bermaksud berapa lama Syarikat itu beroperasi, bagaimana prestasi syarikat itu adakah ia bermasalah dari segi kewangan atau tidak.

Selidik bagaimana strategi pemasaran yang digunakan dan bukti jualannya.

Ini boleh di lakukan dengan mencari di internet, bertanya kepada kawan-kawan dan membuat pertanyaan ke jabatan kerajaan yang berkenaan.

Related posts:

Bukti RM308,705 Di Rumah!

Nak Pengsan Tengok Duit Masuk Hari2...RM0 Kepada RM308,705 Dengan Senang!

Dapatkan Laporan Percuma Rahsia Orang Kaya Buat Duit Dengan Membuat Pendaftaran Keahlian Di Sini!


Sorry, the comment form is closed at this time.

© 2015 Perkongsian Peluang Dan Ruang Bisnes Suffusion theme by Sayontan Sinha