affiliateInternet menjadi medium yang sangat berkesan dalam pemasaran pada ketika ini.

Pemasaran yang paling berkesan di sini bermaksud kemudahan kepada pengusaha membuat pemasaran dari segi pengiklanan, perkongisan maklumat, membuat bayaran dan pembinaan rangkaian pelanggan.

Dengan kecanggihan teknologi ini pakar-pakar pemasaran internet telah berjaya menghasilkan sistem untuk memberikan manusia satu peluang penjanaan pendapatan yang dipanggil sebagai ‘Sistem affiliate’.

Secara konsepnya sistem affiliate ini lebih kurang sama dengan konsep penjanaan pendapatan yang dijalankan oleh ejen dan wakil pengedar yang telah kita bincangkan sebelum ini.

Konsepnya sama iaitu menjual dan dapatkan komisen. Ia menjadi sistem penerimaan komisen paling mudah dan berkesan kerana dijalankan secara online.

Online disini bermaksud wakil penjual atau agen tidak perlu bercakap dan berpeluh dalam membuat jualan.

Dengan kecanggihan sistem affiliate ini, agen hanya perlu membawa pelanggan lain ke halaman website si pengusaha melalui kaedah pemasaran internet yang akan saya jelaskan dalam bab seterusnya nanti.

Jika pelanggan yang dibawa tadi telah bersetuju untuk membeli produk yang ditawarkan di halaman website si pengusaha, sistem affiliate ini akan memberikan komisen kepada agen tadi secara automatik.

Kesemua transaksi dan perjalanan dilakukan secara automatik dan online.

Untuk menghasilkan sistem affiliate ini bukanlah sesuatu perkara yang mudah. Ia tidak seperti sistem memberi komisen yang dibuat dalam sistem konvesional.

Sistem ini hanya boleh di lakukan oleh Programmer.

Untuk menjadi agen bagi sistem affiliate ini tidaklah pula sukar, syaratnya tidak terlalu ketat cukup sekadar orang itu mempunyai pengetahuan dalam penggunaan komputer dan internet.

Untuk memasarkannya pula memerlukan seseorang itu berpengetahuan dalam teknik pemasaran internet yang akan saya bincangkan dalam artikel yang lain…

Related Blogs

Related posts:

Bukti RM308,705 Di Rumah!

Nak Pengsan Tengok Duit Masuk Hari2...RM0 Kepada RM308,705 Dengan Senang!

Dapatkan Laporan Percuma Rahsia Orang Kaya Buat Duit Dengan Membuat Pendaftaran Keahlian Di Sini!


Sorry, the comment form is closed at this time.

© 2015 Perkongsian Peluang Dan Ruang Bisnes Suffusion theme by Sayontan Sinha