Kita sering mengeluh kerana wang tidak cukup, keluhan ini hampir setiap hari kita luahkan. Saya percaya ramai orang akan meluahkan perkara yang sama ini kerana mereka tidak faham dengan konsep menjana pendapatan dengan bekerja dengan manusia yang sebenarnya. Kita faham bahawa kita perlu bekerja untuk mendapatkan wang, tetapi persoalan yang perlu kita jawab adalah untuk siapa kita bekerja?

Bagi mereka yang makan gaji mungkin jawapan mereka adalah mereka berkerja untuk majikan mereka dan majikan mereka akan memberikan upah setiap bulan. Upah yang diberikan pula sudah ditetapkan. Mereka tahu upah mereka setiap bulan, mereka tahu bagaimana untuk meneruskan kehidupan dengan upah yang diberikan.

Faktor kecemasan dan kemalangan akan menggugat situasi mereka yang bekerja untuk majikan. Kita tidak tahu kos yang membabitkan keadaan kecemasan tersebut, boleh jadi sedikit boleh jadi juga banyak. Faktor sebegini merupakan salah satu keadaan yang akan membawa kepada kita satu keadaan dimana wang sentiasa tidak mencukupi.

Bagi mereka yang bernama majikan pula mungkin jawapan mereka adalah mereka bekerja untuk pekerja. Mereka perlu mencari jalan bagaimana mereka dapat membayar upah kepada pekerja mereka. Mereka tahu setiap upah yang perlu diberikan kepada pekerja mereka sudah pun ditetapkan. Mereka perlu sentiasa mencari jalan untuk memberikan upah kepada pekerja mereka.

Faktor kecemasan dan kemalangan tidak memberikan banyak kesan kepada mereka tetapi akan memberikan banyak kesan kepada pekerja mereka. Maka sekali lagi kita yang bernama pekerja untuk majikan ini akan menerima situasi wang sentiasa tidak mencukupi.

Bagi mereka yang bekerja sendiri pula mungkin jawapan mereka adalah mereka bekerja untuk diri mereka sendiri. Mereka perlu mencari jalan bagaimana mereka dapat membayar upah kepada diri mereka sendiri. Mungkin mereka tahu dan tidak tahu berapa upah yang mereka perlukan setiap bulan, ini kerana mereka bekerja untuk hidup. Mereka tidak bergantung kepada majikan, mereka tidak bergantung kepada pekerja, mereka bergantung kepada diri sendiri.

Faktor kecemasan dan kemalangan akan memberikan kesan kepada mereka sendiri jika mereka tidak berusaha untuk mendapatkan upah yang yang dapat membiayai faktor kecemasan tersebut.


Related Blogs

Related posts:

Bukti RM308,705 Di Rumah!

Nak Pengsan Tengok Duit Masuk Hari2...RM0 Kepada RM308,705 Dengan Senang!

Dapatkan Laporan Percuma Rahsia Orang Kaya Buat Duit Dengan Membuat Pendaftaran Keahlian Di Sini!


Sorry, the comment form is closed at this time.

© 2015 Perkongsian Peluang Dan Ruang Bisnes Suffusion theme by Sayontan Sinha