Pada masa ini bagi mana-mana syarikat yang menunaikan zakat ke atas pendapatan syarikat mereka tidak mendapat pelepasan cukai seperti mana cukai pendapatan.

Namun begitu, bagi mengurangkan kos pengendalian perniagaan mereka, pihak kerajaan telah membenarkan bayaran zakat perniagaan oleh syarikat boleh digunakan untuk tujuan pemotongan bagi pengiraan cukai perniagaan sehingga 2.5 peratus daripada pendapatan agregat syarikat berkenaan.

Ada dua kaedah mengira zakat perniagaan. Kaedah pertama dinamakan Kaedah Model Berkembang (Growth Model).

Ia mengambil kira ekuiti pemilik perniagaan ditambah sumber kewangan dan dibuat pelarasan. Ringkasnya, modal dicampurkan dengan keuntungan.

Formulanya: Ekuiti pemilik + Liabiliti jangka panjang – Aset tetap – Aset Bukan Semasa +/- Pelarasan = Harta perniagaan yang tunduk kepada zakat

Kaedah kedua ialah Kaedah Model Modal Kerja (Working Capital).

Ia mengambil kira harta semasa perniagaan ditolak dengan tanggungan semasa perniagaan dan dibuat pelarasan dengan beberapa perkara yang berkaitan dengan zakat yang perlu diambil kira.

Formulanya: Aset semasa – Liabiliti semasa +/- Pelarasan = Harta perniagaan yang tunduk kepada zakat.

Nota: Bagi memudahkan urusan pengiraan, biasanya para peniaga dinasihatkan memberikan Kunci Kira-kira Syarikat kepada pegawai zakat kami untuk dikirakan zakat perniagaannya.

Sumber : http://blog.e-zakat.com.my/?page_id=91

Related Blogs

Related posts:

Bukti RM308,705 Di Rumah!

Nak Pengsan Tengok Duit Masuk Hari2...RM0 Kepada RM308,705 Dengan Senang!

Dapatkan Laporan Percuma Rahsia Orang Kaya Buat Duit Dengan Membuat Pendaftaran Keahlian Di Sini!


Sorry, the comment form is closed at this time.

© 2015 Perkongsian Peluang Dan Ruang Bisnes Suffusion theme by Sayontan Sinha