Dewan Perniagaan Melayu Malaysia Negeri Selangor (DPMMS)

SEJAK ditubuhkan, DPMMS mempunyai lebih 1600 orang ahli yang terlibat didalam berbagai-bagai bidang perniagaan, berbanding 80 orang ahli dalam tahun 1988.

Permohonan menjadi ahli terbuka kepada semua individu, usahawan, ahli profesional, syarikat dan pertubuhan yang terlibat di dalam perindustrian atau perniagaan yang dimiliki sepenuhnya oleh orang Melayu (100 peratus).

Permohonan untuk menjadi ahli Dewan perniagaan Melayu Malaysia telah ditetapkan seperti berikut:

1. Ahli Biasa (individu)

i) Melayu yang menjalankan perniagaan sebagai tuan punya tunggal atau tuan punya bersama di dalam sesuatu firma yang berdaftar di bawah AIda Pendaftaran Perniagaan 1956

ii) Melayu yang menjalankan perniagaan di Malaysia yang dilesenkan oleh kerajaan Persekutuan, Negeri atau Tempatan di Malaysia atau mana-mana pihak yang berkuasa di Malaysia

iii) Melayu yang berdaftar dengan sesuatu badan profesional yang diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia

iv) Syarikat perniagaan Melayu yang diperbadankan di bawah Akta Syarikat 1965 atau memiliki seratus peratus (100 %) oleh samada Kerajaan Malaysia atau pun Kerajaan Negeri

v) Syarikat perniagaan yang diperbadankan di bawah Akta Syarikat 1965 Malaysia dan dimiliki seratus peratus (100 %) oleh Melayu

vi) Koperasi yang didaftar di bawah Akta Pertubuhan Koperasi 1948 yang dimiliki seratus peratus (100 % ) oleh Melayu

2. Ahli Bersekutu

Bumiputera yang menjalankan perniagaan yang dilesenkan di bawah mana-mana Akta Parlimen di Malaysia

3. Ahli Bergabung

Mana-mana persatuan atau pertubuhan perniagaan yang ahlinya seratus peratus Bumiputera di peringkat Negeri yang ingin bekerjasama dengan DPMMS

4. Ahli Kehormat

Mana-mana orang perseorangan yang difikirkan dan dianggap munasabah serta layak untuk menjadi Ahli Kehormat oleh Jawatankuasa DPMMS

Sumber : http://dpmms.com.my/index.php?option=com_content&task=view&id=17&Itemid=32

Related Blogs

Related posts:

Bukti RM308,705 Di Rumah!

Nak Pengsan Tengok Duit Masuk Hari2...RM0 Kepada RM308,705 Dengan Senang!

Dapatkan Laporan Percuma Rahsia Orang Kaya Buat Duit Dengan Membuat Pendaftaran Keahlian Di Sini!


Sorry, the comment form is closed at this time.

© 2015 Perkongsian Peluang Dan Ruang Bisnes Suffusion theme by Sayontan Sinha