Adakah keputusan anda betul untuk menjalankan perniagaan?

Sebenarnya ramai orang takut untuk menjalankan perniagaan secara perseorangan.

Mereka takut mungkin kerana mereka tidak dapat memberikan komitmen yang baik dalam menjalankan perniagaan mereka kelak.

Tidak dinafikan untuk menjalankan jenis perniagaan ini, anda sebenarnya memerlukan banyak pengorbanan selain daripada harapan.

Risiko untuk menjalankan jenis perniagaan ini ialah pesaingan.

Beribu- ribu orang sedang berlumba untuk menjalankan perniagaan dalam dunia ini.

Jika anda telah bersedia untuk membuat keputusan tekad untuk meneruskan matlamat anda untuk menjalankan perniagaan, maka anda boleh terus membaca panduan ini!

Jika anda ingin terus membaca panduan ini dan ingin mencapai matlamat, anda perlu menanyakan beberapa soalan ini terlebih dahulu :

(1.) Mampukah saya membuka perniagaan saya sendiri?

(2.) Adakah saya tidak disenarai hitamkan untuk mendapatkan pinjaman/pertolongan dari pihak bank?

(3.) Adakah saya mempunyai disiplin yang baik untuk memulakan perniagaan?

(4.) Apakah jenis perniagaan yang mahu saya miliki

(5.) Apakah jenis perniagaan yang dapat memberi kejayaan kepada saya?

(6.) Bolehkah saya membuat keputusan yang tepat dalam masa yang singkat?

(7.) Berapa baikkah saya dalam tugasan yang berbagai?

(8.) Bolehkah saya megawal stress?

(9.) Bagaimana keupayaan saya dalam mebuat perjanjian dengan orang?

(10.) Apakah dengan memulakan perniagaan ini akan menganggu keluarga saya?

Jika kesemua soalan ini memberi jawapan yang positif kepada anda, maka anda adalah bakal usahawan baru yang sempurna.

Ini adalah sebahagian soalan-soalan yang penting yang perlu anda tahu sebelum anda memulakan perniagaan anda.

Related posts:

Bukti RM308,705 Di Rumah!

Nak Pengsan Tengok Duit Masuk Hari2...RM0 Kepada RM308,705 Dengan Senang!

Dapatkan Laporan Percuma Rahsia Orang Kaya Buat Duit Dengan Membuat Pendaftaran Keahlian Di Sini!


Sorry, the comment form is closed at this time.

© 2015 Perkongsian Peluang Dan Ruang Bisnes Suffusion theme by Sayontan Sinha