Mengapa anda perlu memulakan perniagaan?

Mengapa memulakan perniagaan adalah satu idea yang baik?

Banyak sebab sebenarnya, disini saya akan memberi sedikit sebab. Antaranya ialah :

(*) Anda boleh menjadi boss sendiri.

(*) Anda tidak perlu menjawab persolan remeh atau tidak masuk akal dari boss anda sekarang.

(*) Anda mampu menetapkan masa anda sendiri. Yang penting sekali anda boleh makan tengahari pada bila-bila masa.

Potensi anda akan bertambah dalam perniagaan.

Ia sangat menghiburkan dalam kehidupan anda seharian.

Anda berpeluang untuk mempelajari banyak benda baru dan berjumpa dengan orang yang menarik setiap hari.

(*) Anda dapat membuat kebajikan kerana anda telah mampu menggajikan orang dan membuat banyak amal kebajikan kerana setiap hari anda akan membuat perjanjian dengan ramai orang.

Apa yang anda perlu pastikan ialah setiap perjanjian anda perlulah ditepati.

(*) Anda mampu memberi motivasi anda sendiri kerana dalam perniagaan terlalu banyak cabarannya.

Yang penting sekali apa yang anda dapat lihat ialah terlalu banyak sebab yang positif jika anda menjalankan perniagaan anda sendiri.

Rancangan Perniagaan.

Penyediaan Rancangan Perniagaan adalah asas yang penting untuk anda memulakan perniagaan.

Stategi dan perancangan yang kreatif adalah satu pakej yang diperlukan dalam membuat penyediaan Rancangan Perniagaan anda.

Apa itu Rancangan Perniagaan.

(1.) Satu dokumen bertulis yang menerangkan secara menyeluruh tentang perniagaan atau projek yang hendak dijalankan.

(2.) Merupakan pelan induk perniagaan yang menerangkan kajian-kajian yang telah dibuat dan langkah-langkah yang akan diambil pada masa hadapan untuk membangunkan perniagan, ramalan dan jangkaan serta cara-cara pelaksanaan strategi perniagaan.

Kegunaan Rancangan Perniagaan

Rancangan Perniagaan disediakan oleh bakal usahawan dan perniagaan yang sediada untuk tujuan-tujuan tertentu seperti berikut :

(1.) Membolehkan usahawan melihat dan menilai projek secara objektif, kritikal dan praktikal.

(2.) Menjadi garis panduan untuk pengurusan perniagaan.

(3.) Mengkaji dan menilai sama ada projek yang akan dilaksanakan berdayamaju atau sebaliknya.

(4.) Meyakinkan pihak-pihak tertentu terhadap idea-idea perniagaan dan sebagai asas bagi cadangan pembiayaan.

Related posts:

Bukti RM308,705 Di Rumah!

Nak Pengsan Tengok Duit Masuk Hari2...RM0 Kepada RM308,705 Dengan Senang!

Dapatkan Laporan Percuma Rahsia Orang Kaya Buat Duit Dengan Membuat Pendaftaran Keahlian Di Sini!


Sorry, the comment form is closed at this time.

© 2015 Perkongsian Peluang Dan Ruang Bisnes Suffusion theme by Sayontan Sinha