Artikel Tip Perniagaan Dengan Kedai

Kedai Jualan Umum

Biasanya apabila orang berfikir untuk membuka kedai, mereka akan membayang perniagaan jenis ini.

Perniagaan jenis ini adalah perniagaan yang sebenarnya.

Mengetahui jenis perniagaan akan membantu anda lebih selamat dan selesa dalam memulakan sebuah perniagaan.

Apa yang penting anda perlu mengetahui kemampuan dan kecenderungan anda dalam memilih pernigaan anda kelak.

Menjual produk pakaian adalah yang paling sesuai dan selamat, kerana telah banyak pasaran outlet diluar sana.

Anda hanya perlu mengikut trend pemakaian semasa.

Agak sukar sebenarnya jika anda ingin membuka perniagaan yang masih belum ada dipasaran, tetapi sebagai bakal usahawan anda perlu mencubanya.

Tindakan yang perlu anda lakukan pada pasaran yang masih belum ada, ialah anda memerlukan Rancanga Perniagaan yang baik dan mencari pasaran yang bersesuaian terlebih dahulu.

Mengetahui pasaran anda.

Sebelum anda memulakan perniagaan, anda perlu mengetahui pasaran yang bersesuaian dengan produk anda.

Anda tidak perlu membuka perniagaan menjual pakaian jika dikawasan tersebut telah pun mempunyai 9 kedai yang menjual produk yang sama.

Biasanya apabila seseorang mahu membuka perniagaan, mereka telah pun mengetahui apa sebenarnya permintaan dari pelanggan dikawasan mereka.

Untuk menjayakan rancangan perniagaan anda kelak, anda perlu membuat sedikit penyelidikan.

Penyelidikan disini ialah dengan mengetahui apa yang pelanggan mahukan.

Apabila permintaan telah wujud anda hanya perlu menyediakan bagi memudahkan permintaan mereka dipenuhi.

Memilih pasaran yang betul dan tepat adalah langkah pertama untuk memastikan anda tidak mebuang masa dan wang yang banyak.

Disamping itu anda perlu mengetahui siapakah pesaing anda. Jadi cubalah membuat sedikit penyelidikan terlebih dahulu.

Survey

Sesebuah syarikat akan membuat sedikit survey bagi mencuba pasaran mereka.

Mereka akan membuat survey keatas pelanggan-pelanggan mereka.

Anda sebenarnya boleh mencuba untuk membuat soal jawab kepada penduduk-penduduk di kawasan anda.

Apa yang diperlukan dalam survey anda?

————————————–

(*) Menanyakan apa yang mereka mahukan

(*) Bagaimana mereka mahu mendapatkannya

(*) Survey anda mestilah dibuat supaya mereka tidak mengetahui yang mereka sedang diperhatikan.

(*) Survey adalah kaedah yang dapat memberitahu apakah pendapat pelanggan sebenarnya.

Dalam survey anda nanti perlu dimasukkan juga siapakah pesaing yang ada dikawasan tersebut.

(*) Ambil sedikit masa dari mereka.

Related posts:

Bukti RM308,705 Di Rumah!

Nak Pengsan Tengok Duit Masuk Hari2...RM0 Kepada RM308,705 Dengan Senang!

Dapatkan Laporan Percuma Rahsia Orang Kaya Buat Duit Dengan Membuat Pendaftaran Keahlian Di Sini!


Sorry, the comment form is closed at this time.

© 2015 Perkongsian Peluang Dan Ruang Bisnes Suffusion theme by Sayontan Sinha