Jan 242011

Peluang bisnes berasaskan pertanian merupakan peluang perniagaan yang boleh anda cuba.

Asasnya setiap negara di dunia ini menjadikan pertanian sebagai pemangkin pendapatan ekonomi negara.

Maksudnya adalah setiap negara mempunyai produk berasaskan pertanian mereka bagi menjana pendapatan negara masing-masing.

(*) Amerika syarikat menjadikan produk soya sebagai produk berasaskan pertanian mereka.

(*) Thailand menjadikan beras atau padi sebagai produk berasaskan pertanian mereka.

(*) Iran menjadikan kurma sebagai produk berasaskan pertanian mereka.

Berteraskan kepada pemangkin pertanian inilah maka negara kita Malaysia menjadikan pertanian sebagai teras utama ekonomi negara.

Ini telah di buktikan dengan sektor pertanian berasaskan kelapa sawit.

Malaysia telah menjadi negara pengeluar keperluan minyak masak berasaskan kelapa sawit utama dunia!

Di sini seharusnya anda dapat melihat bagaimana pertanian itu yang sebenarnya boleh menjana pendapatan kepada kita.

Kategori Produk Pertanian

Produk berasaskan pertanian itu boleh di kategorikan kepada beberapa peluang perniagaan.

(1.) Perniagaan berasaskan makanan

(2.) Perniagaan berasaskan minuman

Daripada 2 kategori ini boleh di pecahkan kepada beberapa pecahan peluang perniagaan pula sebagai contoh :

(*) Perniagaan pertanian berasaskan sayur-sayuran

(*) Perniagaan pertanian berasaskan buah-buahan

Daripada 2 kategori berikut boleh dipecahkan kepada beberapa peluang bisnes yang lain pula, contohnya :

(*) Bisnes menjual baja

(*) Bisnes peralatan pertanian

(*) Bisnes menjual sayur-sayuran

(*) Bisnes minuman soya

Sebenarnya banyak lagi cabang bisnes yang boleh diperolehi dari pertanian, pokoknya adalah anda perlu senitasa kreatif dan bijak mencari dan mendapatkan peluang.

Bukti RM308,705 Di Rumah!

Nak Pengsan Tengok Duit Masuk Hari2...RM0 Kepada RM308,705 Dengan Senang!

Dapatkan Laporan Percuma Rahsia Orang Kaya Buat Duit Dengan Membuat Pendaftaran Keahlian Di Sini!


Jan 242011

Perniagaan francais merupakan perniagaan yang mudah untuk dimulakan jika anda masih baru dalam dunia perniagaan.

Pernigaan berasaskan konsep francais ini tertakluk kepada kata dan undang-undang perniagaan di Malaysia.

Mungkin ia melibatkan lebih dari 1 pihak dan mungkin juga ia melibatkan banyak hal perniagaan antara pihak-pihak tersebut, maka akta khas dan undang-undang untuk perniagaan berkonspekan francais ini telah di tubuhkan.

Saya tidak akan menjelaskan perihal akta dalam perniagaan berkonsepkan francais ini,
anda boleh membaca dan menyelidikinya di sini :

http://www.mfa.org.my/?govt-support:akta-francais-1998:2KF740C926

Terdapat 2 istilah yang berkaitan dengan perniagaan francais ini iaitu :

(1.) Francaisi

Francaisi adalah orang yang diberikan hak francais. Untuk memohon menjadi francaisi, anda perlu mengemukakan permohonan kepada Bahagian Francais, Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi dengan menggunakan Borang Profail Francaisi.

Syarat-syarat Penyertaan Sebagai Francaisi:

1. Bumiputera.

2. Individu (Permohonan daripada syarikat boleh dipertimbangkan dengan syarat sekurang-kurangnya 70% ekuiti syarikat hendaklah dipegang oleh pemohon).

3. Sekurang-kurangnya 30% daripada kos projek dibiayai oleh pemohon tanpa melibatkan pinjaman kewangan.

4. Perniagaan akan dijalankan di premis atau lokasi yang sesuai dan strategik.

5. Pemohon mempunyai perancangan perniagaan bagi tempoh sekurang-kurangnya 3 tahun.

(2.) Francaisor

Francaisor adalah orang yang memberikan hak francais kepada francaisi. Francaisor juga berhak mengawal secara berterusan akan perniagaan francaisi semasa tempoh francais.

Untuk memohon menjadi francaisor, anda perlu mengemukakan permohonan kepada Bahagian Francais, Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi dengan menggunakan Borang Permohonan Francaisor.

Syarat-syarat Penyertaan Sebagai Francaisor

Untuk memohon menjadi francaisor, anda perlu mempunyai :

1. Produk yang telah kukuh dan diterima baik oleh orang ramai.

2. Dokumen sokongan yang lengkap dan komprehensif.

3. Buku panduan atau manual operasi dan latihan yang terperinci dan lengkap, dan juga program latihan yang berterusan.

4. Sistem perakaunan yang seragam.

5. Khidmat nasihat teknikal mengenai peralatan dan kesesuaian lokasi.

6. Khidmat pengawasan bagi memastikan penghasilan produk dan perkhidmatan adalah berkualiti dan seragam.

7. Perancangan perniagaan dan pemasaran yang menyeluruh dan modal yang mencukupi.

(3.) Francaisi Induk

Francaisi induk ialah pihak yang diberikan hak oleh francaisor untuk memberikan sub-francais kepada pihak lain.

Syarat-syarat Penyertaan Sebagai Francaisi Induk :

1. Badan korporat Bumiputera atau syarikat bertaraf Bumiputera atau individu Bumiputera.

2. Berkeupayaan menyediakan modal yang diperlukan.

3. Mematuhi peraturan dan cara pengurusan yang ditetapkan oleh francaisor.

4. Bersedia membimbing bakal-bakal francaisi di masa hadapan.

5. Lain-lain syarat yang ditetapkan di bawah Syarat-syarat Penyertaan Sebagai Francaisi.

Perniagaan francais ini tidak memerlukan begitu banyak pengalaman dalam perniagaan, ini kerana biasanya francaisor akan memandu dan memantau aktiviti perniagaan yang di usahakan oleh francaisi me
reka.

Maksudnya anda akan menerima panduan bagaimana menjalankan perniagaan tersebut.

Namun begitu modal permulaan untuk menjadi francaisi ini adalah agak tinggi dan keuntungannya adalah berdasarkan dari profit sharing setelah di tolak kos-kos perkhidmatan yang akan di kenakan oleh pihak francaisor.

Bagi saya perniagaan berkonspekan francais ini merupakan peluang perniagaan yang boleh anda cuba jika anda masih mencari peluang perniagaan dan kurang memahami selok belok perniagaan.

Apakah contoh-contoh industri yang boleh difrancaiskan?

Berikut adalah kategori perniagaan yang mempunyai sistem francais di Malaysia :

(*) Makanan.

(*) Pakaian dan aksesori (15%)

(*) Pusat pembelajaran dan latihan (12%)

(*) Perkhidmatan (10%)

(*) Pusat kecantikan/kesihatan (4%)

(*) Automotif

(*) Pasar raya

(*) Dekorasi/cenderamata

(*) Pelancongan

(*) Kedai buku/alat tulis

(*) Kosmetik/penjagaan kesihatan

(*) Barang kemas

(*) Pusat telekomunikasi

(*) Farmasi

(*) Pakar runding

(*) Komputer

Bukti RM308,705 Di Rumah!

Nak Pengsan Tengok Duit Masuk Hari2...RM0 Kepada RM308,705 Dengan Senang!

Dapatkan Laporan Percuma Rahsia Orang Kaya Buat Duit Dengan Membuat Pendaftaran Keahlian Di Sini!


Jan 212011

Mendapatkan nama dan alamat sebagai pengumpulan prospek.

Teknik ini lebih dikenali sebagai ‘lead list’.

List atau senarai prospek anda sangat penting, ini kerana pemasaran gaya pos menggunakan list ini sebagai pelanggan tetap yang perlu di beri penghormatan.

Kita perlu menjaga mereka dengan memberikan surat bertanyakan khabar atau memberikan kad hari jadi mereka.

Hubungan ini mesti di jaga dengan sangat baik sekali.

Surat jualan yang telah dihasilkan perlu di pos kepada prospek untuk mendapat jualan.

Oleh yang demikian, kita perlu mengiklankan ‘IKLAN KECIL’ di akhbar atau majalah.

‘IKLAN KECIL’ itu mesti menyuruh prospek membuat tindakan untuk menghantar sampul surat beralamat sendiri bersama setem ke alamat peti surat yang kita sewa.

Cuba fokus kepada menganalisis pasaran menggunakan kaedah pemasaran gaya pos.

Saya tahu, ketika ini banyak teknik menganalisis pasaran seperti melalui penggunaan media elektronik.

Jika anda mencampur adukkan teknik mengnalisis pasaran gaya pos ini dengan media yang lain, saya pasti anda tidak akan mendapat gambaran yang penuh tentang pemasaran gaya pos yang sebenar.

Balik kepada konsep pemasaran gaya pos ia mesti berkait dengan penggunaan kertas dengan tulisan dan membaca bukan mendengar.

Bukti RM308,705 Di Rumah!

Nak Pengsan Tengok Duit Masuk Hari2...RM0 Kepada RM308,705 Dengan Senang!

Dapatkan Laporan Percuma Rahsia Orang Kaya Buat Duit Dengan Membuat Pendaftaran Keahlian Di Sini!


Jan 212011

Jadikan pelanggan anda mereka yang setia.

Ia boleh dilaksanakan dengan penggunaan konsep ‘Mailing List’.

Tulis rencana atau tips atau ucapan kepada pelanggan anda melalui surat yang dipos.

Pastikan mereka mendapat perhatian dari anda selalu. Agak memerlukan kos masa, tenaga dan wang untuk membeli setem.

Satu lagi tamparan hebat untuk pemasaran gaya pos ini apabila kecanggihan teknologi internet melalui “Sistem Autoresponder” menjadi satu sistem yang sangat memudahkan.

Saya telah menjelaskan rahsia ini telah dalam laporan ‘Sistem autoresponder.’

Jual dan jual.

Backend Product atau produk susulan akan menjadikan anda kaya.

Ini kerana dengan sistem pemasaran gaya pos yang teliti dan berkesan, perhubungan baik dengan pelanggan akan memberi peluang kepada kita untuk menjual produk selanjutnya.

Produk selanjutnya adalah produk susulan daripada produk sebelumnya.

Fikirkanlah bagaimana kita mampu meraih pendapatan lumayan melalui sistem pemasaran gaya pos ini.

Bukti RM308,705 Di Rumah!

Nak Pengsan Tengok Duit Masuk Hari2...RM0 Kepada RM308,705 Dengan Senang!

Dapatkan Laporan Percuma Rahsia Orang Kaya Buat Duit Dengan Membuat Pendaftaran Keahlian Di Sini!


Jan 212011

Surat yang di buka dan di baca.

Ramai orang akan membuang surat yang mereka rasakan seperti sampah.

Jika ini berlaku keatas kita, jangan terlalu cepat putus asa.

Ini kerana sebelum mendapatkan keputusan pemasaran yang baik kita perlu melakukan penyelidikan daripada pengalaman yang kita perolehi.

NOTA : Menggunakan sampul surat putih bersaiz 8′ dan menulis alamat menggunakan tulisan tangan merupakan kunci kepada surat anda akan dibuka.

Ini kerana kita percaya kepada surat yang bertulisan tangan mungkin kiriman sahabat kita yang sudah lama tidak jumpa.

Dari situ emosi kepada mempercayai apa yang ditulis dengan mengambil tindakan daripada arahan yang diberikan.

Ini akan menjadi peluang anda mendapat jualan terbuka sedikit.

Tempahan dan bayaran produk.

Sekarang ini pembayaran bil eletrik bukanlah isu besar.

Ianya boleh dibayar dimana-mana sahaja.

Biasanya pakar-pakar pemasaran gaya pos menggunakan wang pos sebagai alternatif pembelian produk.

Mereka juga menerima cek.

Anda boleh letakkan no akaun supaya pelanggan dapat menggunakan kaedah deposit bank.

Bezanya pelanggan tidak boleh membuat pembayaran melalui kredit kad.

Ini menjadikan suatu kekurangan yang jelas terhadap industri pemasaran gaya pos.

Ini telah dibuktikan oleh ‘Pemasaran melalui internet’.

Rahsia ini telah saya tulis dalam buku ‘Rahsia pemasaran internet.’

Bukti RM308,705 Di Rumah!

Nak Pengsan Tengok Duit Masuk Hari2...RM0 Kepada RM308,705 Dengan Senang!

Dapatkan Laporan Percuma Rahsia Orang Kaya Buat Duit Dengan Membuat Pendaftaran Keahlian Di Sini!


Jan 212011

Elemen yang terdapat dalam pemasaran gaya pos.

Seperti yang telah saya katakan, sampul surat, setem, wang pos adalah asas kepada pemasaran gaya pos.

Perkara-perkara ini diperlukan sebagai perhubungan anda dengan prospek atau pelanggan. Pokoknya disini pemasaran gaya pos menjadikan kertas sebagai elemen terpenting. Setem, sampul surat, wang pos merupakan produk yang dihasilkan daripada kertas.

NOTA : Komunikasi antara pengusaha gaya pos dengan prospek atau pelanggan tidak menggunakan teknik perbualan.

Komunikasi antara pengusaha dengan prospek atau pelanggan akan menggunakan ayat yang ditulis atau ditaip diatas kertas kemudian dipos.

(1.) Wang pos akan menjadi pengubah kepada wang tunai bagi tujuan pembayaran atau pembelian suatu produk atau perkhidmatan.

Menjadi suatu kesalahan dalam urusniaga secara pos menggunakan wang tunai sebagai proses bayaran, ini kerana ia menjadi satu terma yang perlu dipatuhi dalam urusan pengeposan.

(2.) Surat jualan dimana ia adalah ayat menjual yang ditulis diatas kertas kemudian di pos kepada mereka yang berminat sebagai kaedah mendapatkan jualan.

Surat jualan menjadi elemen terpenting dalam proses menjual sesuatu produk atau perkhidmatan gaya pos.

(3.) Sampul surat dan setem menjadi elemen untuk penghantaran produk dan komunikasi antara pengusaha dengan pelanggan.

Biasanya pakar-pakar gaya pos menyarankan sampul surat bewarna putih dan bertulisan tangan untuk menulis alamat.

Ini kerana biasanya seseorang itu akan berasa teruja apabila memperolehi sampul surat bertulisan tangan, mungkin pada pendapat kita surat tersebut dari sahabat lama kita.

(4.) Perletakan harga tidak menjadi begitu rumit.

Perniagaan gaya pos merupakan kaedah pemasaran yang menggunakan kos yang agak sedikit berbanding pemasaran cara lama.

Ini kerana ia tiada kos sewa kedai, kos pengangkutan dan kos talian telefon.

Perletakan harga menjadi sedikit rumit apabila produk yang dipasarkan merupakan produk yang agak berat.

Produk seperti kain potong, minyak wangi, ubatan perlu ditimbang dan ia akan menjadi kos penghantaran yang perlu diletakkan sebagai kaedah perletakan harga.

Kos untuk pembungkusan menjadi satu lagi kos yang perlu ditambah untuk menentukan harga.

Pembungkusan yang baik akan menjadi kualiti servis kepada pengusaha dimata pelanggan.

(5.) Biasanya kaedah pengiklanan yang terbaik dalam pemasaran gaya pos adalah mengiklankan produk di majalah dan akhbar.

Mengikut standard yang telah dipraktikkan oleh ramai pengusaha gaya pos adalah dengan meletakkan iklan dimana iklan tersebut menyuruh prospek memberikan nama dan alamat mereka.

Ini supaya surat jualan itu tadi dapat diposkan ke alamat mereka.

(6.) Penggunaan perkhidmatan kurier menjadi perkhidmatan pengagihan produk jualan.

Oleh yang demikian eloklah kiranya seseorang pengusaha baru mendapatkan perkhidmatan ini terlebih dahulu.

(7.) Menyewa peti surat dari pejabat pos akan menjadi alamat yang profesional dalam pemasaran gaya pos.

Prospek atau pelanggan lebih mempercayai urusan perniagaan jika seseorang pengusaha itu menggunakan alamat peti surat.

Bukti RM308,705 Di Rumah!

Nak Pengsan Tengok Duit Masuk Hari2...RM0 Kepada RM308,705 Dengan Senang!

Dapatkan Laporan Percuma Rahsia Orang Kaya Buat Duit Dengan Membuat Pendaftaran Keahlian Di Sini!


Jan 212011

Bisnes gaya pos sudah lama di praktikkan di negara barat.

Saya tidak pasti samaada anda sedar atau tidak bahawa di Malaysia ramai juga pengusaha atau peniaga yang menggunakan perkhidmatan pos untuk menjual barangan atau produk atau perkhidmatan mereka.

Bisnes gaya pos merupakan kaedah lain yang boleh anda gunakan dalam pemasaran.

Perniagaan yang boleh dijalankan melalui pos.

Saya masih ingat pada era 80′an maktab adabi menjadi fenomena kepada perniagaan dan pemasaran gaya pos.

Produk yang diusahakan oleh maktab adabi merupakan salah satu bentuk produk atau perkhidmatan yang boleh dijual kepada pengguna melalui urusuniaga secara pos.

Produk kain potong yang boleh dipos antara contoh lain yang boleh menggunakan pos sebagai kaedah pemasaran yang berkesan.

Barang-barang yang dibeli daripada luar negara seperti buku, VCD, baju, ubat, minyak wangi, jam menggunakan syarikat kurier sebagai medium pengagihan.

Oleh yang demikian jika anda merasakan produk yang mahu anda pasarkan mencakupi urus niaga melalui pos, maka saya pasti pemasaran gaya pos adalah permulaan perniagaan yang terbaik untuk anda.

Perniagaan Di Internet Guna Khidmat Pos

Sedar atau tidak sekarang ini banyak bisnes yang di jalankan di internet menggunakan perkhidmatan pos samaada dalam bentuk bayaran atau penghantaran.

Sebagai contoh pengusaha tudung yang menjual produk tudung mereka menggunakan internet untuk mendapatkan pelanggan dan menjalankan aktiviti pemasaran secara online.

Daripada tempahan yang di terima melalui internet, pengusaha tudung tersebut akan menggunakan perkhidmatan pos untuk menghantar tudung tersebut kepada pelanggan.

Cuba anda lihat keberkesanan gabungan internet dan pos hampir sahaja menidakkan pengusaha untuk tidak mengadakan kedai dalam aktiviti jualan.

Jelaslah disini bahawa bisnes gaya pos masih lagi releven walaupun internet hampir sahaja melupuskan kaedah pemasaran gaya pos ini.

Bukti RM308,705 Di Rumah!

Nak Pengsan Tengok Duit Masuk Hari2...RM0 Kepada RM308,705 Dengan Senang!

Dapatkan Laporan Percuma Rahsia Orang Kaya Buat Duit Dengan Membuat Pendaftaran Keahlian Di Sini!


Jan 192011

Ramai penduduk Malaysia kini mahu mencapai kebebasan kewangan, oleh itu idea untuk membuat bisnes sendiri telah menjadi begitu popular.

Salah satu peluang lumayan ialah menjadi jurugambar bebas.

Jika anda berusaha bersungguh-sungguh anda boleh mendapat antara RM500 ~ RM1000 seminggu.

Sebagai permulaan apa yang anda perlukan ialah kamera yang sederhana harganya.

Pastikan mutu kamera diambil kira kerana sesetengah kamera yang murah menghasilkan gambar yang tidak jelas.

Anda juga memerlukan lampu spotlight dan stand, dan sebuah bilik hitam-dan-putih sebagai studio anda.

Tidak perlu membeli peralatan yang canggih, sebagai jurugambar bebas yang penting ialah kualiti gambar yang anda ambil dan bukannya perabot kayu yang berkilat – ianya tidak memberi apa-apa makna langsung kepada pelanggan anda.

Berapa banyak wang yang anda buat adalah bergantung kepada usaha yang anda mahu berikan dalam bisnes ini.

Kelebihan sebagai jurugambar bebas ini ialah anda boleh mencari pasaran anda sendiri dan menetapkan harga anda sendiri.

Jika anda hanya mahu bekerja pada hujung minggu, anda boleh memperolehi antara RM1000 sehingga RM2000 dengan mengambil gambar-gambar perkahwinan secara pakej.

Jika anda mengambil keputusan untuk bekerja sepenuh masa, anda boleh memperolehi RM50,000 atau lebih bergantung kepada kepakaran anda.

Ianya bergantung kepada satu perkara, kebolehan anda menggunakan kamera untuk menghasilkan produk yang berkualiti.

Orang sanggup membayar harga yang tinggi jika hasil kerja anda cukup memuaskan.

Dalam panduan ini kami menganggap anda sudah mengetahui bagaimana menggunakan kamera, mengambil gambar, pancaran lampu, komposisi dan teknik bilik gelap.

Kemudian anda perlu tahu bagaimana membuat wang dengannya.

Peraturan pertama yang perlu diingati ialah anda mestilah jujur dengan kerja yang dilakukan.

Jika anda ditawarkan kerja tetapi anda tidak begitu mahir, katakan sahaja tidak dan terangkan apakah kepakaran yang anda miliki.

Apabila anda mendapat tawaran yang akan datang, reputasi anda akan diambil kira dan sudah pasti beliau akan kembali semula

1) kerana beliau percaya dengan kejujuran anda

2) kerana jika anda berkata boleh bermakna anda boleh buat.

Tagged By : kamera,canon eos

Bukti RM308,705 Di Rumah!

Nak Pengsan Tengok Duit Masuk Hari2...RM0 Kepada RM308,705 Dengan Senang!

Dapatkan Laporan Percuma Rahsia Orang Kaya Buat Duit Dengan Membuat Pendaftaran Keahlian Di Sini!


Jan 192011

100 Perniagaan Yang Boleh Anda Mulakan Dari Rumah

Juru runding perniagaan

Perkhidmatan simpan kira

Syarikat ( akaun )

Perkhidmatan kesetiausahaan

Perkhidmatan recycle

( kitar semula )

Clipping service

Collection service

Perkhidmatan faks

Membuat promosi

Juru gambar

Katering

Merawat bunga / tanaman

Broker maklumat

Data sekuriti

Data masuk

Perunding perisian komputer

Guru komputer

Deejay secara kontrak

Promoter jualan

Broker cetakan

Broker hartanah

Broker kenderaan

Mencuci pangsapuri

Hiasan dalaman /

Pengubahsuaian rumah

Ejen lelongan/jualan

Melukis papan iklan

Pengacara

Membaiki paip

Membaiki peralatan elektrik

Menaip

Menjahit

Menggubah bunga

Seni mengandam

Mengajar tusyen

Guru tari

Guru kompang

Guru masakan

Menjual lauk pauk

Menjual sarapan pagi

Menyewakan bunga-bungaan

Menyewakan pita video

Guru fotografi

Guru jahitan Guru sulaman/mengait

Guru musik Guru nyanyian

Guru agama

Guru quran

Ketabiban

Rawatan tradisional

Mendandan rambut

Servis menjawab talipon

Seminar mutu diri

Membaiki motokar

Membaiki motosikal/basikal

Juru runding kewangan

Menyewakan bilik

Perunding perkahwinan

Mengambil gambar perkahwinan dan keluarga

Menyewakan kenderaan

Mencari barangan antik

Multi level marketing

Jualan secara parti dirumah

Menjual melalui talipon

Perkhidmatan talipon jarak jauh

Perunding pelancongan

Menghantar barang

Membuat cop getah

Mencetak t-shirt

Membuat perabot

Membuat barangan kraf

Membuat kuih muih

Membuat biskut dan pastri

Menyewakan peralatan musik

Melukis

Membuat grafik

Membaiki jeans dan pakaian

Membuat dan menjual aksesori wanita

Membuat dan menjual butang , lencana

Menjual cenderahati

Membuat pagar kayu

Menjual kayu api

Menjadi ejen import eksport

Menjual buah-buahan kampung

Menjual sayur-sayuran

Menjual ikan perliharaan

Melukis pelan rumah/bangunan

Menulis buku/menulis skrip drama

Menulis novel / cerita seram / remaja

Menulis surat berita / newsletter

Pemberita bebas.

Melukis kartun

Menulis artikel

Agensi pekerjaan

Agensi insuran kenderaan /lesen/cukai jualan

Menulis surat rasmi

Mengisi borang rasmi

Menulis petisyen

Menerbitkan panduan hartanah

Typesetting

Komedi

Penterjemah

Proofreading

Editor

Bukti RM308,705 Di Rumah!

Nak Pengsan Tengok Duit Masuk Hari2...RM0 Kepada RM308,705 Dengan Senang!

Dapatkan Laporan Percuma Rahsia Orang Kaya Buat Duit Dengan Membuat Pendaftaran Keahlian Di Sini!


Jan 182011

Bisnes alat tulis atau bisnes stationery sering menjadi pilihan oleh kebanyakkan peniaga atau usahawan yang mahu berjinak-jinak dengan perniagaan.

Perniagaan alat tulis ini sering dipilih kerana ianya tidak memerlukan modal yang terlalu besar berbanding perniagaan yang lain.

Untuk memulakan bisnes atau perniagaan alat tulis atau perlatan alat tulis ini beberapa perkara perlu di buat kajian terlebih dahulu.

Antaranya adalah :

Target Market

Siapa target market kita, adakah anda mahu menjual perlatan alat tulis kepada pelajar ataupun pejabat.

Jika target market anda adalah golongan pelajar maka anda perlu menyewa kedai berdekatan dengan sekolah.

Mendapatkan Bekalan

Bekalan peralatan alat tulis merupakan perkara terpenting dalam urusan jual beli alat tulis ini.

Sekarang ini banyak pembekal atau supplier alat tulis yang boleh anda perolehi.

Pasaraya besar juga ada menjual alat tulis ini secara pukal.

Anda boleh mendapatkan bekalan alat tulis yang biasanya di beli oleh pelanggan terlebih dahulu.

Dengan cara ini anda dapat menjual stok alat tulis anda.

Kemudian kenal pasti alat tulis yang di cari oleh pelanggan.

Rak Alat TUlis

Kedai alat tulis seharusnya mempunyai rak untuk meletakkan alat tulis.

Ini kerana biasanya alat tulis adalah bersaiz kecil maka ianya perlu diadakan rak untuk meletakkan alat tulis ini.

Tagged By : alat tulis, supplier alat tulis,rak alat tulis

Bukti RM308,705 Di Rumah!

Nak Pengsan Tengok Duit Masuk Hari2...RM0 Kepada RM308,705 Dengan Senang!

Dapatkan Laporan Percuma Rahsia Orang Kaya Buat Duit Dengan Membuat Pendaftaran Keahlian Di Sini!


© 2012 Perkongsian Peluang Dan Ruang Bisnes Suffusion theme by Sayontan Sinha