Jan 202011

Kursus perniagaan adalah asas kepada mereka yang mahu menjadi usahawan.

Dengan mengambil kursus anda akan di dedahkan dengan langkah-langkah awal bagaimana menjalankan perniagaan.

Jika anda belum pernah atau tidak tahu bagaimana menjalankan perniagaan maka mengambil kursus perniagaan merupakan langkah awal pembabitan anda dalam bidang perniagaan.

Tidak tahu kursus apa yang mahu di ambil menjadi masalah kebanyakkan orang dalam bidang perniagaan ini.

Eloklah jika anda mengambil kursus berkaitan kemahiran terlebih dahulu.

Kemahiran di sini bermaksud minat dan kecenderungan anda dalam bidang-bidang tertentu.

Sebagai contoh :

* Jika anda meminati fesyen dan pakaian, maka mungkin anda boleh mengambil kursus menjahit sebagai asas kemahiran anda dalam perniagaan.

* Jika anda meminati kereta atau motor, maka mungkin anda boleh mengambil kursus pembengkelan atau membaiki kenderaan sebagai asas anda dalam perniagaan.

* Jika anda minat makan ;) , maka mungkin anda boleh mengambil kursus masakan sebagai asas anda dalam bidang perniagaan.

* Jika anda minat komputer, maka mungkin anda boleh mengambil kursus membaiki komputer sebagai asas anda dalam bidang perniagaan.

Kemahiran dan kepakaran dalam sesuatu bidang adalah kunci awal dalam bidang perniagaan.

Dalam perniagaan asas perakaunan menjadi tunjang dalam kejayaan perniagaan.

Jika anda tidak tahu menguruskan kewangan, maka anda boleh mengambil kursus perakaunan.

Perakaunan dalam perniagaan tidaklah sesukar mana, asalkan anda tahu kemana duit atau modal perniagaan anda keluar dan masuk.

Rekodkan aktiviti keluar dan masuk duit atau modal perniagaan anda adalah asas dalam aktiviti perakaunan perniagaan.

Pemasaran juga menjadi teras utama dalam keberhasilan bagaimana produk atau perkhidmatan anda mendapat permintaan.

Jika anda tidak tahu bagaimana melakukan aktiviti pemasaran, maka anda boleh mengambil kursus pemasaran.

Pokoknya adalah kursus boleh menjadi langkah awal atau encetus kepada anda untuk menjalankan perniagaan.

Tagged By : kursus,kursus kerja,kerja kursus,kursus perniagaan

Bukti RM308,705 Di Rumah!

Nak Pengsan Tengok Duit Masuk Hari2...RM0 Kepada RM308,705 Dengan Senang!

Dapatkan Laporan Percuma Rahsia Orang Kaya Buat Duit Dengan Membuat Pendaftaran Keahlian Di Sini!


Tanpa mengira perniagaan kecil atau besar, peranan sistem perakaunan kepada perniagaan adalah sama.

Bukankah objektif utama dalam perniagaan ialah mencari keuntungan?

Maksud di sini adalah keuntungan kewangan.

Untuk mengira keuntungan, usahawan harus mempunyai rekod tentang aktiviti perniagaannya.

Tanpa rekod atau catatan aktiviti kewangan, usahawan hanya mampu menganggarkan sahaja jumlah keuntungan yang diperolehi.

Sesetengah usahawan bukan sahaja tidak tahu dengan tepat jumlah untung rugi malah tidak tahu langsung sama ada perniagaan mereka untung atau rugi.

Perniagaan dianggap untung bila ada lebihan jualan dan sebaliknya.

Membina sebuah perniagaan yang menguntungkan bukan suatu yang berlaku secara kebetulan dan bergantung kepada nasib semata-mata tetapi ianya memerlukan perancangan serta kaedah penyediaan rekod kewangan yang sistematik untuk membantu anda memantau pendapatan dan perbelanjaan perniagaan.

Jelas dengan sistem perakaunan yang dilaksanakan mampu memberi ketenangan fikiran kepada usahawan kerana terbukti segala pelaburan kewangan yang dibuat dapat dinilai hasilnya dengan kewujudan penyata kewangan yang meyakinkan.

Sama ada untung atau rugi, sistem perakaunan telah berfungsi sebagai alat pengukuran kecekapan pengurusan perniagaan.

Bukti RM308,705 Di Rumah!

Nak Pengsan Tengok Duit Masuk Hari2...RM0 Kepada RM308,705 Dengan Senang!

Dapatkan Laporan Percuma Rahsia Orang Kaya Buat Duit Dengan Membuat Pendaftaran Keahlian Di Sini!


Jan 192011

Jadi anda sekarang mahu bekerja dan menjadi boss kepada diri sendiri !!

Mungkin anda sudah merasa penat dan letih bekerja dengan orang lain dan mereka tidak faham tugas-tugas yang anda lakukan ataupun anda telah bosan dan letih kerana terpaksa berdepan dengan masalah lalulintas yang sesak setiap hari sewaktu pergi dan pulang daripada kerja.

Ataupun anda sudah muak dengan suasana politik di pejabat dimana ada budaya ampu dan tukang kipas, dengki mendengki.

Ataupun anda memang sudah yakin dengan diri sendiri yang anda boleh berdikari dan memperolehi pendapatan yang jauh lebih lumayan daripada gaji atau pendapatan yang anda terima sekarang ini.

Atau anda sudah bosan bekerja dengan orang lain, mahu menikmati kehidupan yang jauh lebih baik dan mewah dan mahu melakukan kerja -kerja tambahan diwaktu lapang anda ataupun anda hanya mahu menambahkan pendapatan keluarga anda dan tidak mahu mengabaikan anak-anak anda.

Walau apa pun alasan yang anda berikan, dengan bekerja sendiri dan menjadi boss kepada diri sendiri ia boleh memberikan pulangan yang lebih baik kepada diri anda dan keluarga serta boleh meningkatkan harga diri anda juga.

Ianya akan memberikan hasil yang lumayan jika anda dapat menjalankan idea-idea perniagaan yang baik dan tepat.

Apakah jenis perniagaan yang boleh menepati IDEA ?

Biasanya sebarang idea boleh berjaya jikalau mempunyai dan menepati kriteria seperti berikut ini ;

* Sesuatu yang anda ketahui dan anda boleh melakukannya dengan baik

* Sesuatu yang anda SUKA untuk melakukannya dan tidak kisah jika sentiasa melakukannya setiap hari

* Sesuatu yang mempunyai ruang yang luas untuk dipromosikan

* Sesuatu yang boleh dijual pada harga yang boleh mengatasi harga kos pengeluaran anda dan juga menghasilkan keuntungan yang lumayan kepada anda .

* Sesuatu yang anda boleh lakukan dengan menggunakan modal yang kecil ataupun modal yang mencukupi dan sesuai seperti yang anda rancangkan.

Jikalau anda masih belum lagi menemui cara-cara keusahawanan, mungkin anda boleh melihat dan menggunakan salah satu daripada kaedah dan cara seperti yang disenaraikan di bawah ini.

Ada yang boleh memulakan urusniaga mereka di rumah dengan menggunakan kaedah berikut dan ada pula yang masih lagi tidak mengetahui cara untuk memulakan usaha mereka.

Kebanyakannya boleh dijadikan perniagaan sepenuh masa, dan sebahagian daripadanya pula boleh digunakan untuk menambahkan lagi jumlah jenis perniagaan yang sedia ada.

Semuanya boleh digunakan sebagai cara untuk mencari wang yang boleh dilakukan di rumah jikalau anda mengetahui cara untuk menjalankan perniagaan melalui idea-idea yang telah diberikan itu.

Dan jika and boleh mencari kaedah pemasaran dan boleh memasarkannya dengan teratur.

Bukti RM308,705 Di Rumah!

Nak Pengsan Tengok Duit Masuk Hari2...RM0 Kepada RM308,705 Dengan Senang!

Dapatkan Laporan Percuma Rahsia Orang Kaya Buat Duit Dengan Membuat Pendaftaran Keahlian Di Sini!


Jan 182011

Hafiz Usahawan Komputer Kitar Semula

“Kehidupan di kampus mendedahkan saya kepada satu keperluan, iaitu komputer. Ramai pelajar perlukan komputer tetapi mereka tidak mampu memilikinya kerana terlalu mahal,” kata pemilik syarikat komputer kitar semula, Apex Technology, Hafiz Hashemi Johaini.

Siapa sangka, bermula daripada kesukaran membeli set komputer di universiti memberi idea kepada anak muda berusia 27 tahun ini meneroka bisnes `komputer mampu milik’ hingga kini beliau mempunyai rangkaian lima kedai komputer di serata tanah air, tiga unit kedai bergerak di universiti awam utama di sekitar Lembah Klang, sebuah kilang dan menggaji lebih 20 pekerja.

Mengimbas pengalamannya sewaktu belajar di Universiti Teknologi Mara (UiTM), Hafiz, ketika itu masih menuntut di tahun akhir, memulakan `perniagaannya’ dengan menampal iklan menjual komputer pada harga mampu milik kepada pelajar UiTM di kolej kediaman dan pusat pengajian. Set komputer pertama yang dijual hanya berharga RM400.

Usaha itu ternyata berbaloi selepas menjual set komputer terpakai dan mencapai pendapatan RM2,000 sebulan walaupun ketika itu masih bergelar pelajar universiti. Jualan set komputer itu tersemai di benak Hafiz hingga beliau bertekad membangunkan perusahaan itu sebagai kerjaya.

Hafiz berkata, perniagaan secara kecil-kecilan itu sebenarnya lebih didorong daripada sikap tidak terlalu bergantung pada ibu bapa untuk menampung perbelanjaan di UiTM.

“Saya tidak dapat pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN). Jadi saya kena cari jalan bagaimana hendak dapatkan wang bagi menampung kos sara hidup.

“Waktu itu, walaupun masih belajar, saya perlukan belanja antara RM400 hingga RM500 sebulan untuk buat projek, beli buku, makan minum, sewa rumah dan pelbagai belanja lain,” katanya yang bertekad untuk tidak membebankan keluarga walaupun bapanya pegawai bank.

Bagi Hafiz, bapanya masih perlu menanggung perbelanjaan hidup ibu dan empat adiknya di Taman Keramat.

Sebaik tamat pengajian dalam bidang Pengurusan dan Pentadbiran (Pengangkutan), Hafiz tidak terburu-buru mengusahakan perniagaan sendiri.

Sebaliknya beliau menimba ilmu dalam bidang jualan komputer dengan bekerja di sebuah syarikat milik bukan Bumiputera selama setahun.

Pada 2004, Hafiz memberanikan dirinya menubuhkan Apex Technology yang memanfaatkan komputer terpakai yang dibaik pulih untuk dijual semula.

Pada pertengahan 2005, Hafiz bertemu seorang rakan di Kedah yang membuka matanya terhadap kewujudan peluang menjadi usahawan iaitu melalui Skim Projek Usahawan Bumiputera Dalam Bidang Peruncitan (Prosper) yang dianjurkan Perbadanan Usahawan Nasional Bhd (PUNB).

Walaupun baru bermula dalam perniagaan komputer terpakai, Hafiz bercita-cita besar dan berhasrat memajukan perniagaan yang berkembang pesat berikutan permintaan tinggi di kalangan pengguna komputer, terutama pelajar.

Beliau berkata, PUNB memberi pinjaman bernilai RM175,000 untuk dia membeli lebih banyak skrap komputer daripada syarikat dan bank sebelum diambil komponen yang boleh diguna pakai semula.

Menurutnya, beliau mendapat sokongan padu daripada PUNB melalui beberapa kursus serta bimbingan dan khidmat nasihat, selain berbekalkan pengalaman sedia ada.

Bagi memastikan harga ditawarkannya kompetitif, Hafiz berkata, beliau perlu memastikan harga yang ditawarkan paling murah seperti set komputer semurah RM199 yang dilengkapi perisian Words, Excel, Powerpoint, pemacu CD dan melayari Internet.

Katanya, golongan sasaran seperti pelajar dan keluarga yang berpendapatan RM1,500 ke bawah menjadikan harga set komputer yang ditawarkan perlu mampu milik.

Untuk itu, beliau memerlukan stok komputer terpakai yang besar dan perlu bekerjasama rapat dengan pengusaha barangan lusuh dan pembeli peralatan serta komponen komputer terpakai yang didominasi peniaga bukan Bumiputera.

Menurutnya, pergaulan dan perniagaan dengan masyarakat Cina yang menguasai bisnes komputer dan barangan skrap yang banyak dijalankan oleh kaum India memberi pendedahan dalam perniagaan berkaitan.

Mengupas cabaran dihadapinya dalam membangunkan Apex Technology, Hafiz kesal di atas sikap usahawan Melayu yang tidak cekal, menyebabkan banyak perniagaan berkubur begitu saja selepas gagal dalam beberapa cubaan.

Beliau yang terbabit dalam usaha melahirkan usahawan muda daripada kalangan graduan mendapati hanya dua daripada 10 peserta berjaya meneruskan perniagaan lantaran sikap negatif itu.

“Mentaliti graduan muda kita, asal ada sijil saja ingat sudah boleh berniaga, sedangkan bisnes adalah satu tanggungjawab yang memerlukan disiplin, kecekalan dan komitmen.

“Bisnes rugi sekalipun kena teruskan kerana ia mengajar kita cara berniaga yang betul. Tidak ramai orang kita dalam perniagaan komputer, tetapi peluang yang ada masih terbuka luas untuk kita,” katanya.

Ditanya mengapa beliau masih membujang walaupun berusia lewat 20-an, anak sulung lima beradik itu berkata, beliau mahu berjaya dulu dalam perniagaan sebelum memikirkan soal rumahtangga.

Malah, keluarganya tidak pernah membangkitkan soal perkahwinan kerana mereka memahami kesibukan dan dan cita-citanya dalam dunia perniagaan komputer.

Hasil aksesori jenama Apex

Apex Technology, syarikat pembekal komputer baru dan terpakai, meletakkan tempoh tiga tahun lagi untuk meningkat kedudukan syarikat itu sebagai antara pembekal peralatan komputer utama di negara ini selain mengeluarkan aksesori komputer di bawah jenama Apex.

Hafiz Hashemi berkata, hasrat itu akan disokong melalui penerokaan pasaran luar negara bermula dengan Indonesia selain usaha mewujudkan rangkaian usahawan komputer Bumiputera melalui pelbagai kerjasama dengan agensi kerajaan dan universiti tempatan.

“Bagi pasaran luar negara, Indonesia mempunyai potensi besar daripada segi permintaan terhadap komputer dan peralatannya. Syarikat berusaha meneroka pasaran itu di Mangga Dua, Jakarta pada tahun depan,” katanya.

Beliau berkata, Apex Technology juga bakal mendapat suntikan modal melalui pinjaman Perbadanan Usahawan Nasional Berhad (PUNB) berjumlah RM1juta bagi pemerolehan lebih banyak peralatan baru dan skrap komputer dalam usaha meningkatkan stok dan memperluaskan pasaran komputernya.

“Bagi skrap komputer, kita berusaha mendapatkan bekalan daripada dalam dan luar negara, termasuk United Kingdom serta mengimport komponen baru dari China,” katanya.

Menurutnya, buat masa ini syarikat yang berpangkalan di Medan Idaman Business Centre, Gombak, Selangor itu mempunyai lima premis di Plaza Idaman, Gombak; Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIA), Gombak, Selangor; Melaka; Tanah Merah, Kelantan; dan Plaza Alam Sentral, Shah Alam.

Selain itu, Apex Technology diperkukuhkan lagi melalui unit kedai bergeraknya di Universiti Malaya (UM), Universiti Teknologi Mara (UiTM) dan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) serta sebuah kilang di Jalan Gombak.

Menurut Hafiz, set komputer kitar semula mempunyai pasaran besar, terutama di Kedah, Perak, Kelantan, Terengganu, Pahang, Negeri Sembilan dan Melaka.

Orang ramai yang berminat mendapatkan maklumat lanjut mengenai perniagaan Apex Technology boleh berkunjung ke laman web www.apextechnology.com.my. atau ibu pejabatnya di No 27A, Tingkat Satu, Jalan 4/21D Medan Idaman Business Centre, Gombak, Selangor, atau e-mel apex_tech1@yahoo.com.

Bukti RM308,705 Di Rumah!

Nak Pengsan Tengok Duit Masuk Hari2...RM0 Kepada RM308,705 Dengan Senang!

Dapatkan Laporan Percuma Rahsia Orang Kaya Buat Duit Dengan Membuat Pendaftaran Keahlian Di Sini!


Dec 032010


Seorang sahabat saya yang berniaga di pasar malam terpaksa bangun seawal 6 pagi untuk mendapatkan bekalan sayur dan daging sebagai persiapan bahan makanan yang akan diniagakan pukul 4 petang.

Beliau pergi sendiri ke pasar besar untuk mendapatkan bekalan ini.

Menjelang jam 3 petang, beliau telah menyiapkan pula peralatan untuk di bawa ke pasar malam. Barangan seperti kuali, payung, generator, lampu mesti di pastikan berada pada tahap yang baik terlebih dahulu.

Semua ini dilakukan sendiri.

Setelah semua peralatan ini tadi dipastikan berkeadaan baik barulah beliau bertolak menuju ke pusat perniagaannya iaitu pasar malam. Sampai disana beliau akan menyiapkan segala peralatan, kelengkapan dan bahan untuk diniagakan pula.

Aktiviti jual beli menjadi rancak apabila jam menunjukkan pukul 5 petang. Beliau akan menggunakan mulutnya sebagai tarikan kepada pelanggan, beliau akan menggunakan bunyian seperti ketukan kuali sebagai menarik perhatian pengunjung. Beliau perlu sentiasa senyum tanda beliau gembira dengan perniagaan yang dijalankan. Jika muka beliau masam, pasti tidak akan ada orang yang datang. Semua ini dilakukan sendiri.

Aktiviti ini berlarutan sehingga waktu malam. Begitulah rutin harian selama hampir 10 tahun menjalankan perniagaan menjual kebab dan burger di pasar malam.

Saya pernah bertanya kepadanya mengapa beliau tidak bekerja makan gaji sahaja, sedangkan saya tahu beliau ini seorang eksekutif pemasaran bahagian logistik di sebuah syarikat swasta.

Jawapan pertama yang beliau jawab adalah perniagaan ini menjadi minat beliau sejak kecil lagi.

Jawapan beliau yang kedua beliau hanya akan dapat seunit rumah dan sebuah kereta sahaja jika beliau bekerja makan gaji.

Walaupun kadangkala beliau mengeluh kerana penat tetapi pendapatan yang diperolehi telah menghilangkan kepenatannya.

Menurutnya lagi, beliau akan bekerja sebagai peniaga pasar malam untuk meneruskan kehidupan dan ketika ini simpanan di bank mencecah hampir RM 100K, hasil usahanya sendiri.

Apa yang dapat saya rumuskan bagi mereka yang bergelar ‘orang unik’ ini bahawa mereka perlu memastikan pekerjaan yang mereka lakukan itu dapat menampung kos kehidupan mereka.

Majoriti mereka yang bekerja untuk diri sendiri ini memilih berniaga sebagai pilihan pekerjaan mereka. Mereka percaya dengan berniaga sendiri sahaja yang akan membantu mereka meneruskan kehidupan ini.


Related Blogs

Bukti RM308,705 Di Rumah!

Nak Pengsan Tengok Duit Masuk Hari2...RM0 Kepada RM308,705 Dengan Senang!

Dapatkan Laporan Percuma Rahsia Orang Kaya Buat Duit Dengan Membuat Pendaftaran Keahlian Di Sini!


Dec 022010

Menjadi seorang agen insuran merupakan pekerjaan terakhir yang mungkin dipilih oleh kebanyakkan orang.

Walaupun insurans itu memberi keuntungan kepada manusia tetapi ia tetap akan ditolak oleh kebanyakkan daripada kita.

Ada sesetengah daripada kita yang merasakan insurans itu bukanlah satu keperluan. Mengikut studi yang saya buat, insuran merupakan kelengkapan pertama yang perlu diadakan oleh setiap orang pada masa kini di dalam carta aliran pengurusan kewangan. Bolehlah saya katakan insurans ini merupakan pelindung kepada kita dan wang kita.

Mana mungkin perlindungan ini diletakkan dibawah carta aliran pengurusan kewangan?

Mana mungkin pelindung kewangan ini tidak dimasukkan langsung kedalam carta aliran pengurusan kewangan?

Bagi mereka yang bekerja sebagai agen insuran, saya pasti kerjaya anda tidak akan berhenti selagi mana manusia masih hidup di atas dunia. Manusia samada anda yang mencari atau pelanggan yang akan mencari untuk mendapatkan insurans ini.

Menjadi agen insuran ini merupakan salah satu contoh pekerjaan yang hampir 100% melibatkan manusia sebagai faktor jualan.

Pekerjaan ini memerlukan hampir 80% teknik komunikasi yang berkesan supaya dapat mempengaruhi pelanggan.

Pekerjaan ini memerlukan hampir kepada 90% komitmen untuk mengekalkan hubungan dengan pelanggan.

Pekerjaan ini memerlukan kita hampir 100% minat terhadap peluang yang berkaitan dengan perniagaan ini.

Pekerjaan ini memerlukan kita hampir 90% berkeadaan ceria dan gembira, ini kerana ia melibatkan hati dan perasaan sesama manusia.

Eloklah jika saya katakan pengalaman menjadi seorang wakil insuran merupakan pengalaman beharga untuk seseorang itu mencapai kebebasan kewangan, ini kerana tugasannya hampir menyamai konsep kepada 5 langkah kebahagiaan dan kejayaan yang telah saya jelaskan pada bab sebelumnya.


Related Blogs

Bukti RM308,705 Di Rumah!

Nak Pengsan Tengok Duit Masuk Hari2...RM0 Kepada RM308,705 Dengan Senang!

Dapatkan Laporan Percuma Rahsia Orang Kaya Buat Duit Dengan Membuat Pendaftaran Keahlian Di Sini!


kemahiranKesilapan pertama yang sering berlaku dalam menentukan bidang yang mahu diceburi adalah dengan tidak menggunakan kemahiran yang sedia ada dan terjemahkan ia kedalam dunia perniagaan.

Sebagai contoh anda adalah seorang suri rumah sepenuh masa yang kerjanya adalh menguruskan hal ehwal keluarga seperti membasuh baju, mengemas dan menjaga anak. Ramai kenalan anda yang mahu menggunakan perkhidamatan anda untukmenjaga anak-anak mereka .

Ini adalah satu contoh peluang yang boleh diambil daripada kemahiran anda yang sedia ada.

Oleh yang demikian jika anda sudah mempunyai kemahiran ataupun kelulusan adalah lebih mudah untuk anda melepasi kesukaran untuk mencari idea.

Bukti RM308,705 Di Rumah!

Nak Pengsan Tengok Duit Masuk Hari2...RM0 Kepada RM308,705 Dengan Senang!

Dapatkan Laporan Percuma Rahsia Orang Kaya Buat Duit Dengan Membuat Pendaftaran Keahlian Di Sini!


Jun 242010

idea bisnesApakah idea anda?

Tanya kepada diri anda, apakah perancangan anda seterusnya? Apakah perniagaan yang boleh anda jalankan? Paling penting disini adalah bagaimana anda boleh menghasilkan wang?

Baiklah saya akan menyenaraikan beberapa idea yang boleh anda pertimbangkan, yang paling penting anda perlu meminatinya.
“Fikirkan Cara Mendapat Wang Tambahan , Ahli Keluarga Juga Boleh Turut Membantu.”

IDEA PERNIAGAAN DIRUMAH YANG BOLEH DIJALANKAN.
PERKHIDMATAN

*Menyimpan akaun
*Memelihara binatang
*Mengasuh bayi
*Taska
*Menajda keluarga tua
*Katering
*Mencuci pakaian
*Hiburan & lawak
*Konsultan computer
*Kurier
*Desktop publishing
*Gardening services
*Dandanan
*Mengecat dan hias rumah
*Image konsultant
*Dobi
*handuman
*Perancang parti /majlis
*Membuat frame gambar
*Memasang tali raket
*Menyewa dan menjaga bunga
*Pool maintenance
*Seminar organizer
*Khidmat kesetiausahan
*Juru gambar video
MENGAJAR
*Silk screening
*Menyusun bunga
*Kegunaan herba
*Menjahit
*Menyulam
*Kecantikan
*Memasak
*Kelahiran anak
*Muzik
*Tuisyen
*Pensyarah sambilan

MENULIS

*Buku
*Artikel majalah
*Puisi
*Penulisan umum
*Kelas penulisan
*Program
*Pelan perniagaan

Mungkin ketika ini anda sudah mendapat sedikit gambaran tentang apa yang anda mahu lakukan.

Cuba untuk mendapatkan sedikit gambaran tentang idea yang anda rasakan boleh digunakan, tetapi jangan terus menetapkanya kerana ada perkara yang perlu anda kaji terlebih dahulu. Oleh yang demikian teruskan membaca.

Bukti RM308,705 Di Rumah!

Nak Pengsan Tengok Duit Masuk Hari2...RM0 Kepada RM308,705 Dengan Senang!

Dapatkan Laporan Percuma Rahsia Orang Kaya Buat Duit Dengan Membuat Pendaftaran Keahlian Di Sini!


Jun 242010

pendapatanMungkin anda tersenyum dengan apa yang saya katakan.

Hakikatnya ia benar-benar mampu menghasilkan lebih wang.

Tanyalah kepada mereka-mereka yang berjaya dalam perniagaan mereka, adakah tanpa minat mereka mampu meraih kejayaan?

Minat dan hobi bolehlah disama ertikan. Anda tidak perlu menyewa kedai yang mahal hanya untuk menghasilkan wang dari hobi dan minat anda.

Bayangkan bagaimana perasaan anda apabila anda disuruh melakukan sesuatu yang anda sendiri tidak berminat untuk melakukannya.

Sudah tentulah hasil yang anda perolehi tidak memuaskan dan ada kemungkinan kerja tersebut tidak sempurna dan selesai.
Oleh itu tidak hairanlah jika anda mendapati ramai orang sering bertukar-tukar pekerjaan dengan alasan tidak sesuai melakukan pekerjaan-pekerjaan tersebut .

Mereka mencari pekerjaan yang bersesuaian dengan jiwa dan minat mereka.

Ada juga sebilangan besar orang yang melakukan kerja yang mereka tidak sukai sehingga akhir hayat mereka dan kehidupan mereka tidak banyak berlaku perubahan.

Oleh itu, jika anda mahu terus berjaya didalam kehidupan anda, sudah tentulah anda patut memilih bidang kerjaya yang anda minati. Contohnya untuk berniaga, anda mestilah mempunyai minat untuk melakukannya. Jika tidak , sudah tentu sukar untuk berjaya apatah lagi jika anda memang tidak berpengalaman sebelumnya.

Walaubagaimana pun perkara itu boleh dipelajari sedikit demi sedikit. Malah anda boleh menjadikan apa-apa sahaja hobi dan kemahiran anda sebagai satu perniagaan secara langsung.

Contohnya jika anda meminati bidang masakan, anda boleh mencipta resepi-resepi baru, menulis buku-buku resepi, menjual makanan, mengambil kontrak membekal dan menyediakan makanan.

  • Jika anda meminati bidang jahitan, anda boleh mengambil upah menjahit, mendapatkan kontrak menjahit, menulis buku jahitan, membuka kelas jahitan, mengadakan kursus jahitan secara pos atau hadir.
  • Jika anda meminati bidang pengurusan, anda boleh mengadakan kursus pengurusan moden, mengadakan seminar-seminar berkaitan bidang pengurusan, menulis buku berkaitan pengurusan.
  • Jika anda seorang mekanik,anda boleh menulis buku panduan atau menerbitkan video mengenai teknik membaiki kerosakan pada kereta atau motosikal. Begitu juga jika anda seorang juruletrik.
  • Jika anda seorang pendidik anda boleh mengadakan kelas tusyen, menerbitkan panduan teknik belajar yang berkesan, petua untuk lulus peperiksaan, mengadakan kertas kerja dan kursus.
  • Jika anda seorang jurufoto, anda juga boleh mengadakan kelas dan kursus fotografi.
  • Jika anda seorang peladang, petani, penternak anda boleh mengadakan satu program lawatan ke ladang , pusat ternakan sebagai satu pakej pelancungan.
  • Jika anda seorang penulis, anda boleh mengadakan khemah kerja, kursus penulisan dan sebagainya.
  • Jika anda seorang pemandu, anda boleh mengadakan kursus pemanduan berhemah.
  • Jika anda seorang peniaga, anda boleh menulis buku mengenai bidang perniagaan, mengadakan seminar perniagaan,pameran perniagaan, mengadakan kursus perniagaan dan sebagainya.
  • Jika anda seorang penulis pelan anda boleh mengambil upah melukis pelan rumah, mengajar melukis pelan dan lain-lain.
  • Jika anda seorang akauntan , anda boleh mengambil upah perakaunan daripada syarikat-syarikat kecil.
  • Jika anda seorang peguam, anda boleh mengambil upah untuk khidmat berbagai perkara dibidang guaman.
  • Jika anda seorang penyanyi, anda boleh mengadakan bengkel atau kelas vokal mengadakan pertandingan nyanyian dan sebagainya.

Apa yang mahu anda lakukan tiada had dan batasannya. Batasan hanyalah wujud didalam diri sendiri.
Rahsia untuk mendapatkan wang yang lumayan setiap bulan melalui apa sahaja hobi dan kemahiran anda boleh temui jika anda menjadikannya sebagai satu peluang perniagaan.

Walaupun anda seorang tukang cat atau tukang kayu,anda masih mempunyai peluang besar untuk menjadi kaya melalui kemahiran anda itu dengan menjadikan ia sebagai satu bidang perniagaan.

Anda boleh mengambil kontrak secara kecil-kecilan dahulu. Peluang sentiasa ada bagi mereka yang mahu mencuba tetapi peluang akan menjauhi orang yang penakut dan tidak mahu mencuba.

Memang tiada jalan mudah untuk mencari banyak wang tetapi bukan mustahil untuk memperolehinya jika anda rajin. Jika anda seorang yang mahu mencuba dan belajar dan mahu menjadi seorang yang inovatif dan kreatif maka anda akan menemui banyak cara dan jalan untuk mencari wang yang lumayan bahkan sebahagiannya boleh dilakukan dengan jayanya hanya dari rumah anda sahaja.

Bukti RM308,705 Di Rumah!

Nak Pengsan Tengok Duit Masuk Hari2...RM0 Kepada RM308,705 Dengan Senang!

Dapatkan Laporan Percuma Rahsia Orang Kaya Buat Duit Dengan Membuat Pendaftaran Keahlian Di Sini!


© 2012 Perkongsian Peluang Dan Ruang Bisnes Suffusion theme by Sayontan Sinha