Jan 192011

100 JENIS PERNIAGAAN YANG BOLEH DIMULAKAN DARI MEJA MAKAN DI DAPUR ANDA

Perniagaan yang boleh dijalankan di rumah bukan semestinya boleh dilakukan oleh semua orang.

Anda boleh menjalankan perniagaan anda di rumah walaupun anda seorang kanak-kanak, tua, lelaki atau perempuan.

Anda boleh berjaya sekiranya anda mempunyai pelan perancangan , idea kesihatan dan komitmen yang bersungguh-dungguh.

Anda juga boleh berjaya jika mendapat sokongan daripada orang yang berada disekitar anda.

Contohnya seperti isteri atau suami dan anak-anak atau ibu bapa dan adik beradik yang akan memberikan bantuan dalam bentuk material dan moral.

Mereka perlu memahami kerjaya anda dan sentiasa memberikan sokongan.

Kebanyakan orang sebenarnya amat takut untuk memulakan sesuatu lebih-lebih lagi sekiranya mereka mempunyai pekerjaan yang bergaji tetap sebelumnya.

Bayangan kegagalan sentiasa bermain difikiran dan benak mereka. Untuk berjaya anda perlu bersikap terbuka dan yakin diatas apa yang mahu anda lakukan.

Anda juga perlu memastikan yang anda benar-benar yakin dan tahu mengenai perniagaan yang akan anda ceburi itu dan telah anda mempelajarinya.

Setiap usaha baru yang dilakukan anda perlu ada perancangan teliti dan membuat perangkaan pendapatan.

Jangan jadikan halangan-halangan awal sebagai pembunuh usaha anda . sudah pastilah anda akan menemui seribu satu macam karenah dan gelagat para pelanggan anda , hal ini biasa berlaku kerana amata mustahil bagi kita memenuhi semua tuntutan mereka.

Pengalaman dan pengetahuan didalam bidang yang akan anda ceburi nanati juga merupakan satu perkara penting yang akan menjadi ‘ guru ‘ yang amat bernilai kepada anda kelak. Pendedahan juga amat penting untuk perniagaan anda.

Tanpa membuat pendedahan dan memperkenalkan perniagaan anda bermakna tida gunanya usaha anda itu.

Pendedahan yang dimaksudkan merupakan satu tugas yang begitu penting didalam perniagaan anda, dengan lain perkataan ia disebut iklan.

Sebab itulah peniaga yang berjaya selalunya telah memperuntukkan sebahagian besar belanjawannya untuk tujuan promosi dan iklan sahaja.

Mereka akan memberitahu dan memperkenalkan perniagaan mereka dengan meluas sekali.

Bakal-bakal pelanggan sudah tentu ingin mengetahui apa yang sedang dijalankan dan bagaimana mereka boleh menghubungi anda kelak.

Bukti RM308,705 Di Rumah!

Nak Pengsan Tengok Duit Masuk Hari2...RM0 Kepada RM308,705 Dengan Senang!

Dapatkan Laporan Percuma Rahsia Orang Kaya Buat Duit Dengan Membuat Pendaftaran Keahlian Di Sini!


Jan 192011

Pendapatan bermaksud upah atau habuan atau gaji yang anda terima hasil dari kerja atau bisnes yang anda lakukan.

Terdapat 2 kategori pendapatan, iaitu pendapatan tetap dan juga pendapatan sampingan.

Pendapatan Tetap

Pendapatan tetap adalah pendapatan yang anda perolehi secara tetap dan konsisten.

Maksudnya dalam apa keadaan sekali pun anda tetap mendapat pendapatan hasil dari kerja atau bisnes yang anda lakukan.

Pendapatan tetap ini bolehlah di ertikan seperti gaji bulanan.

Mereka yang bekerja dengan orang lain atau makan gaji merupakan golongan yang memiliki pendapatan tetap.

Pendapatan Sampingan

Pendapatan sampingan bermaksud anda sudah mempunyai pendapatan tetap namun untuk menjana lebih pendapatan anda perlu menjana pendapatan tambahan.

Pendapatan sampingan ini bolehlah di ertikan seperti kerja part time atau kerja sampingan.

Untuk menjana pendapatan sampingan ini anda perlu melakukan kerja selepas atau semasa melakukan kerja atau bisnes yang memberikan pendapatan tetap.

Menjana pendapatan sampingan pada masa sekarang ini sedikit mudah untuk diperolehi.

Dengan adanya teknologi internet ramai orang yang dapat menjana pendapatan sampingan.

Sebagai contoh :

Anda boleh menjual di internet secara sambilan.

Anda boleh bermain forex secara sambilan.

Anda boleh menjadi affiliate dan jual produk mereka secara sambilan.

Tagged By : pendapatan,pendapatan anda

pendapatan dari,pendapatan dari internet,pendapatan dari rumah,pendapatan halal,pendapatan melalui internet,pendapatan negara,pendapatan online,pendapatan sampingan

Bukti RM308,705 Di Rumah!

Nak Pengsan Tengok Duit Masuk Hari2...RM0 Kepada RM308,705 Dengan Senang!

Dapatkan Laporan Percuma Rahsia Orang Kaya Buat Duit Dengan Membuat Pendaftaran Keahlian Di Sini!


Dec 282010

Program HEBAT TERKINI yang di cari-cari oleh SEMUA orang! Duduk depan PC Buat duit!!!

Dengan Modal RENDAH, jana RM100-RM1, 500 seminggu ATAU
Anda boleh mengembalikan STATUS KEWANGAN dan mampu menjana pendapatan
Sampingan sehingga RM178, 000.00 ATAU LEBIH dalam 10 bulan!!!

Bayang kan!!!

WOW!!! BETUL-BETUL Mantap!

Untuk maklumat lanjut DAFTAR PERCUMA dahulu di : ini sungguh MUDAH.

Cuma SMS dan EMAIL atau IKLANKAN laman web anda kepada kawan-kawan ATAU sesiapa sahaja.

Selainnya kami buatkan untuk anda.

JANGAN ABAIKAN!!!


Related Blogs

Bukti RM308,705 Di Rumah!

Nak Pengsan Tengok Duit Masuk Hari2...RM0 Kepada RM308,705 Dengan Senang!

Dapatkan Laporan Percuma Rahsia Orang Kaya Buat Duit Dengan Membuat Pendaftaran Keahlian Di Sini!


Dec 222010

Pada masa ini bagi mana-mana syarikat yang menunaikan zakat ke atas pendapatan syarikat mereka tidak mendapat pelepasan cukai seperti mana cukai pendapatan.

Namun begitu, bagi mengurangkan kos pengendalian perniagaan mereka, pihak kerajaan telah membenarkan bayaran zakat perniagaan oleh syarikat boleh digunakan untuk tujuan pemotongan bagi pengiraan cukai perniagaan sehingga 2.5 peratus daripada pendapatan agregat syarikat berkenaan.

Ada dua kaedah mengira zakat perniagaan. Kaedah pertama dinamakan Kaedah Model Berkembang (Growth Model).

Ia mengambil kira ekuiti pemilik perniagaan ditambah sumber kewangan dan dibuat pelarasan. Ringkasnya, modal dicampurkan dengan keuntungan.

Formulanya: Ekuiti pemilik + Liabiliti jangka panjang – Aset tetap – Aset Bukan Semasa +/- Pelarasan = Harta perniagaan yang tunduk kepada zakat

Kaedah kedua ialah Kaedah Model Modal Kerja (Working Capital).

Ia mengambil kira harta semasa perniagaan ditolak dengan tanggungan semasa perniagaan dan dibuat pelarasan dengan beberapa perkara yang berkaitan dengan zakat yang perlu diambil kira.

Formulanya: Aset semasa – Liabiliti semasa +/- Pelarasan = Harta perniagaan yang tunduk kepada zakat.

Nota: Bagi memudahkan urusan pengiraan, biasanya para peniaga dinasihatkan memberikan Kunci Kira-kira Syarikat kepada pegawai zakat kami untuk dikirakan zakat perniagaannya.

Sumber : http://blog.e-zakat.com.my/?page_id=91

Related Blogs

Bukti RM308,705 Di Rumah!

Nak Pengsan Tengok Duit Masuk Hari2...RM0 Kepada RM308,705 Dengan Senang!

Dapatkan Laporan Percuma Rahsia Orang Kaya Buat Duit Dengan Membuat Pendaftaran Keahlian Di Sini!


Kita sering mengeluh kerana wang tidak cukup, keluhan ini hampir setiap hari kita luahkan. Saya percaya ramai orang akan meluahkan perkara yang sama ini kerana mereka tidak faham dengan konsep menjana pendapatan dengan bekerja dengan manusia yang sebenarnya. Kita faham bahawa kita perlu bekerja untuk mendapatkan wang, tetapi persoalan yang perlu kita jawab adalah untuk siapa kita bekerja?

Bagi mereka yang makan gaji mungkin jawapan mereka adalah mereka berkerja untuk majikan mereka dan majikan mereka akan memberikan upah setiap bulan. Upah yang diberikan pula sudah ditetapkan. Mereka tahu upah mereka setiap bulan, mereka tahu bagaimana untuk meneruskan kehidupan dengan upah yang diberikan.

Faktor kecemasan dan kemalangan akan menggugat situasi mereka yang bekerja untuk majikan. Kita tidak tahu kos yang membabitkan keadaan kecemasan tersebut, boleh jadi sedikit boleh jadi juga banyak. Faktor sebegini merupakan salah satu keadaan yang akan membawa kepada kita satu keadaan dimana wang sentiasa tidak mencukupi.

Bagi mereka yang bernama majikan pula mungkin jawapan mereka adalah mereka bekerja untuk pekerja. Mereka perlu mencari jalan bagaimana mereka dapat membayar upah kepada pekerja mereka. Mereka tahu setiap upah yang perlu diberikan kepada pekerja mereka sudah pun ditetapkan. Mereka perlu sentiasa mencari jalan untuk memberikan upah kepada pekerja mereka.

Faktor kecemasan dan kemalangan tidak memberikan banyak kesan kepada mereka tetapi akan memberikan banyak kesan kepada pekerja mereka. Maka sekali lagi kita yang bernama pekerja untuk majikan ini akan menerima situasi wang sentiasa tidak mencukupi.

Bagi mereka yang bekerja sendiri pula mungkin jawapan mereka adalah mereka bekerja untuk diri mereka sendiri. Mereka perlu mencari jalan bagaimana mereka dapat membayar upah kepada diri mereka sendiri. Mungkin mereka tahu dan tidak tahu berapa upah yang mereka perlukan setiap bulan, ini kerana mereka bekerja untuk hidup. Mereka tidak bergantung kepada majikan, mereka tidak bergantung kepada pekerja, mereka bergantung kepada diri sendiri.

Faktor kecemasan dan kemalangan akan memberikan kesan kepada mereka sendiri jika mereka tidak berusaha untuk mendapatkan upah yang yang dapat membiayai faktor kecemasan tersebut.


Related Blogs

Bukti RM308,705 Di Rumah!

Nak Pengsan Tengok Duit Masuk Hari2...RM0 Kepada RM308,705 Dengan Senang!

Dapatkan Laporan Percuma Rahsia Orang Kaya Buat Duit Dengan Membuat Pendaftaran Keahlian Di Sini!


Definasi Pendapatan Dari Wikipedia

finance

Maksud pendapatan
Gaji

Pengertian gaji ialah pendapatan pengajian seseorang yang merupakan ganjaran perkhidmatannya dengan sesuatu majikan atau orang perseorangan atau syarikat atau institusi. Contoh:

* Gaji tahunan
* Tunggakan gaji
* Pelbagai elaun (kenderaan, makan, mesyuarat)
* Lain-lain (termasuk bonus atau sesuatu yang boleh dikira sebagai pendapatan yang berkaitan dengan penggajian.

Zakat Pendapatan

Zakat pendapatan bermaksud zakat perolehan yang merangkumi pendapatan gaji dan pendapatan bebas seperti pendapatan ahli profesional.

Walau bagaimanapun perolehan hasil harta yang tidak mempunyai struktur zakatnya tersendiri dan juga sumbangan daripada mana-mana pihak jua sekalipun adalah juga diserapkan dalam perbincangan ini. Kesemuanya ini dibincangkan sekaligus kerana persamaan asasnya yang menjadikan hukum bagi kesemuanya adalah sama.

Kepakaran

Pendapatan bebas ialah pendapatan seseorang melalui sesuatu kerja atau usaha kepakaran atau perkhidmatan yang merupakan ganjaran daripada khidmatnya. Contoh:

* Khidmat guaman
* Khidmat nasihat
* Juru perunding
* Rawatan perubatan
* Kejuruteraan
* Seniman

Bukti RM308,705 Di Rumah!

Nak Pengsan Tengok Duit Masuk Hari2...RM0 Kepada RM308,705 Dengan Senang!

Dapatkan Laporan Percuma Rahsia Orang Kaya Buat Duit Dengan Membuat Pendaftaran Keahlian Di Sini!


affiliate marketing

3 Langkah Asas Memilih Program Affiliate

(1.) Mencari Syarikat atau pengusaha yang boleh memberikan komisen paling kurang 30% daripada harga jualan.

Ini penting kerana jumlah komisen ini yang akan menjumlahkan pendapatan kita.

Terdapat sesetengah syarikat atau pengusaha yang tidak menggunakan sistem komisen ini mereka lebih senang memberi gaji tetap.

Pokoknya ikut kesesuaian anda. Anda perlu menyelidiki dan membuat sedikit kajian sebelum menyertai mana-mana syarikat atau pengusaha terlebih dahulu.

(2.) Memilih Syarikat atau pengusaha yang menghasilkan produk yang mempunyai permintaan tinggi di pasaran.

Menjadi kunci kepada kejayaan penjualan produk atau perkhidmatan ini apabila ianya mendapat permintaan atau dengan kata lain sangat diperlukan oleh pelanggan.

Tidak ada gunanya jika produk yang dihasilkan itu tidak mendapat permintaan, ianya seperti menghasilkan barang yang tidak perlu digunakan.

Maksudnya ia akan merugikan syarikat atau pengusaha dan kita yang mahu menjadi agen atau wakil pengedar tidak mendapat pulangan yang menguntungkan pula.

(3.) Membuat kajian terhadap keupayaan pengusaha atau Syarikat.

Keupayaan disini bermaksud berapa lama Syarikat itu beroperasi, bagaimana prestasi syarikat itu adakah ia bermasalah dari segi kewangan atau tidak.

Selidik bagaimana strategi pemasaran yang digunakan dan bukti jualannya.

Ini boleh di lakukan dengan mencari di internet, bertanya kepada kawan-kawan dan membuat pertanyaan ke jabatan kerajaan yang berkenaan.

Bukti RM308,705 Di Rumah!

Nak Pengsan Tengok Duit Masuk Hari2...RM0 Kepada RM308,705 Dengan Senang!

Dapatkan Laporan Percuma Rahsia Orang Kaya Buat Duit Dengan Membuat Pendaftaran Keahlian Di Sini!


affiliateInternet menjadi medium yang sangat berkesan dalam pemasaran pada ketika ini.

Pemasaran yang paling berkesan di sini bermaksud kemudahan kepada pengusaha membuat pemasaran dari segi pengiklanan, perkongisan maklumat, membuat bayaran dan pembinaan rangkaian pelanggan.

Dengan kecanggihan teknologi ini pakar-pakar pemasaran internet telah berjaya menghasilkan sistem untuk memberikan manusia satu peluang penjanaan pendapatan yang dipanggil sebagai ‘Sistem affiliate’.

Secara konsepnya sistem affiliate ini lebih kurang sama dengan konsep penjanaan pendapatan yang dijalankan oleh ejen dan wakil pengedar yang telah kita bincangkan sebelum ini.

Konsepnya sama iaitu menjual dan dapatkan komisen. Ia menjadi sistem penerimaan komisen paling mudah dan berkesan kerana dijalankan secara online.

Online disini bermaksud wakil penjual atau agen tidak perlu bercakap dan berpeluh dalam membuat jualan.

Dengan kecanggihan sistem affiliate ini, agen hanya perlu membawa pelanggan lain ke halaman website si pengusaha melalui kaedah pemasaran internet yang akan saya jelaskan dalam bab seterusnya nanti.

Jika pelanggan yang dibawa tadi telah bersetuju untuk membeli produk yang ditawarkan di halaman website si pengusaha, sistem affiliate ini akan memberikan komisen kepada agen tadi secara automatik.

Kesemua transaksi dan perjalanan dilakukan secara automatik dan online.

Untuk menghasilkan sistem affiliate ini bukanlah sesuatu perkara yang mudah. Ia tidak seperti sistem memberi komisen yang dibuat dalam sistem konvesional.

Sistem ini hanya boleh di lakukan oleh Programmer.

Untuk menjadi agen bagi sistem affiliate ini tidaklah pula sukar, syaratnya tidak terlalu ketat cukup sekadar orang itu mempunyai pengetahuan dalam penggunaan komputer dan internet.

Untuk memasarkannya pula memerlukan seseorang itu berpengetahuan dalam teknik pemasaran internet yang akan saya bincangkan dalam artikel yang lain…

Related Blogs

Bukti RM308,705 Di Rumah!

Nak Pengsan Tengok Duit Masuk Hari2...RM0 Kepada RM308,705 Dengan Senang!

Dapatkan Laporan Percuma Rahsia Orang Kaya Buat Duit Dengan Membuat Pendaftaran Keahlian Di Sini!


© 2011 Perkongsian Peluang Dan Ruang Bisnes Suffusion theme by Sayontan Sinha